Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, January 26, 2012

Erti sebuah Perkahwinan

    Assalamualaikum warah matullah hibarakatuh...........
Melihat pd kad jemputan yg di main oleh anak2ku, suarahatiku mulalah berkata-kata byknya org kahwin....Ialah nak cakap dgn anak2 mrk jawab wa! wa! wa! je.Sibuk dia main kad tersbt tak blh aku pegang langsung, menjeritlah ia maklumlah kad tu warna-warni......Nak pergi ke tak nak? kalau pegi kena kata !tak pegi kena kata juga ..kirim duitjelah....Apa-apa je lah ye!! memang wajib kena pegi tapi kalau dah anak aku naik atas pelamin,dia bersanding dulu  baru tau.Atau makan atas meja dan tarik penutup meja ..Kudrat aku dah tak larat nak jaga dan nak tarik tangan mrk...Alasanlahtu!!!!....
   
     Ramai yg kahwin, ramai jugalah yg bercerai. Alasannya takdir yg menentukan dan tiada persefahaman.Semua salahkan takdir......seolah -olah yg buruk tusemua dr ALLAH SWT ..Malaslah nak komen ..Lu fikirlah sendiri..Tapi bab tiada persefahamanni aku komenlah sikit ....Semua manusia di dunia ini,baik lelaki dan perempuan mempunyai hati masing2...tiada siapa yg tahu apa terkandung dan tersirat di dlm hati seseorang hanya PenciptaNYA shj yg mengetahunya. Adik -beradik yg lahir dr satu perut ibu yg sama pun tak sefahaman inikan  pulak berlainan latarbelakang ,akal fikiran,jantina dan keluarga berbeza.Berapa usia perkahwinan pasangan tersebut 10,15, 20 atau 40 tahun sekalipun sebenarnya kita tidak blh tahu apa yg terkandung dan tersirat dlm fikiran pasangan kita.....

     Melalui ijab dan kabul bermulalah fasa kehidupan bersama.Sebelum kahwin semua indah ,kentut pun sanggup ditahan2 ,wangi sentiasa bila berjumpa, yg nampak semua baik??.Tapi sudah berkahwin semua nampak buruknya .Mesti diingat! macam mana cantik dan hensemnya pasangan kita bila buang air besar, najisnya busuk -kohong (bhs terengganu....) sekali baunya...Ingatlah tu ye.....Firaun yg mengatakan dirinya tuhan tak pulak dia cipta sendiri macam mana nak wangikan najisnya ye tak..???? sebenarnya itulah kelemahan kita manusiakan ..Buangkan rasa ego, susah -senang bersama,ambil berat antara satu sama lain,saling bermaafan dan paling penting kekuatan iman....Perkahwinan tidak semudah yg kita tengok dlm filem dan drama,, bercinta dan kahwin bahagia selama-lamanya.Pantai sentiasa dilambung ombak dan ribut begitulah kehidupan alam perkahwinan tersebut ....

       Bagaimana nak mendpt perkahwinan yg berkat dan barakah?? Andainya majlis perkahwinan yg diadakah tidak mengikut syariah islam, Azan Zohor berkumandang masa tulah persandingan dilangsungkan.Kepak ...kepak,gebung...gebung, kompang berbunyi bertalu-talu.Pengantin dan keluarga pengantin penat hingga terlepas waktu zohor...mana yg ingat tu ...Alhamdullilah....Ingatlah pada pengantin lelaki, setelah selesai ijab dan kabul dosa isteri sedikit sebanyak ditanggung oleh suami...Perempuan tak wajib bertudung tapi wajib menutup Aurat.Faham tak maksudnya.Sekarang ni pelbagai jenis tudung tapi nampak jambul di depan,.pakai tudung nampak leher,pakai tudung baju lengan pendek.Bukanke yg kita tunjuk tu Aurat .

