Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, July 4, 2012

Kenapa Kos Rawatan Pergigian Mahal??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


                 Semalam hampir sekerat hari tiada letrik di rumah aku, anak2 aku mula kepanasan ..Mulalah mengamuk tak tentu pasal..Tv tak blh buka ,Asraf bawa remote TV dan Astro suruh buka,suis kipas dibuka tutup berkali-kali..Begitu juga Firdaus mula mengamuk seolah-olah akulah penyebabnya..Faiz  pula buka tutup suis komputer ni..Kalau aku beri penerangan dan marah sekali pun mrk tak akan memahaminya..


                 Hari Isnin lepas pergi semula ke klinik gigi sebab tampalan gigi yg aku buat 3 minggu lepas tetap sakit..Dr Zailinda memberi pilihan sama ada aku nak cabut atau root canal treatment(mati akar) sebab kesakitan dah sampai ke saraf..Tanya kos rawatan rm 500 utk sebatang gigi..Masya'Allah mahalnya..Dr nasihatkan jangan cabut sebab gigi bawah tu penting utk pemakanan ..Memandangkan sebelah gigi yg rosak tu, tlh kena cabut.Kalau aku cabut bermakna 2 btg geraham tiada .Nanti geraham atas tiada penahannya dan mudah rosak..Kena buat bridge(jambatan gigi)pula.Gigi pun ada jambatan ye!!Mcm2 rawatan gigi ye!!Kosnya lagi mahal berbanding root canal treatment...Pada awalnya aku menyangkakan Dr ni saja je nak kenakan aku dgn treatment yg disyorkan..Tapi bila difikirkan balik betul jugak sebab tulang pipi akan mudah jatuh kalau tiada gigi..Ada kebenarannya jugak..


Sayangi gigi anda,Jangan biarkan gigi anda jadi begini
Ehsan dr google
                    .Dulu masa pergi klinik gigi kerajaan  Dr kat sana tak de pula nasihatkan bertapa pentingnya gigi geraham tengah sebelah bawah ni..Dia terus cabut je..Ialah diorang ni nak cepat je kat luar ramai lagi pesakit menunggu tak buat penerangan pun tentang kepentingan gigi2 ni..Sebenarnya aku mempunyai pengalaman ngeri ketika cabut gigi geraham bongsu..Semenjak itu aku takut nak jumpa Dr gigi..Aku mengalami pendarahan gigi yg agak teruk sampai tak boleh makan..Hanya makan nestum sekadar mengalas perut..Gigi geraham di cabut tak disedari masih tertinggal sisa akar tunjangnya..Akhirnya terpaksa dilakukan pembedahan kecil utk mengeluarkannya..Org tua2 kata pongkanya..Bayangkan luka cabutan tak sembuh lagi terpaksa dikorek balik utk mengeluarkannya kemudian dijahit krn luka yg agak dlm..Sebulan aku menanggung kesakitannya....




                    Berbalik kisah gigiku semula, fikir punya fikir aku terima cadangan Dr Zailinda utk buat Root Canal Treatment..Bukan hari tu terus bayar rm 500 ,3 kali proses rawatan dijalankan dlm masa 3 minggu sekali kena dtg..Maknanya 3 kali bayar lah..Mcm hutang karpet pulak..Dr Zailinda pun memahami keadaan aku, dia pun mempunyai anak istimewa Cerebral Palsy..




                   Nasihat Dr Zailinda pada aku mungkin aku blh kongsi di entry ini , kos rawatan gigi boleh dikurangkan kalau kita beri penjagaan gigi dari awal lagi :.
  1. Jangan tunggu gigi sakit baru pergi ke klinik pergigian..Masa tu terlambat kos rawatan mungkin meningkat..Lubang gigi dah besar dan kemungkinan sampai ke saraf..
  2. Lakukan pemerikasaan gigi 6 bulan sekali paling lama pun setahun sekali..Dr gigi akan lakukan scarling(pembersihan gigi).Plak punca utama kerosakan gigi..Mana2lubang kecil akan ditampal awal..
  3. Peruntukan sekitar rm200 setahun utk pembersihan gigi di klinik gigi kalau klinik kerajaan lagi murah.Setengah majikan swasta @ kerajaan ada peruntukan utk gigi..Gunakan peluang ini..
  4. Kos pergigian tidak termasuk dlm 36 jenis2 penyakit ditetapkan oleh pihak insurans..Pihak Insurans tak cover jenis penyakit gigi..Awas!!
  5. Gunakan berus gigi yg lembut(soft) utk membersihkan gigi anda..Berus gigi keras menyebabkan lapisan gigi nipis dan tidak membersihkan..
  6. Belajar balik cara cuci gigi yg betul..Mengikut kajian kebanyakan kita mencuci gigi cara yg salah terutamnya gigi geraham..

