Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, April 23, 2013

Pastikan tilam berukuran 5 inci ke bawah utk sarung tilam berzip....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sarung tilam berzip yg aku jual ni hanya utk tilam 5 inci ke bawah...Tidak sesuai utk tilam tebal tak kiralah utk single atau Queen saiz...Sebelum membelinya ukur dulu tilam masing-masing..Tak mcm membeli cadar bergetah tak kiralah berapa inci ketebalannya ..




TIDAK BOLEH


BOLEH



Corak2 terbaru single dan Queen





Berminat PM ku di Facebook Siti_btp

Friday, April 19, 2013

Dunia Permotoran Suamiku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Wah!!!! tajuk segah bangunan KLCC....Kisah motosikal2  kesayangan suamiku..Ingat lagi motor pertama En Somiku Honda CC 70 tapi tu lah tak de gambar nak di siarkan utk dijadikan kenangan..Aku pakai pakcik google punya gambar..Bayangkanlah motor tu lah membawa Asraf ke hulur ke hilir ketika keluar masuk hospital dulu selama 3 thn huhuhu..Sedihnya bila mengenangkan kisah lama..Motor ni jugalah aku bonceng ketika dlm pantang sbb tunggu teksi dan ambulan lambat sgt.Asraf dah kelaparan masa tu..Dia minum susu melalui tiub sukar bagi minumnya di tepi jalan..Malam pulak kalau ada emengecy,Asraf biru motor ni jugaklah yg membawanya ke hospital..Byk jasa motor ni buat keluarga kami...Masa tu tak mampu beli sebarang kenderaan ..Kesiannya Asraf,,Malas nak cerita nanti air mata aku tumpah lagi..Sesekali jimatkan air mata ni...Akukan Duta sabun suamiku jual ni 10 sen sehari hahaha..kelakarlah..Cantik tak Kak Ton!!!.Karang mata lebam tak de org pulak nak beli sabun..

rumah sapa ni..janganlah saman aku ambil gambar motornya.

       Motor kedua suamiku selepas motor pertamanya dah nazak tak dapat diselamatkan lagi...Jual pun tak laku bolehlah lepaslah bayar downpayment motor Yamaha Lagenda 100 cc.Alhamdulillah...Org kata rezeki anak2 Istimewakulahkan..En suami membeli Produa Rusa kemudahan kami anak beranak pergi hospital....Poning jugaklah kepala nak bayar kereta dan motor ketika itu..
Masa tu kami dah berpindah ke Flat Sri Tioman..Tapi tu lah semua motor suami aku ni mengalami kemalangan..Tak tahulah dia berkhayal ke @ tertengok perempuan lalu..kan perempuan hari ni kalau menunggang dan membonceng motor pakai baju kurung bertudung tapi tulah angkat kain sampai  menampakkan betis gebunya..Oopss tak baik menuduh berdosakan...Masa tu Lebuhraya Taman Melati tu baru siap korner tak lepas jatuh katanya byk pasir kat situ..Melecetlah sana sini..Biasalah kalau jatuh motor..

Ini pun ehsan Pakcik google..Dulu aku tiada kamera pun kalau ada pun malas nak cuci
gambar..Buat habis duit je nak cuci kodak..

            Bila berpindah ke Bandar Tasik Puteri ,Rawang..Faktor tempat kerja jauh 120 km pergi dan balik..Rawang ke Ulu Kelangkan....Motor ni dah tak mampu byklah rosaknya rantai yg cepat haus ,brek tak makan..Mcm2lah masalahnya..En suami terlibat dgn kemalangan lagi dgn Motor jual Ais Krim betul2 Tol Rawang menghala ke KL nak pergi kerjalah jugak..tumit pecah, siku pun samalah jugak..Tak serik juga bawa motor tu..kalau org lain dah bawa kereta dahkan..Lepas tu lah tukar motor kpd Yamaha GTX 125 colour hijau...Perjalanan jauh mmg meletihkan terutama suami aku ada slipped disc....Oh My English..betul tak ni..pinggang sakit tu...

          Apa taknya berapa kali jatuh motor bila umur 40-an mula terasa sakitkan..Pergi kerja siap pakai bengkung utk sakit pinggang lagi..Beberapa tahun selepas menggunakan motor hijau ni sekali lagi terlibat dgn kemalangan dekat Datok Keramat..Tak tahu nak cakaplahkan..Katanya Van Klinik bidan desa undurkan vannya secara tiba2 tanpa disedari ada motor suamiku di belakangnya....Akibatnya handdlenya tu sengit sebelah dan terhongek-hongek..Pergi repair pun tak spt asalnya..Bahayanya motor ni bila berselisih dgn lori bergegar rasanya..