        Ingatlah para suami sehelai rambut isteri yg kelihatan ,azab api neraka jahanam jawapannya .Mcmmana azabnya try cucuh tangan kita dkt dapur sanggup @ tidak(sikit je tu)...Kira sendirilah brp helai rambut di kepala si isteri tunjuk waktu bersanding..tak termasuk baju yg menampakkan susuk tubuhnya....bangga isteriku cantik!..Fikirkanlah pula siapa yg memekapkan isteri kita, perwatakan lembut tapi masih seorang lelaki..bkn mahram.Puas dia dulu menikmati kecantikkan si isteri tersebut sebelum suami....patutkah? Majlis perkahwinan yg membazir ,sanggup berhutang sana-sini ,akhirnya  ungkit mengunkit,anak masuk 5 org, hutang bank masih blm langsai.Anak pula dipersalahkan ,kelahirannya membebankan.......Inikah erti perkahwinan....

      Berbaliklah ke syariat Islam tak ruginya,,,,,selepas nikah sblm membatalkan sembahyang dgn isteri, tunaikan sembahyang sunat syukur...Kenduri @majlis resepsi( betulkah nenek ni tak tahu cu....) tak salah tapi atas kemampuan pengantinlah bkn menunjuk......Selain jemputan dan tetamu khas,jgn lupa jemputlah anak2 yatim( dpd beli bunga hidupsekadar hiasan,akan layu di atas pelamin) jamu mrk makan dan usap kepala mrk...sunnah Rasulullah saw byk pahalanya disitulah keberkatannya....Cenderahati kpd tetamu pula, tukarkan kpd kitab-kitab yg mengandungi surah Yassin dan doa2...pastikan dibalut (tpegang tanpa wudhuk @ dlm bhadas), bg bkn islam pula pandai2lah????

     Anda fikirlah kalau 40 org dr 1000 jemputan mungkin org tua2kan,,kalau muda Alhamdullilahkan mbaca surah2 dan doa secara tak langsung mrk mendoakan kesejahteraan  dan kebahagiaan pengantin,tak tmasuk doa anak2yatim tadi ..Masha'Allah..mudahnya nak dpt keberkatanNYAkan....Bersanding, bergambar ,makan beradab tak salah utk meraikan tetamu maklumlah raja seharikan tapi wajib menutup Aurat,jangan bersalam bkn mahram,batas pergaulan lelaki perempuan yg penting jaga solat......kata2 Ustazah Baiyyah,,,Anda Buat Anda Dapat.....Namun syaitan selalu membisikkan ketelinga manusia ,apa yg baik itu buruk,yg buruk itulah baik....selalunya benda yg baik ini mendpt tentangan dr keluarga pepatah mrk" Biar mati anak, jgn mati Adat"sepatutnya "Biar mati Adat ,jgn kena Azab"...terpulanglah ye!!!!!

        Panjangnya celoteh aku kali ini ,Aku mendoakan pasangan yg akan berkahwin dan bakal berkahwin,semoga perkongsian hidup anda kekal hingga ke liang lahad..Melahirkan anak2 yg soleh dan solehah...Amin..Ingatlah kebahagiaan bkn terletak pd kekayaan harta benda ..tapi ketenangan jiwa dan sentiasa bersyukur dgn kurniaan ALLAH swt...Aku ingatkan diriku juga, kehidupan nelayan melalui pemerhatianku bila balik Terengganu, kg suamilah!.Mrk ini sering di lambung ombak dan badai,makan singgang dan budu, rumah yg bocor sana sini.Tapi di wajah mrk terpacar ketenangan, gelak ketawa,gurau senda dgn anak bini mrk sambil menhirup udara segar di pangkin(jarang berlaku di KL)....Jiran-jiran sapa menyapa seolah-olah tiada masalah mrk hadapi..Macam manalah tak lahirnya adik Nurmadihah yg dpt 20A dlm SPM nya....Kehidupan mrk sumper inpirasiku....Walaupun sukar dan susah,lalui dgn tenang dan sabar ...itulah kebahagiaan sebenarnya.......Seronoknya balik kampung!!!!!!!........

   

     
                                   
   

0 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...