Sudi sudi lah jadi follower

Friday, March 2, 2012

Nasi goreng untuk Anak2 Ku

     Assalamualaikum warahmatullah hibarakatuh........


               Pening juga pagi ni, nak buat sarapan apa ye? Sebagai surirumah ni itulah perkara yg selalu di fikirkan nak sarapan apa? nak masak apa buka peti ais mulalah bercakap dgn peti ais nak masak apa! nak masak apa! nak masak apa!..Asraf berdekah dia gelakkan aku..Faham juga dia ye! Ingat mak dia ni pun tak betul macam dia jugak.....Ialah aku nak bercakap dgn siapa lagi.
.
              Betul juga cakap Ustazah Sharifah Norhayati semalam dlm Forum Perdana semalam bertajuk "Muflis di Dunia,Miskin di Akhirat",, setiap malam jumaat pukul 9.00 mlm kadang2 kita ni tengah nak solat pun blh berfikir pasal nak masak hari ni??masak kari ayam ke ,kari daging ke....Sukarnya utk  kita khusyuk dlm beribadat?? Tapi ini salah satu gangguan Syaitan..Ini semua boleh di elakan kalau kita merasakan diri kita sangat kerdil dan lemah di hadapan Allah SWT...Wallahhua'alam.

Nasi Goreng (kebetulan ada nasi lebih semalam boeh makan sampai tengahari)

2 pinggan nasi semalaman
1 cawan ikan bilis dah kopek(rendam)
5 biji cili padi( kalau nak pedas tambah)
2 biji bawang besar(kalau lebih lagi sedap)
1 ulas bawang putih
Beberapa batang kacang buncis
2 biji telur
garam secukup rasa
marjerin utk mengoreng

Cara-cara membuatnya pejam mata pun bolehkan, tumbuk atau guna mesin choppers,
ikan bilis ,cili padi, bawang besar, bawang putih..
Tumiskan dengan sedikit marjerin atau minyak sampai garing.
Masukkan garam, kacang buncis yg di potong serong dan pecahkan telur..
Biarkan sebentar baru masukkan nasi..kacaulah sampai sebati..
Angkat dan hidangkan dgn ulam-ulaman timun dan keropok keping




5 ulasan:

inazamri said... [Reply to comment]

saya pun masak nasi goreng je utk family kalau dah tatau sgt nak masak ape.Memang laju la dorg makan kalau nasi goreng ni..lebih lg bila dihidangkan bersama teh o panas.

Ayu said... [Reply to comment]

ermmm...mmg sedappp nasi grg.YM pun suka buat nasik grg kak.:)

Unknown said... [Reply to comment]

buka je page nie nampak nasi goreng.. owh laparnya

ZULTIE said... [Reply to comment]

salam ziarah.. seorang ibu yang tabah dan ikhlas akan mendapat ganjaran syurga dan semoga anak-anak mendapat keberkatan dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

singgah kalau2 ada nasi goreng lagi...he he

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...