Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh...........Suarahatiku adalah dari kotak pemikiranku dan juga pemerhatianku hari-hari, tidak ada niat utk menghina org sama ada hidup ataupun dah meninggal dunia.Yang baik dari ALLAH yg buruk adalah kejahilanku. Mohon maaf kalau ada yg tersinggung dgn tulisanku ini.
Manakala ceritaku adalah pengalaman benar yg aku lalui .........suka duka kehidupan menjaga tiga org anak istimewa.....yg penting adalah dorongan suami tersayang.Dialah yg beria-ia suruh aku menulis dpd tulis dlm diari kemudian hilang tidak memberi makna apa-apa lebih baik coretkan di sini.....Yang penting jgn aibkan sesiapa dan diri sendiri...serta jaga aurat kita janganlah siarkan gambar yg tidak bertudung atau tak sepatutnya disiar...........
Tarikh dan masa adalah salah masa disiarkan ,aku cuba memperbetulkan ye...harap maaf!!!!...hampir 8 bln berlalu......masa utk radioterapi pula,,,,,,aku kena menjalaninnya 15 hr berturut-turut...Kesan kemo tak habis lagi., badan lemah dan mengigil, rambut tumbuh tapi byk uban...Itulah org kata ubat kemo ini umpama racun rumpai apb masuk dlm badan, seluruh sel dlm badan dpt kesannya. Imunisasi dlm badan habis jadi kita mudah dpt jangkitan penyakit,mulut penuh ulser,kulit jadi lembut mcm kulit bayi tapi berat badan aku naik dari 54kg hingga 68 kg padahal tak makanpun......pelikkan kesan ubatlah......bulu mata dan kening tak de....kelakar masa tu.
Kesan radioterapi pula ,pancaran laser tu dipancarkan ke sel kanser(dada akulah senang cerita) selama 15 minit je. Tapi kesannya ,maklumlah radioaktif masuk dlm badan kita, badan menjadi panas , kesan operation tu hitam sakitnya mca kena ekzoz motor (btlkah ejaan ni...) melecurlah dan mengelupaskan..... Penghawa dingin pun tak jalan......dgn pedihnya begitulah azab kubur ye!!!!!!tak sembahyang,tak menutup aurat .Tapi Azab Kubur lagi dassyat ,yg aku kena tu hujung kukuje tu.......Nauzzubillah hi min zdallik.........
Aku nak pesanni.....kalau kau orang nak dgr ke tak nak ke terpulanglah ye!!!! amalkan makan durian belanda dan buah nona khasiatnya sama mcm kemo menghapuskan sel kanser tapi tak sakitkan.Lebih baik mencegah dr mengubatinnya.Amalkan 1 sudu makan minyak zaitun dlm setiap masakan kita...Tapi kalau mampu ganti saja masak menggunakan minyak zaitun. Ulam pula cari daun 7 bilah,,,kalau tak tahu balik kampung tanya ? makan 3 helai sehari.
Kurangkan makan daging merah sebulan sekali cukuplah.....bagi lelaki pula berhentilah merokok?????? Amalkan habattus sauda (Barakah),sama-samalah kita mencegahnya.Penyakit ni tak blh nak cakap tau.......seorang doktor mengamalkan pemakanan sihat vegetarian ,bersenam ,muda ,cantiknya tapi tak blh elak penyakitni.....ALLAH punya kuasakan siapa kita utk melawan takdirnya tapi sebagai hamba kita berusaha mencari penawarnya,berdoa dan bertawakkal.
Jangan biarkan penyakit tu tanpa berbuat apa-apa......ALLAH swt marah kita putus asa,kalau kita hanya menunggu mati samalah seperti membunuh diri...........Hingga kini aku masih jumpa doktor enam bulan sekali di HKL setahun sekali wajib buat memogram .Tak mustahil sel kanser masih ada dlm badanku itulah pesanan dr .Baru-baru ini, sehari sebelum puasa tahun 2011 adik kpd Mak Usu belah suamiku,meninggal sebab kanser ni juga tapi dia dah peringkat 4. Arwah lagi tak merasa sakit apa-apa pada dadanya pun cuma rasa letih dan lenguh tulang belakang je.Pergi berurut ingatkan letih.....badan tak selesa juga akhir pergi hospital Sg Buloh .
