Sudi sudi lah jadi follower

Tuesday, March 13, 2012

Sotong Masak Kicap Masam Manis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

       Aku dengar dlm berita byk kawasan termasuk perumahan aku tiada air, hampir 2 hari pulak tu.Matilah !!!Betul kata Kak Jee biar tiada api jangan tiada air.. Anak2 aku ni mana mengerti masalah ini semua ceritalah macam mana pun..Aku tadah air di orang curah air, makin kita marah makin di orang buat..Kalau hari ada air susah pulak nak buang air besar..Tengok esok ye! air tak de masa tu lah di orang 2 hingga 3 kali buang air..

        Nak tadah air beli tong plastik besar bahaya pula walaupun bertutup ..Anak bongsuku le Hafizi , dia masuk dlm tong tu..Rumah mak aku biasa dgn tong2 ni maklumlah orang tua suka simpan air..Pantang terleka, pernah terjadi  Hafizi masuk dlm bilik air tanpa kita sedari dan masuk dlm tong tersebut nasib baik air nya setengah je kalau tidak.....

         Kanak-kanak Autisme ni pemikirannya lurus dia ingat mungkin kolam mandi di hotel.Ini tahap pemikiran anak2 akulah  mungkin kanak-kanak Autisme lain berbeza..Jadi memandangkan esok tiada air jadi petang ni aku masak kicap sotong, tahan lama sikit esok tak payah masak...Judunya dgn masak lemak pucuk manis dan goreng ikan tenggiri..Mak Mentua lalu di depan buat tak tahu je!! Kurang ajar punya menantu..




Sotong Masak Kicap Masam Manis

Bahan-bahannya:-

1 kilo Sotong    ( Jangan potong kecil2 hilang manisnya, kelar-kelar je mudah makan)
4 biji kentang     (buang kulit potong baji dan goreng garing -ketepikan)
1/2 cawan cili mesin*
3 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia                *   kisar sekali (kalau suka belacan bubuhlah)

1 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tiram
 garam dan gula secukupnya
 2 sudu besar kicap pekat Jalen
1 /2 cawan kicap manis Cap Kipas Udang
 Minyak secukupnya
2 labu bawang besar potong bulat
2 biji cili masak -hiris nipis

Cara memasaknya:-

-Panaskan minyak bekas goreng kentang tadi.Tumis bahan kisar hingga garing..
-Masukkan sos tiram, cuka, kicap pekat dan kicap manis..
-Masukkan sotong, jangan masak terlalu lama nanti keras atau liyut..
-Perasakan garam dan gula ..
-akhir sekali masukkan kentang, hirisan bawang besar dan hirisan cili masak dan kacau..
-Biarkan seketika dan hidangkan dlm piring..
-Alamak nampak sememeh je gambar, maklumlah anak tak menyabar nak mamam!!

7 ulasan:

mama akid said... [Reply to comment]

salam perkenalan kak...saya nk tyalah akk dh join group super mum super dad ke blm...kalau dh tkpe..klau blom akk boleh cr kak fb...kat cn kita dpt meluahkan apa yg kita rasa n yang penting bnyak info tentang ank2 istimewa....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to comment]

Salam sis...mmg teruk xde air kan? Hurmm saya plg x suka masalah ni la klu blk malaysia.kat sini xde pernah x berair pun walau guna air laut .

Sedapnye lauk sotong tu..nyum3

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

kawasan saya Alhamdulillah...tak kena

inazamri said... [Reply to comment]

rumah saya hari ni takde air sampai ptg..tp mmg dah diberitahu awal la.sotong tu nampak menyelerakan

Siti_btp said... [Reply to comment]

Nasib baik rumah akak tak terlibat..
Segala botol dah di isi air..

Kesian bagi rumah yg terlibat tapi nasib baik Pihak Syabas dah beritahukan..

Mereka lakukan demi kepentingan utk masa akan datang..

.puteri nuur at-terawis. said... [Reply to comment]

sedapnya nampak sotong. balik ni nak buat jugak ;)

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

sungguh, akak tergoda!
confirm hujung minggu ni nak masak sotong mcm ni jugak. TQ siti bagi idea hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...