    Kebetulan adik ipar  En Suami nak menjual motornya SYM Evo 250i  ni..bercinta dengar harganya..Bagi org byk duit mcm celah gigilahkan..Nasib baiklah adik iparnya tak berkira sgt bayar ketika dapat bonus akhir tahun..Nampaknya tak dptlah aku berjoli...Kira hutanglahkan tapi tak perlu bayar bulanan..Jual motor dkt Mudah..com..bayar dkt Awie sbg duit muka..Apa kehebatan motor ni ye!!..Suami cakaplah sakit pinggangnya berkurangan sbb ada penahan blh bersandar..akhir2 ini tak perlu pakai bengkung dah..Huh dah mcm org muda balik nampak????..Berselisih dgn lori taklah bergegar motor spt sebelumnya..Ialah benda baru semualah indah di mata..Ibarat binilah jugak kentut pun wangi kalau baru2 kahwin tu..


   Kelemahan motor ni pula bila dah start je pulas minyak terus jalan..Tu yg bahayakan terutamany pada Firdaus Hafizi pantang bapaknya ada rumah ajak pergi naik motor...Nak jadikan ceritakan ayahnya lupa nak matikan suis..Firdaus naiik dan pulas apa jadi??..motor berjalan dan jatuh..Alhamdulillah nasib baik Firdaus tak dihempapnya..Mcm2 anak aku ni..Tak sampai beberapa bulan menggunakan motor ni pertengahan bulan puasa tahun lepas..Lagi sekali kemalangan berlaku betul2 di persimpangan jalan Duta..

   Kemalangan melibatkan motor yg ditunggangi suami isteri..Kemungkinan sebab mengantuk ke tak pasti..suami ku jatuh nasib baik motor tu tak menghempapnya..Pengsan jugalah tapi cepat di sedarkan oleh pengguna jalan raya di situ..Begitu juga suami isteri tersebut juga jatuh...Bacalah kat sini DUGAAN RAMADHAN~SUAMIKU TERLIBAT DLM KEMALANGAN... 

    Akibat kemalangan tersebut suamiku retak bahunya dan biasalah motor calar balar..Tapi suamiku tak pernah serik menggunakan motor sbb katanya bosan bawa kereta dgn kesesakan lalulintasnya..Tapi kalau suamiku bawa kereta aku nak bawa apa pulak nak hantar anak2 Istimewaku pergi sekolah???...Nak beli kereta lagi satu di luar kemampuanlah hutang sana sini..Hutang kereta dan rumah pun cukup membebankan..Ini pulak nak tambah hutang yg lain cukup..cukup sudah sampai di sini saja....Nanti mati susah..Kalau ada yg sanggup sponsor ok lah kot Hahaha..

     Itulah pengorbanan seorang ayah pada anak2 nya..Biar dia susah asalkan anak2 dpt pelajaran walaupun sedikit...Hari Sabtu bawa pergi Overhaul Engine atau angkat enjin bunyi mcm remote lepas kena baling anak2 aku..Mcm tulah bunyi enjin motornya ..Nak di jual tak laku sbb dah jatuh dan calar balar sana sini..Mahu beribu jugak nya ni...sabar je lah..Adalah rezekinya tu....Kalau motor dah mcm tu pemandunya tak tahulah mcm manalah pulak....

Monday, April 15, 2013

Barang yang baik tidak semestinya berjenama dan mahal harganya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

    Sebagai bekas pengidap kanser payudara aku dianggap terlalu cerewet memilih produk kesihatan tak kiralah dari segi pemakanan kesihatan dan produk kecantikkan...Sebaik selepas menjalani kemoterapi dan radioterapi kulit menjadi terlalu sensitif..Bila menggunakan produk yg mengandungi brg kimia kulit walaupun sesuai utk bayi spt berada dlm pasaran kulit agak menjadi kemerahan,pedih dan kasar..Puaslah tukar sabun dan syampu tapi masih alahan..Muka pula lagilah agak kekeringan dan mudah di tumbuhi jerawat..Banyak jugalah parut jerawat yg tumbuh..Masalahnya aku ni pulak tangan ni kuat mengutil jerawat2 yg tumbuh akhirnya menyebabkan kudis..Mcm2 krim aku beli dan jumpa DR akhirnya terpaksa makan antibiotik tapi tetap tak berkesan..