Di Hospital Sg Bulohlah disahkan kanser payudara peringkat akhir sempat kemoje, Dr tak buat operationpun. Sempatlah arwah pergi umrah . Akhirnya dia meninggal dunia ,meninggalkan 6 org anak masih kecil-kecil lagi.Sekejap je dlm masa 6 bln je dia sakitkan .....AL-FATIHAH.......Begitu juga dgn mak pada adik Ahmad yg dilahirkan kembar siam ,akhirnya dpt dipisahkan . Maknya juga meninggal dunia kerana sakit yg sama .Macam manalah nasib kanak-kanak tersebut ye....Tapi anak-anaknya pandai belaka semoga menjadi anak yg soleh.....AMIN..............
16 ulasan:
Assalam... jln2 sini... begitu ya... sungguh menarik...
akak seorang yang tabah.. dya doakan akak cepat sembuh..kalau dya mesti tak setabah akak..
Tak terbayang saya tabahnya anda. Namun tulisan anda mengingatkan saya untuk lebih tabah dlm apa jua perkara. Dari saya moga Allah swt permudahkan perjalanan anda.
slm sggh pagi jumaat yg indah!semoga hari sis dan juga kita semua diberkati Allah.sedih membaca luahan hati di atas,ibarat diari sedih yg tak tau manakah penghujungnya?
insya Allah dugaan demi dugaan yang Allah berikan ini,sebab sis hamba-NYA yang terpilih,teruskan berkongsi diari khdpn kerana kami semua setia di sini ^^
terima kasih di atas perkongsian ini, banyakkan bersabar, dan kena yakin pada diri dan tabah dalam menghadapi dugaan dan rintangan Allah swt keatas hambanya...
semoga sentiasa dilindungi Yang Maha Esa ..
tabah dgn ketentuan Illahi .. Dia yang berkuasa ke atas makhluknya ..semoga kembali sihat spt biasa . InsyaALLAH.. :D
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah x akan menguji hambaNya jika x mampu hambaNya hadapi...yakini semua yang terjadi...pasti punya hikmah yang tersendiri..sy doakan moga sis cpt sembuh...
semoga tabah dengan dugaan yg Allah beri. kuat kan semangat.....byk kan berdoa moga Allah beri ketabahan....insyaAllah >_<
Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh.......
Terkejut beruk saya,,,ramai yg sudi singgah di blog saya yg tak seberapa ni.....
Terima kasih pada semuanya,nasihat dan doa anda semua akan jadikan azimat buat saya dan keluarga.....
Berkat pagi jumaat.....Alhamdulillah.....
Ni tips utk pengidap kanser / yg dh sembuh, kalau boleh jauhkan terus daging-daging merah mcm lembu, kerbau, kambing dsbnya. Juga segala jenis burung dan keturunannya cth burung puyuh, telur puyuh, itik, terur itik...Tapi ayam & telurnya boleh (reason sbb x boleh terbang mcm spesis burung yg lain)
Ni nasihat yang diberikan oleh seorang pengamal perubatan islam kepada saya yang mempunyai anak perempuan pengidap Kanser Non Hodgkin Lymphoma tahap 4,kanser ni dah berebak keperut dan saraf lympha anak saya, tapi alhamdullilah dgn perubatan islam, anak saya sihat sehingga kini (kena sejak tahun 2010). Tapi pengamal perubatan tu cakap makanan-makanan di atas ni anak saya 'X BOLEH' makan, kalau makan jugak, kesan mya akan jadi berganda teruk nya. Maaf ye, sekadar perkongsiaan bersama... Semoga tuan rumah tabah menghadapinya...Mohon pada Allah yang Maha Penyembuh.. Dia yang memberi dan Dia juga yang berhak mengambilnya...
Really, ur spirit inspired me.Pengalaman kita hampir sama, tapi urs more challenging.Semoga terus tabah ya.
Assalamualaikum,
Saya betol2 suka cara penulisan awak yg positif & ke arah mengingati sesama kite saudara Islam. & i really respect ur strenght. pengalaman yg dikongsikan mengingatkan yg sehat supaya lebih bersyukur akan nikmatnya..
Assalam..
Sy tersinggah disini ketika google kesan radioterapi. Kwn2 bgtau x rasa apa2 tp stlah 4 hari lalui radioterapi sy mula rasa panas dari tekak hingga dada.
Assalam..
Sy tersinggah disini ketika google kesan radioterapi. Kwn2 bgtau x rasa apa2 tp stlah 4 hari lalui radioterapi sy mula rasa panas dari tekak hingga dada.
Semoga puan sentiasa tabah dan sihat selalu hendaknya :)
Salam kak,boleh kenal tak pengamal perubatan tu,nk ikhtiar bt mak..Kanser pangkal rahim..
Post a Comment