Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh..
Alhamdullilah ,syukur kpd Allah swt mberi kesihatan yg baik buat kami sekeluarga...B'sbg semalam lah ye....Maaflah ye kalau penerangan ini tlalu detail .Walaupun tajuk ini tlh mjadi sejarah aku dan keluarga ...Aku nak jadikan blog ni sbg rujukan Dr2 di hospital yg aku jumpa.Setiap kali aku jumpa Dr k'jaan @ swasta mesti mrk tanya bila,kenapa,apa ,bagaimana ,macammana,nama Dr yg merawat anak2ku.....Aku dah malas nak jawab pertanyaan berulang2 kali...Dgn kemudahan teknologi moden yg ada ni, ipad,ipone,laptop mcm lagikan .Klik je pg blogku baca label anak2ku ? mudah tak.....Masalahnya hendak tak mrk baca..terpulanglah...
Utk pegetahuanlahkan ,aku dan suami bknnya sepupu. Aku org Selangor dan suami org Tganu dibesarkan di sana. Ini selalu jadi persoalan oleh Dr dan masyarakat knp anak2 kami cacat? ,perkahwinan sepupu...Emosilah pulak..Sambung ye! aku dan suami plg ke rumah tanpa bawa baby..apa perasaanku ketika itu ye??
Bermulalah tugas suamiku bawa susuku yg diperah dlm botl susu utk dihantar pd anakku.Sehari 2 kali pg sblm keja dan mlm.Itulah pgorbanan seorang ayah thdp anaknya.Tgh mlm br balik menemani anaknya...Aku tak de kenderaan masa tu hanya motor Honda 70cc begitu juga abahku...Selama bbrp hr tak dpt tengok anakku, aku mampu menangis je, dahlah dlm pantang, nasib baik tak meroyan .Begitulah ye!perasaan ibu2 yg kehilangan anaknya....
Aku dan suami berikan nama Muhammad Asraf ..Tapi nama timangan mamat sebab makayah aku susah nak sebut Asraf ..Sepuloh hr kemudian aku dikehendaki tinggal di hospital utk ajar Asraf menyusu badan ,kesihatan aku blm pulih sempat berurut 2 hr je..Aku ditempatkan di Wisma Kayu,HKL bsama bayi2 tak cukup bln..Mcm2 kerenah ibu bayi tak ckp bln ni,ada sebesar tapak tgn je..maknya masukkan anak dlm pokek utk jumpa nenek kat luar..Wad itu dikuarantin hanya ibubapa bayi je blh masuk walaupun waktu melawat sebab takut jangkitan kuman.....
Hampir 2minggu aku di sana,Asraf masih tak blh myusu ,masih mgunakan tiub utk mkn ,yg paling aku tak larat dia asyik menangis dan krg tidur ...Sepatutnya baby tidur lamakan tapi babyku sejamje
itupun lamalah tu...bila tidur lidahnya akan pg ke belakang myebabkan bunyi dengkuran mganggu pnafasannya dan tsedar....oksigen pun tak byk mbantu.Selain itu Asraf kerap muntah,masuk susu dlm tiub,bbrp minit muntah tak henti2.Berat badannya susut teruk.Pening Dr di buatnya,x-ray,citi scan ujian dlm perut,mcm2 ujikajilah,ujian darah bkali2 diambil utk dpt kepastian pyakitnya....habis urat tgn dan kaki ,kepala pun diambil..kesian anak aku !!.Bygkan aku ibunya hanya tgkje..Kdg2 aku tlupa dlm pantang,makan minum tak pantang, bengkung entah ke mana,air akar kayu tak minum,air bais aku telan juga, tlalu panas di wad,tak cukup tidur, kalau sakit aku telan penadol tiada masa nak fikir utk diri sendiri ..Kini aku terima akibatnya,kaki sejuk mcm mayat, kepala sering pening mcm2lagilah pyakit..Jgn ikut perangai aku...
Gambar di atas ketika Asraf berumur 5 bln berat badan 2.5 kg.Ett tiub di masukkan dlm hidung sampai ke tekak . ( bukan puting ye) Gambar ini juga selepas menjalani operation perut di mana spenter (betulke bhs Dr ni.) diikat mgelakkan muntah .Perut dilubangkan di masukkan wayar Katheter tiub,jadi Asraf makan dan minum melaluinya mgunakan Syringe......Sampai kini masih ada lubang perutnya tp dah tutuplah seolah-olah ada 2 pusat...Subhahan Allah! ......Maaf gambar ini juga agak kabur, maklumlah aku tak de kamera masa ni, pinjam orang punya ambilpun kabur je.Mak aku tak bagi rakam gambar anak sakit pesanan org tua2lah.....Tak byk gambar anak aku di hospital ,lagipun tak de masa nak bgambar...........
2 ulasan:
slm ziarah. tsentuh baca cerita2 kt blog ni. semoga kalian tabah dlm dugaan ini. semoga ada kebahagiaan yg tk tnilai menunggu dpenghujung jalan. I'Allah :)
slm kenal.nurul jumpa blog akak di blog mazidul.mmg akak org yang hebat=)bangga kenal=)
Post a Comment