     Akhirnya Alhamdulillah aku dipertemukan dgn sabun buatan tangan tanpa kimia..dikilangkan di kawasan perumahan aku je kepunyaan seorang ustaz..Sabun Marigold keluaran Al-Waqiah yg di perbuat daripada minyak kanola..Selepas memakai produk ni kulit muka jadi agak kelembatan tak lah kering dan mengerutu...Dlm masa beberapa bulan kesan2 jerawat telah pudar..Hingga ke hari ini aku masih mengunakan sabun ini..Kelembutan sabun ini juga blh menyembuhkan bayi yg mengalami ruam lampin dan sesuai juga digunakan pada kulit bayi...




    Aku juga mengalami alahan resdung yg agak teruk dr kanak2 lagi..Telah menjalani pembedahan tapi alahan masih ada..Itupun salah satu menyebabkan jerawat yg teruk juga..Hidung pun byk putih2 apa org panggil hama resdung..ubat jangan cakaplah puas aku merayau kat kedai jamu tu cari ubat resdung dan sabun resdung..Lain pulak jadinya kulit jadi kekeringan,kemerahan dan panas..Aku cuba sabun resdung keluaran Al-Waqiah di perbuat dr kulit kayu manis,madu,astrak bunga tanjung ..Alhamdulillah muka jadi bersih tapi alahan tu tetap ada cuma berkuranganlah sebab Ustaz ni keluarkan pencuci muka resdung je..tapi tu lah muka dah tak berjerawat..Faiz anak aku yg berusia 14 thn ni pun mengalami jerawat yg teruk..dah maknya ada resdungkan..salah seorang anaknya pasti ada...tapi kini dah tiada langsung jerawatnya..Tak perlulah beli OXY dsbnya..Semuanya dgn izin Allah SWT..




    Selepas menggunakan Sabun Resdung muka agak kekeringan dan bilas pula dgn Sabun Sireh keluaran Al- Waqiah sbg pelembapnya..Sabun sireh di anggap Antiseptik juga hilangkan bau badan..Mcm Faiz dan Asraf bau badan mrk agak kuat mungkin sbb mrk tak pandai nak cuci celah2 ketiak mrk spt remaja tipikal lainkan..Apalagi nak bersihkan bulu ketiakkan..Sebelum anak2 aku tidur malam aku basuhkan dgn sabun sireh keesokkan pagi baru cuci..hasilnya tak berbau bila mrk balik ke PDK..Sabun sireh juga sesuai digunakan pada rambut..Jadi semuanya lengkap di sini..



      Bila rasa kita selesa dgn sesuatu produk tu kami sekeluarga tak bertukar lain akhirnya suami aku bersetuju menjadi pengedar sabun2 tu dah hampir setahun..Kami berjaya menjual ke seluruh negeri2 termasuk Sabah dan Serawak melalui online shj sesiapa berminat boleh menghubungi suamiku terus no tel 013-3464260 atau pm je kat Facebook aku ye..Cuba dulu baru tahu.Harga cuma rm 8 seketul pos laju rm  6...( Jimat beli 3 ketul sabun pos laju tetap sama rm 6..cthnya marigold seketul,resdung seketul dan sireh seketul sbg percubaan.)....Mungkin produk ini mengambil masa keberkesanannya sbb tidak mengandungi sebarang bahan kimia..Bergantung juga pada individu yg mengunakannya..Nak tahu penggunaan lebih lanjut sabun2 ini KLIK lah SABUN MARIGOLD,SABUN RESDUNG DAN SABUN SIREH......

Tuesday, April 9, 2013

Akhirnya info mengenai "Pierre Robin Sydrome" ku temui...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Jemunya dgn cerita anak aku ni..tapi ini penting bagi aku sbb dari dulu aku ingin tahu 
tentang Sydrome ni..tanya DR  mrk ckp BI je..bla..bla sebijik habuk aku tak faham...

selanjutnya bacalah.. DISINI.. ..