Root Canal Treatment-Rawatan mati akar..Nanti aku terangkan
tentang rawatan ini pd entri akan dtg ye!!
Ehsan Google
                      Aku tahu kebanyakan kita termasuk aku takut nak pergi ke klinik pegigian krn takut peralatannya..Betul tak?? terutamanya suntikan utk bius dan kebaskan gigi kita..Lagi satu peralatan utk mengorek gigi tukan..Bunyinya mengalahkan nak drill rumah..Kalaulah blh dipengsankan??persoalan ini pernah aku tanya pd Dr Zailinda..Bius tak elok utk kita kecuali sebab2 tertentu shj Dr terpaksa mengunakan bius..Misalnya anak aku Asraf pernah dibius dan dipipengsankan utk merawat giginya yg kebanyakan rosak(GA treatment) ketika di Klinik Pergigian Pediatrik HKL dulu....

                      Jadi cari Dr yg berpengalaman utk merawat gigi kita..Bukan tujuan promosi,,diantara byk2 Dr pergigian yg aku jumpa..Dr Zailinda adalah yg terbaik..Klinik Pergigian Zailinda ,Taman Permata Ulu Kelang berhampiran Hypermarket Giant..Terpaksa buat temujanji 2-3 minggu awal utk jumpa dgn dia..Memang ramai Dr gigi kat klinik tu tapi aku lbh serasi dgn dia..Aku dan suami mudah terbelahak kalau bendasing masuk dlm tekak kita..Tapi dia sabar dgn kerenah kami berdua berbanding dgn Dr2 gigi aku sebelumnya..
Suntikankanya dia gunakan jarum paling halus hingga tak terasa pun disuntik..

                     Tak lah mcm Dr yg cabut gigi geraham bongsuku dulu kasar dan tahu nak cepat je!! ..Belum kebas lagi dah cabut gigi aku,terasa kesakitannya.Dia blh kata ok! ok! rasa2nya mahu aku cabut gigi dia balik tau!!..Tapi terkilan juga anak2 aku tak blh pergi jumpa Dr Zailinda krn mrk tiada peralatan khusus utk anak2 istimewa ni..


Nota kaki  :  Nak tak nak aku kena bawa mrk check-up gigi di Klinik Pergigian Pediatrik HKL..Mrk tak blh kata apa2..Sakit tak sakit Dr teruskan kerja mencuci dan menampal gigi mrk yg rosak..Kena cepat ,cekap dan pantas..Kesian mrkkan..Dr Jehan ,Pakar Dr gigi utk anak2 OKU ni ..Sebagai mak aku akan memastikan gigi anak2 aku di gosok sekurang-kurangnya 1 hari sekali dan 4 bulan sekali rawatan cuci gigi di HKL..Bukan mudah nak gosok ketiga-tiga anak aku ni dgn kudrat tangan kananku yg agak lemah akibat pembedahan kanser ni..

6 ulasan:

Unknown said... [Reply to comment]

pergh!! mahalnya.. tapi berbaloi.. sebab kalau buat kat kerajaan, dorang ni macam tangkap muat je. lobang sikit pun, terus nak cabut..

Hanis MY said... [Reply to comment]

Bgs entri akak ni hanis pun tkt gak nk jmpa dr gigi smp skrg huhu

akuzle ayu said... [Reply to comment]

Klinik zailinda tuh sy penah kje b4 masuk maktab dlu..

lisa sharip said... [Reply to comment]

ohh..syukur sangat saya trjumpa entry u ni. ketika ni saya sedang menderita sakit gusi dan gigi. actually dah tau..n dah buat c.up kat dental few month ago..memang sah dok saran saya wat root cannal.
RM500 mahal???

oh tidak lagi. Nak tau, kenapa saya masih lagi trtangguh tak buat root cannal treatment ni?
sebab klinik gigi yg saya slalu pegi tu, nak charge saya rm2000 lebih tuk sebatang gigi. dan saya ada 2 btg gigi yg kena wat root cannnal. adussss...totalnya rm4000 lebih tu , tuk gigi ni je.

so pada saya, rm500 tu dah kira murah!! saya pasti akan ke klinik dr zailinda ni.

Unknown said... [Reply to comment]

bpe kos nk wt bridge ea ?

shidah said... [Reply to comment]

salam.. klinik dentist pediatrik hkl blh direct ke sana utk appointment atau melalui klinik kesihatan? nk bawa anak syurga sy.. tq in advance

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...