Sudi sudi lah jadi follower

Saturday, January 14, 2012

Perubatan tradisional.

         Assalamualaikum,   dimulakan dgn bismillahirrahmannirahim perbanyakkan zikir dan selawat bersyukur dgn apa yg diperolehi .Memperbanyakkan senyuman. Semalam aku menonton Tanyalah Ustazah tv9 ,Prof. Dr Muhayah pakar mata ....betulkah namanya ye???? pakar motivasi tu .,sejuk aku tengok dia, semua masalah hilang sekejap bila dengar ceramah dia.Walaupun dia seorang prof tapi sikap merendah dia amat aku kagumi.Betul juga katanya kanser adalah disebabkan stress dan tekanan jiwa. Kalau kita byk tersenyum ,hormon apaye? mengurangkan tekanan dan blh menyembuhkan kanser. Senyum juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w senangkan nak dpt pahala..........

         Lepas kisahku masuk tv aku mula mencari rawatan altenatif  bodohkah aku ???? tapi wanita mana mahu kehilangan aset perempuannya yg penting baginya. Aku balik terengganu jumpa bomohlah ,perubatan islam dan mcm-mcm lagi .Sehinggalah suatu hari aku berjumpa doktor kolumentari menggunakan akunpuntur ....dan makan ubat homeopati sekali pergi rm200 habis. (kalau ejaan tak betul sorryye....) Bayangkan seminggu sekali kena pergi.....ini berlarutan selama 3 bulan bayangkan......Akhirnya Dr tersebut mengesyorkan beli satu set ubat berharga rm10000 ubat tersebut mengandungi B17, B complex dll sebyk 10 jenis ubat.Aku mesti makan 1 jam sekali. Tak payah ceritalah mcm mana nak cari duit, emas aku gadaikan,adik-beradikku ,adik ipar bagi duit utk rawatan semua aku habiskan utk ubat tersebut.............


         Aku makan ubat tersebut mengikut jadual dan masa diberikan.Aku tak lalu makan ,demam,muntah tak henti tulang belakang sakit.Bila jumpa Dr tersebut dia kata perkara biasa..Kemudian dia suruh ambil darah .Ujian tersbt mengatakan aku bebas kanser.Dr tersebut pun gembira ucap tahniah padaku.Aku pun bersyukur krn ingatkan bebas dr kanser.Malangnya ketulan masih ada dan mula berdenyut hingga tulang belakang... Nak jaga anak-anak pun tak tentu arah kesian kat mrk...........benda ini berlarutan hingga 4 bulan .Ini bermakna hampir setahun berlalu. Suami puas nasihat tapi aku buat tak tahu je.Anak bongsuku pula Fizi asyik menangis malam.Bayangkan dari pukul 1 berlarutan ke 6 pagi aku pun tak tahu apa puncannya .Kesian suamiku nak kerja pun tak tentu arah mana bini lagi anak lagi tak tahulah apa yg ada dlm fikirannya.......Tapi dia lebih penyabar dari aku ,kalau kena suami yg lain tu memang kena sepak terajang dah anak aku tu......TERIMA KASIH ABANG..........


1 ulasan:

Syaz said... [Reply to comment]

xramai suami mcm ni..untung akak..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...