Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
Anak-anak aku masih demam,Faiz kena serangan asma, Asraf pula masih belum sembuh sepenuhnya dan Fizi pula badannya mula dedo paling di takuti tonsil menyerangnya..Aku dah letak ubat demam dlm susunya.Entahlah!..entahlah ! Kadang2 aku kalah dgn pelbagai dugaan yg aku hadapi.Pernah juga suarahati ini berkata berilah dugaan ini kpd org lain pula yg kadang2 mereka tidak mengingati Mu.. Aku manusia biasa tak lari dgn rasa bosan dan pelbagai dosa..Aku tak sekuat dan setabah seperti Saidatina Aisyah r.a. isteri Rasulullah saw,, aku tidak bersemangat kuat dan berjiwa kental spt Saidatina Khatijah r.a...
Aku tak mahu menangis tapi akhir aku menangis ,aku ingin bersabar tapi akhirnya aku kecundang dgn kesabaran..Aku tak mahu marah akhirnya aku akur dgn kemarahanku yg kadang2 menghancurkan aku...Mampukah aku sentiasa tersenyum sedangkan hati dan perasaan berkata tidak..Mampukah aku berlawak seperti Maharaja Lawak??? Aku tak mampu jadi hipokrit..........
Akulah yg cacat dan bertaraf OKU sebenarnya..Tak perlu di ulang2 perkataan itu ..Jiwa aku dah lama cacat cuma tak boleh mohon kad OKU....Aku dah lama sedar aku insan tak sempurna lebih2 lagi bila disahkan aku pembawa Fragile X Sydrome...Kalau aku tahu aku penyebabnya mungkin tak perlu aku mengandung kerana akulah penyebab anak2 aku cacat.. Apalagi setelah disahkan kanser dan di buang aset penting umpama mahkota bagi seseorang wanita..Lagi sekali aku cacat tapi masih tak melayakkan aku memohon kad OKU..Aku masih berakal dan sempurna dari segi fizikal...
Semua masyarakat ,sahabat , ustaz2 para ulama,pakar motivasi semua boleh berkata kita perlu bersabar dgn ujian Allah Swt..Kadang2 kesabaran memakan diri aku sendiri..Orang yg cacat shj yg tahu keadaan mereka yg cacat..Tak perlu nak katalah !!!!......Aku pun tak tahu membezakan pengorbanan atau tuntutan tanggungjawab.Mungkin sama atau sebaliknya..Manusia boleh berkata banyak melalui teori bukan pratikal..Aku bukan berpendidikan tinggi utk mempersoalkan hal2 begini...Manusia yg nampak alim dan warak pun belum tentu blh mengharunginya kalau dia sendiri mengalaminya..Bercakap memang mudah berbanding realiti kehidupan yg sebenarnya...
Adalah nanti mulut-mulut manusia berkata seolah -olah aku dah mula berputus-asa..Allah Swt marah umatnya berputus-asa..Aku bersujud pada Nya memohon keampunanNya...Aku tak tahu kenapa hati aku masih berkata-kata....Aku tabah tetapi ketabahan itu terlalu menyakitkan..Semua itu bukan persoalannya?
Pergi pasar malam nampak pengemis bubuhlah rm1-rm2..Tapi mungkin satu hari nanti aku pula yg mengemis spt pakcik itu mungkin di pasar malam lain ..Kadang2 aku pun mula merasa aku seorang pengemis memohon simpati orang lain.Aku tak berhak di sayangi dan di cintai apalagi meniti kehidupan ini dgn menyusahkan orang lain.....
P/S Berhati-hati di Jalanraya , kemalangan boleh menyebabkan anda mati atau cacat seumur hidup anda....
Berjaga-jaga dgn Kesihatan anda, Penyakit boleh menyebabkan maut atau anda cacat seumur hidup
anda....
Kalau anda sihat jangan hina mereka yg sakit, penyakit tak kenal sesiapa
Kalau anda rasa diri anda sempurna jangan sekali-kali menghina mereka yg cacat
KISAH DONGENG -REALITI SEBENAR KEHIDUPAN
7 ulasan:
tak tahu dah nak komen apa.. nak suh SABAR, akak dah lama jadi orang yang sabar.. nak suh TABAH, akak memang tabah.. Yang saya boleh buat, doakan hati akak tenang, bila hati tenang , pasti akak bahagia.. walaupun seribu dugaan mendatang... :)
Assalamualaikum Siti
saya teru doakan agar siti sekeluarga dipermudahkan dalam semua urusan
cuma doa sahaja yg mampu akak beri utk Siti sekeluarga..
assalamualaikum warahmatullah kak..
Allahuakbar.. pertama kali saya baca blog akak ni; semalam/dua hari lepas.. mashaAllah.. memang tak terkata dugaan akak entahlah semua boleh berkata sabar dan memang betul sukar sangat-sangat untuk melaluinya.. tak mudah untuk jadi redha..
kak, saya masih anak-anak lagi.. pengalaman hidup tak seberapa.. iman di dada tak seberapa.. tapi kak.. inshaAllah dunia ni sementara cuma.. jika hidup di dunia seratus tahun, tidak bernilai langsung jika dibandingkan dengan inifiniti tahun di akhirat nanti.. yakinlah dengan janji Allah di akhirat kelak kesenangan menunggu orang yang bersabar..
jangan diucap perkataan 'kalau'..
akak insan terpilih.. Allah tahu hamba-hambaNya.. jalan setiap hamba berbeza-beza, tapi tidak sesuatupun yang berlaku itu di luar pengetahuanNya.. sedangkan sehelai daun gugur pun Allah tahu, inikan pula setiap pengorbanan dan kasih sayang akak dan suami kepada anak-anak... mashaAllah.. mana mungkin Allah tidak nampak semua ini kak.. jika kasih sayang akak terhadap anak-anak akak sebanyak ini, apatah lagi kasih sayang Tuhan terhadap mereka.. terhadap setiap mukmin..
saya doakan semoga semua urusan akak dan anak-anak akak dimudahkan Allah, semua keperluan dicukupkan dan semua hajat dikabulkan Allah.. diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat oleh Allah swt..
mashaAllah kak.. terima kasih berkongsi cerita..
fr506
Bukan salah ibu mengandung....ketetapan dari Nya utk insan2 yg terpilih utk diuji...
Insya'allah setiap kekurangan yg tuhan berikan pasti ada kelebihan nya.... ....saya mendoakan agar kesejahteraan dan kebahagian yg berpanjangan.
Aduhai akak Siti....
Benar akak, kita insan lemah.. Saya yang membacapun rasa beratnya, apatah akak yang memikulnya...
Sayapun turut berdoa, Allah swt berikan akak ketenangan hati dan kebahgiaan dunia & akhirat tentunya..
Post a Comment