                                           Di sahkan Pierre Robin Sydrome


Setelah hampir 19 thn akhirnya aku temui info mengenai Pierre Robin Sydrome atau lebih
 di kenali Pierre Robin Sequence..Anak empunya blog ni juga mengalami masalah yg sama dgn Asraf..sumbing lelangit ,mempunyai dagu yg kecil dan menyekat pernafasannya,,...
http://ceritatentangahmad.blogspot.com/....


Perhatikan dagu Asraf~rasanya tak sangguplah nak menjalani
pembedahan plastik..
Apakah Pierre Robin Sequence?
 Pierre Robin Sequence (PRS) adalah nama yang diberikan kepada keadaan di mana rahang bawah penderitanya adalah kecil diikuti dengan rekahan pada lelangit mulut (cleft palate). Ia dinamakan sempena nama seorang doktor Perancis yang menyiarkan satu artikel pada 1923 berkenaan kanak-kanak dengan kombinasi masalah perubatan tertentu. Walaupun Dr. Robin bukanlah individu pertama yang menggambarkan PRS, namun, nama beliau kekal dikaitkan dengan keadaan ini.

Seringkali dinyatakan bahawa terdapat tiga isu berasingan berkaitan dengan PRS iaitu rekah lelangit, rahang bawah kecil dan glossoptosis (satu istilah yang dicipta oleh Dr Robin, bermaksud merendahkan atau melabuh lidah). Glossoptosis bukan merupakan masalah pada lidah tersebut, sebaliknya ia adalah hasil daripada keadaan lidah bersaiz normal yang duduk di dalam rahang bawah yang bersaiz lebih kecil daripada biasa. Apabila rahang bawah adalah lebih kecil, lidah akan kelihatan berada pada kedudukan yang lebih dekat ke belakang tekak, menyebabkan glossoptosis.

Rekah lelangit dalam PRS  kebiasaannya adalah berbeza daripada rekah lelangit tipikal iaitu pada bentuknya. Rekah lelangit tipikal berbentuk-V manakala rekah lelangit akibat PRS berbentuk-U. Pierre Robin Sequence dilaporkan berlaku pada kira-kira satu daripada 8500 kelahiran, atau dengan kebarangkalian kekerapan yang lebih tinggi. PRS boleh berlaku sama ada dengan sendirinya iaitu sebagai isolated Pierre Robin Sequence (isolated PRS), atau sebagai sebahagian daripada sindrom tertentu.

PRS child

Apakah yang menyebabkan PRS? 
Selama bertahun-tahun, doktor menyangka bahawa PRS mungkin hasil daripada kedudukan bayi di dalam rahim. Jika bayi berada di dalam rahim dengan leher melentur ke hadapan, maka dagu akan berada di atas dada dan menghalang ia daripada berkembang dengan sempurna. Pada masa ini, lidah biasanya akan terus membesar dan menyebabkan ia menolak bahagian bumbung mulut, mengakibatkan rekah lelangit di dalam mulut. 

Walaupun teori tersebut kelihatan logik, daripada kajian terkini berkenaan gen manusia mendapati teori tersebut mungkin tidak betul. Pada hari ini, pakar genetik percaya bahawa isolated PRS mungkin sebahagiannya disebabkan oleh perubahan dalam gen. Baru-baru ini, mereka telah mencadangkan bahawa potensi dua gen bermasalah iaitu SOX9 dan KCNJ2 mRNA mungkin berkaitan dengan PRS.

Walau bagaimanapun, perubahan dalam gen yang dinamakan: GAD67, PVRL1, COL11A1 dan COL11A2, juga telah didapati dalam kanak-kanak PRS. Ia tidak jelas sama ada perubahan yang dilihat dalam gen ini yang menyebabkan Pierre Robin berlaku, membuat ia lebih cenderung untuk berlaku, atau sekadar berlaku bersama dengan perkara lain yang menyebabkan PRS. Walau bagaimanapun, kebiasaannya sehingga 25% daripada kanak-kanak PRS akan turut mempunyai ahli keluarga dengan rekah lelangit, iaitu kaitan yang lebih biasa daripada yang dijangkakan jika tiada peranan genetik untuk masalah ini. 

