Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh..............
Seterusnya , dr Wisma Kayu aku dan Asraf di pindahkan ke Wad KK6 Pediatrik,HKL...Asraf di bwh pgawasan Prof Woo.Beliau mnerangkan Asraf tgolong dlm Syndrome Pya Robbin yg jarang tdpt di Malaysia..Mrk mgaku tak brp faham tentang pyakit tsbt....masih dlm kajian mrk.Prof Woo di bwhnya 3org Dr iaitu Dr Nora, Dr Syed dan Dr Dean.. mcadangkan Asraf mjalani operation melekatkan lidahnya dgn bibir bg memudahkan Asraf bnafas...Bayangkan mcm mana ye!!!!
Pbedahan di jlnkan oleh Prof. Esa ,Pakar Plastic Surgery, ketika itu Asraf bumur 2 bln..Aku dan suami hanya mampu bdoa dan btawakkal shj..Mungkin Allah SWT tak izinkan pembedahan tersebut ,setiap kali seblm pbedahan dijlnkan Asraf demam pakar bius tak berani nak bius dan ditangguhkan .Mcm2 ubat antibiotiklah di masukkan melalui drif ke badan Asraf...Pbedahan dibatalkan...Pakar Pemakanan, Puan Rozana mcadangkan Asraf diberi susu khas dan dicampur dgn Nestumgel spy pekat .Minum melalui mesin 30 ml selama sejam bg mgelakan muntah..Kesihatan Asraf semakin kritikal ,berat badan susut (mcm bayi kebuluran di Somalia ) menangis tak henti2...Tangisan Asraf terutama waktu mlm mganggu mak dan pesakit (bayi2) di wad tsbt .Diorang pandang sinis je,anak mrk tidur....Dr on call dan misi2 pula salahkan aku ,tak tahu pujuk anak.Dulu bkn mcm skrg ada handphone blh call suami di rmh utk mgadu... Aku hanya mampu menangis je.......
Lagi sekali aku di pindahkan ke Wad KK5 pula, di bwh pgawasan Prof Azizi bwhnya Dr2 yg sama tambah satu lagi Dr Cheah. Masa tu Asraf berumur 5 bln..Aku dah tak larat dah rasanya, lebih2 lagi masa tu bulan puasa .Suami pula tak tahulah perasaannya ketika tu kan..Bbrp kali jugalah minta balik rumah tapi Dr Syed tak benarkan alasannya oksigen dan demam Asraf yg agak tinggi.Sehari sebelum raya Aidilfitri 1996 , Asraf selamat mjalani pembedahan mgikat spenter perutnya yg tidak bfungsi,myebabkan dia muntah tanpa henti,.perutnya juga dilubangkan ,masukkan tiub utk makan.....
Tetapi Asraf dimasukkan di ICU akibat komplikasi pbedahan Asraf tak sedar2, bnafas melalui alat bantuan pnafasan, darah dimasukkan dlm badan sebab kekurangan darah dan suhu badannya tidak stabil.Dr bkata harapan utk Asraf hidup tipis ,Ini disebabkan dgn berat badannya 2.5kg sepatutnya tidak sesuai mjalani pbedahan.. Takbir raya dan lagu2 raya bkumandang, tapi tak mbawa erti pada kami sekeluarga...Aku tak sanggup lagi melihat pderitaan yg ditanggung oleh bayi sekecil itu..Wayar 2 myelimuti tubuh kecilnya ...(Sedangkan pd hari ini bayi2 tak bdosa dicampak ,dibunuh ,dibuang dgn kejam oleh ibubapa yg bzina ini. Ada pula ibubapa mdera anak 2 tanpa belas kasihan....Sememangnya aku amat marah sekali..... .Inilah dunia akhir zaman).......
Aku hanya mampu bsujud dan bdoa ketika itu,," kalau Allah SWT sayangkan Asraf ambillah nyawanya,hambamu redha,tapi kalau Allah SWT masih izinkan aku menjaganya sembuhkanlah Asraf"..
10 hari Asraf di ICU, Asraf sedar dan kesihatannya stabil dipindahkan ke wad biasa KK5 tapi masih di bwh pmerhatian rapi oleh Dr dan nurse2...Aku pula belajar cara nak tukar tiub perut dan bagi anak makan guna tiub.Aku juga cuba perubatan tradisional dan Islam panggil Ustaz dtg ke hospital sebagai iktiar utk myembuhkannya....Kerap menangis dan kesukaran utk bnafas masih mjadi masalah utama Asraf..Masa umur 8 bln berat badan tak naik mcm bayi baru lahir.Prof dan Dr2 lain mbuat pcubaan memasukkan ETT tiub ke dlm hidungnya tembus ke tekak (lihat gambar di entri lepas).Ini mrupakan pcubaan pertama ke atas Asraf..(Apa itu ETT tiub? digunakan masa pesakit mjalani pbedahan dan pesakit koma diICU,ETT tiub dimasukkan dlm tekak pesakit tsbt bnafas mgunakan alat bantuan). Alhamdullillah cara ini bjaya tetapi masalah lain pula timbul............
Asraf ketika berumur 2 tahun
Masa ni ETT tiub aku cabut sekejap,sambutan
hari lahir ke-2 thn ...lepas tu pasang balik...
1 ulasan:
Siannya dia..mg anak akak cepat sembuhhh.salam kenal ya kak
Post a Comment