Beberapa hari ini komputer buruk aku ni sering hang-up je, hari yg sama jugak perasaan jantung berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu yg tak kena berlaku..Mlm tadi baru komputer blh on sikit mungkin sebab aku selalu pasang BACAAN AL-QURAN ini sepanjang mlm,panas komputer ni kot....Anak2 istimewa aku ni pun suka mendengar bacaan ayat suci Al-Quran ni..Bila beberapa hari tak pasang rasa mcm sunyi rumah ni...Virus Malware ni apa ye!!Mcm2 penyakit komputer ni..Ingat aku je byk penyakit..
Malam tadi baru buka dan pergi ke entri Ben..Akibat dari hantar komen tentang anak yg tersedak susu ,rupa2 nya ayah bayi En Rizal kecil hati dgn komenku..Terlebih dahulu aku mohon maaf sangat2 kalau komenku buat keluarga nya kecil hati.Terlebih dahulu Al-Fatihah buat anaknya sememangnya SYURGA tempatnya...Kalau aku di tempat mrk belum tentu aku dpt menerima ujian tersebut dan masih bersedih..Aku faham sangat perasaan seorang ibu yg mengandung 9 bulan 10 hari rasanya sakit bersalin pun belum hilang, apalagi kehilangan anaknya akibat kecuaian pengasuhnya..Memang ajal maut di tangan Allah SWT tapi sebagai manusia kita kena berusaha buat sesuatu spy perkara yg tidak diingini berlaku pd keluarga lain..
BLOG BEN ASHAARI.. Aku dapat rasakan saat2 getir anak mrk di ICU sebab aku juga pernah melaluinya saat 15 hr anak aku brd di ICU bukanlah sebab pengasuh ni sebab penyakitnya..Mungkin perbidalanku tak kena kot..Aku sebenarnya marah dgn pengasuh di Taska tersebut..Tak dinafikan ada Taska yg mementingkan keselamatan anak2 jagaannya..Hanya segelintir je yg ambil mudah penjagaan anak2 ini..Tahun ni saja 7 kes melibat anak2 dipusat asuhan..Itu yg dipaparkan didada akhbar mcm mana pula dgn kes terpencil..Kalau mrk menganggap semua pekerjaan dilakukan di atas muka bumi ini krn Allah dan anak2 yg dijaga itu amanah Allah mungkin kejadian yg tak di ingini tak berlaku..
Akta penjagaan kanak2 di Taska dan Tadika wajib diperketatkan dan dan undang2 dikuatkuasakan..Pengasuh yg cuai menyebabkan kejadian tak dingini berlaku blh di bawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman setimpal spy memberi pengajaran pd pengasuh2 lain..Semua ini kena di bawa ke persidangan Dewan Rakyat..Yang berhak membentangkan di parlimen mesti YB.Aku mengharapkan sgt org yg berpengaruh spt En Rizal dan keluarga berhak mengutarakan hal begini berbanding kita2ni,aku ni lagilah setakat suara picisan ..Itulah yg aku maksudkan sebenarnya..Amat sukar sebenarnya ibubapa yg menyaman pengasuh utk menang kes walaupun bertahun-tahun turun naik mahkamah akhirnya pengasuh terlepas begitu shj akibat tak cukup bukti..Tiada hak pembelaan utk anaknya yg normal menjadi cacat seumur hidup akibat kecuaian pengasuhnya....
Anak2 sedara aku pun berada di taska sebenarnya,dulu sering mengambil mrk kalau maknya pulang lewat maklumlah kerja bank..Aku tak galakkan wanita di Malaysia ini berhenti kerja..Kalau semua wanita berhenti kerja demi menjaga anak2 dirumah alamatnya byk lagi kebanjiran pendatang asing di negara kita ini..Pengunaan buaian elektrik ini ditaska ..Bayi yg menangis diletak dlm buaian terhenjut dgn kuatnya sampai no 5,botol susu diletakkan dibantal yg diletakkan atas bayi tersebut..Mcm manalah bayi tak tersedak minum susu bayangkan kita ni menaiki roller coster sambil minum air...Ada dikalangan bayi mengalami kecacatan akal sedikit akibat saraf2 otaknya akibat gegaran buaian letrik ni menyebabkan kesukaran bertutur..Ini di sedari bila menjangkau umur 2-3 thn tanpa disedari ibubapa mrk..Dr Psikiatri pun ada menyatakan gegaran yg berlaku diotak blh juga menyebabkan anak2 Autisme. . ..
Bayi yg masih meniarap dan merangkak di campur dgn kanak2 berusia 3-4 thn diruang tamu sambil menonton TV..Bayangkan kanak2 yg axcited menonton TV tiba2 mengundur ke arah bayi yg sedang meniarap ni dan terduduk di atas tulang belakang bayi tersebut...Bkn tujuan menakutkan tapi realiti sebenarnya...Kalau nak cerita byk lagilah dgn pengalamanku di wad dulu, mcm2 kejadian aku jumpa akibat kecuaian ni.. Bacallah sendiri kisah tragis Arwah adik Akmal Haris ni ye!! Setelah 5 thn menderita akibat kecuaian di taska akhirnya ia pergi jua..Al-Fatihah buatnya..
AKMAL HARIS DLM KENANGAN...
KISAH AKMAL HARIS
Gambar Akmal Harith dlm kenangan Teringat aku bagi susu kat Asraf dulu..Hampir 3 thn Asraf makan melaluinya Aku faham sgt perasaan ibunya .. |
P/S : Bagi ibu yg berkerjaya dapat pengasuh yg baik dan taska berkualiti ..Janganlah pulak ambil kesempatan atas kebaikan mrk..Pulanglah segera jangan "window shopping" pulak..Mrk ni pun perlu berehat..Luangkanlah kualiti time anda kpd anak2 anda sendiri dirumah..Anak2 adik2ku pun di taska juga risau dgn keadaan mrk..Hanya Allah STW melindungi mrk...
6 ulasan:
InsyaAllah syurgalah tempat anak kecil itu.
Allah jua yang Maha Mengetahui..
Assalamualaikum Siti
Allahuakbar
buaian elektrik sebenarnya tak bagus ye kak?? saya tak tau pulak pasal ni.. thanks 4 sharing ye kak
Buaian letrik ni tak bahaya sebenarnya ..Yg bahayanya jika disalah guna..
http://puteri.synthasite.com/video-terkini.php
Post a Comment