Keadaan ini pada mulanya telah dirujuk sebagai Pierre Robin Syndrome, sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini ramai doktor mula merujuk keadaan ini sebagai Pierre Robin Sequence. Sebab bagi perubahan nama ini adalah kerana; istilah 'sindrom' adalah merujuk kepada keadaan terjadinya beberapa masalah yang disebabkan oleh satu isu tunggal seperti mutasi gen. Manakala istilah 'sequence' pula merujuk kepada keadaan satu masalah yang membawa kepada masalah lain dan seterusnya kepada masalah-masalah yang lain pula. Seperti yang telah dinyatakan, pada mulanya  doktor menyangka bahawa punca PRS adalah berdasarkan keadaan kepala bayi telah melentur di dalam rahim, yang membawa kepada rahang kecil dan lelangit rekah, jadi adalah logik untuk menukar nama daripada 'sindrom' kepada 'sequence'. Memandangkan perkembangan pesat dalam pemahaman genetik pada hari ini, tidak mustahil suatu masa nanti doktor mungkin akhirnya akan memanggil keadaan ini Pierre Robin Sindrom, sekali lagi.

Apakah masalah yang perlu dipertimbangkan berkenaan Pierre Robin Sequence? 

Masalah paling biasa berhubung isolated PRS termasuklah:

  • Kesukaran bernafas - kebanyakannya disebabkan oleh lidah jatuh ke belakang dan menyekat kerongkong.
  • Kesukaran makan - kebanyakannya berkaitan dengan masalah saluran pernafasan, tetapi boleh juga terjadi hasil daripada kelewatan perkembangan saraf menelan.
  • Kurang pendengaran disebabkan pengumpulan cecair di belakang gegendang telinga, atauotitis media (ia mudah dirawat, tetapi jika dibiarkan boleh membawa kepada kehilangan pendengaran).
  •  Gigi - mungkin ada gigi yang tidak tumbuh
Langkah pertama dalam rawatan kanak-kanak yang disyaki PRS adalah menentukan sama ada kanak-kanak tersebut sememangnya mempunyai PRS atau tidak. Sekiranya ada, PRS itu ditentukan sama ada isolated PRS atau PRS yang disebabkan berkaitan dengan sindrom lain.

Ciri-ciri PRS boleh terjadi sebagai sebahagian daripada pelbagai keadaan dan sindrom, dan adalah sangat penting untuk melakukan ujian dan penilaian genetik. Sindrom yang paling biasa dikaitkan dengan PRS adalah Stickler SyndromeStickler Syndrome kebiasaannya berkaitan dengan masalah sendi, artritis, dan masalah mata berganda (termasuk miopia, degenerasi retina dan detasmen, pembentukan katarak awal, dan insiden yang lebih tinggi glaukoma) dan keadaan ini perlu didiagnosis dengan tepat supaya individu yang terjejas itu boleh diawasi oleh pakar oftalmologi.Sindrom lain yang mungkin berkenaan tetapi kurang dikaitkan dengan PRS adalah Velocardiofacial Sindrome (juga dikenali sebagai: VCFS, penghapusan 22q11, atau dengan istilah lama, Shprintzen Sindrom) dan Fetal Alcohol Syndrome. Satu perundingan genetik adalah satu bahagian penting dalam rawatan awal kanak-kanak yang dilahirkan dengan PRS. 

Apakah rawatan untuk Pierre Robin Sequence? 
Kesukaran bernafas. Kebimbangan yang paling utama bagi mana-mana bayi yang dilahirkan dengan Pierre Robin Sequence adalah untuk memastikan bahawa bayi dapat bernafas dan mendapat oksigen yang mencukupi. Kebanyakan kanak-kanak pada mulanya dipantau di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU), di mana tahap oksigen mereka boleh dipantau secara berterusan. Sesetengah bayi  memerlukan intubasi (meletakkan tiub pernafasan melalui mulut ke dalam salur udara) sejurus selepas dilahirkan, dan sesetengahnya mungkin memerlukan intubasi selepas beberapa hari cuba untuk bernafas sendiri tetapi kemudiannya hanya memenatkan.


Apakah rawatan yang terbaik bagi bayi yang mempunyai masalah untuk bernafas sendiri?  Pilihan rawatan yang berbeza termasuklah: pembetulan semula kedudukan, saluran udara nasofarinks, pelekatan bibir-lidah, tracheostomies dan pembetulan rahang. Berikut adalah perbincangan mengenai pelbagai rawatan mungkin untuk masalah pernafasan:
  • Pembetulan Posisi 
Pembedahan pembetulan rahang sepatutnya tidak perlu dilakukan secara terburu-buru kerana kebanyakan bayi boleh diuruskan dengan baik tanpa pembedahan, termasuklah bayi-bayi yang perlu diintubasi (meletakkan tiub pernafasan ke dalam salur udara). Kebiasaannya, pakar bedah akan mengesyorkan kepada ibu bapa untuk memotong tulang rahang bawah bayi mereka, dan meletakkan 'peranti gangguan' (distraction devices) untuk memanjangkan tulang rahang. Ramai ibu bapa diberitahu bahawa ini adalah pilihan yang terbaik untuk mengelakkan tracheostomy. Walau bagaimanapun, sewajarnya pembedahan ini menjadi pilihan terakhir iaitu setelah pelbagai rawatan dan usaha telah dilakukan untuk memudahkan sama ada pernafasan dan pemakanan bayi tersebut.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa majoriti bayi penderita isolated PRS boleh dirawat tanpa sebarang pembedahan, dan sangat kecil jumlahnya yang perlu melakukan tracheostomy. Perkara pertama yang perlu dicuba adalah membetulkan posisi baring bayi iaitu dengan meletakkan bayi dengan betul pada kedudukan meniarap. Walaupun ia adalah bertentangan dengan teori tidur terlentang bagi mengelakkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS), posisi tidur meniarap adalah yang terbaik untuk bayi PRS supaya daya graviti boleh menarik lidah ke hadapan dan bukannya ke belakang bagi mengurangkan risiko salur pernafasan tertutup dengan lidah. Teknik penyusuan yang khusus juga diperlukan seiring dengan rawatan ini. 
  • Salur Udara Nasofarinks
    Sekiranya pembetulan posisi kurang berkesan, maka langkah seterusnya adalah dengan memasangsalur udara nasofarinks. Ini adalah tiub yang dimasukkan ke dalam hidung dan melalui kawasan lidah dalam usaha untuk mewujudkan laluan bagi pernafasan yang terhalang. Adalah sangat penting tiub ini dipasang mengikut saiz yang betul kerana tiub yang terlalu besar boleh menyebabkan parut kekal di dalam hidung yang boleh menyempitkan laluan hidung (ini disebut sebagai "stenosis"). Sesetengah doktor menyarankan memasang tiub tersebut secara berselang seli di lubang kanan dan kiri hidung setiap minggu. Tiub ini boleh dipakai selama sehingga 6 bulan menurut beberapa kajian. Walau bagaimanapun, tiub ini hanya diperlukan untuk satu atau dua bulan kerana rahang bawah biasanya akan membesar dengan cepat dalam tahun pertama kelahiran.

    baby with Nasopharyngeal airway

    •  Lekatan Bibir-Lidah  
    Langkah seterusnya untuk dipertimbangkan sekiranya pemasangan salur udara nasofarinks kurang berhasil adalah dengan melakukan pembedahan kecil iaitu pembedahan lekatan bibir-lidah (lip-tongue adhesion). Prosedur ini secara sementara melekatkan hujung lidah kepada bahagian bibir bawah iaitu untuk mengelakkan lidah daripada terjatuh ke belakang dan menyekat salur pernafasan. Pembedahan ini tidak akan menghalang bayi daripada menggunakan botol seperti biasa. Sebelum pembedahan ini dijalankan, kebiasaannya pakar ENT akan melakukan pemeriksaan untuk memastikan bayi tidak mempunyai tracheomalacia (keadaan di mana rawan yang biasanya memegang saluran udara terbuka adalah tidak matang, dan lebih lembut daripada sepatutnya, maka saluran pernafasan mudah tertutup).  

    lip-tongue adhesion

    Jika bayi tidak mempunyai tracheomalacia, pilihan terbaik adalah meneruskan rawatan dengantracheostomy, kerana semua rawatan lain tidak akan berfungsi dengan berkesan. Walau bagaimanapun, kebiasaannya kebanyakan bayi dengan PRS tidak mempunyai tracheomalaciaTiada komplikasi jangka panjang dengan melakukan rawatan lekatan bibir-lidah ini. Komplikasi yang paling biasa dilaporkan selepas pembedahan adalah lekatan tersebut tercabut. Perkara ini boleh dielakkan dengan meletakkan jahitan sokongan tambahan pada masa pembedahan pembetulan dilakukan.
    tracheostomy

     
    tracheostomy at PRS baby

    Bilakah sepatutnya pembetulan rahang (jaw distraction) boleh dipertimbangkan?


    Terdapat kajian di mana pakar bedah telah melakukan pembedahan pembetulan rahang terhadap bayi PRS dan kesimpulan dibuat mendapati ia adalah pilihan terbaik untuk bayi PRS kerana dapat mengelakkan tracheostomy. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa berkara yang tidak dinyatakan dengan jelas melalui kajian tersebut. Ramai pakar bedah berpengalaman berhujah bahawa majoriti pesakit dalam kajian ini tidak terjejas walaupun tidak melalui prosedur pembedahan pembetulan rahang. Ini adalah berdasarkan kajian lain yang menunjukkan bahawa rawatan seperti pemasangan salur udara dan rawatan lekatan bibir-lidah adalah jauh lebih berjaya terhadap bayi PRS. 

    jaw/mandibular distraction

    Mungkin masalah yang paling ketara dengan pembetulan rahang ini adalah kadar komplikasi yang ketara setelah pembedahan tersebut. Komplikasi tetap wujud, iaitu tidak hanya terhad kepada; keperluan mengganti peranti akibat kegagalan pemasangan, parut kekal pada muka, kebarangkalian kerosakan saraf dan kecederaan kepada gigi kekal. 

    Kecederaan kepada gigi kekal adalah komplikasi yang selalunya tidak dapat dielakkan apabila mana-mana skru atau pin diletakkan ke dalam rahang bayi. Rahang bayi secara asasnya dipenuhi dengan dua baris gigi. Apa saja yang melekat pada rahang boleh mencederakan tunas gigi. Masalah ini tidak dapat dikesan selama 10 hingga 12 tahun selepas pembedahan dibuat. Tetapi apabila gigi kekal gagal tumbuh, maka implan gigi akan diperlukan ketika remaja, dan tiada jaminan implan tersebut akan kekal sehingga 80 tahun dan seterusnya. Oleh itu terdapat pakar yang tidak bersetuju dengan pembedahan jaw distraction ini berbanding pilihan rawatan-rawatan yang lain.

    Isu Pemakanan 

    Berkenaan dengan isu pemakanan, kebanyakan bayi PRS menghadapi masalah untuk menelan. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti pernafasan berbunyi, tercekik atau terbatuk-batuk, penilaian menelan boleh dilakukan. Penilaian ini adalah untuk memastikan bahawa bayi tersebut tidak mempunyai  “silent aspiration” ketika makan, iaitu keadaan di mana bendalir makanan pergi ke paru-paru, bukan perut. Silent aspiration  boleh menyebabkan jangkitan pernafasan, atau mungkin juga kecederaan paru-paru. Bagi mengatasi masalah ini, susu yang diberi kepada bayi perlu dipekatkan namun sekiranya cara ini tidak berkesan, bayi perlu diberi minum melalui tiub hidung sehingga keupayaan menelan bayi tersebut matang. 

    Masalah pendengaran 

    Bayi dengan masalah rekah lelangit seringkali berdepan dengan masalah pendengaran, yang terjadi akibat jangkitan telinga berpunca daripada cecair yang bertakung di belakang gegendang telinga. Cecair yang bertakung terlalu lama akan menurunkan keupayaan mendengar, dan seterusnya memberi kesan kepada perkembangan pertuturan bayi. Bagi mengatasi keadaan ini, ujian pendengaran perlu kerap dilakukan. Tiub khas biasanya akan dipasang untuk mengeluarkan cecair tersebut.

    Isu Penampilan 

    Walaupun bayi PRS dilahirkan dengan rahang bawah yang kecil, ia akan membesar dan berkembang dengan kadar normal. Kebiasaannya pakar akan mengawasi perkembangan kanak-kanak terbabit sehingga usia remaja untuk mempertimbangkan sekiranya pembedahan diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut. Kebiasaanya, remaja dengan rahang bawah yang sangat kecil memerlukan pembedahan implan dagu bagi mendapatkan bentuk wajah yang normal dan sempurna. Pembedahan juga mungkin diperlukan untuk membetulkan pertumbuhan gigi yang tidak sempurna akibat saiz rahang yang kecil tersebut.

      ( Asraf hampir melalui semua pembedahan diatas ikat lidah..tebuk laluan tekak nya bagi memberi laluan pernafasannya..Sudah melalui pembedahan lelengit namun masih pecah hingga hari..Sampai ke hari ini dia mudah tersedak waktu makan dan waktu tidurnya sering terganggu sebab lidahnya ke belakang)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...