Sudi sudi lah jadi follower

Friday, March 16, 2012

Demam Oh Demam!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..,

          Demam Oh demam kenapa buat anak-anak aku demam.??.Macam mana aku tak buat anak kau demam, dia main hujan! Dia main hujan!...Hujan Oh Hujan kenapa buat anak2 aku demam?Macam mana anak kau tak demam Antibodinya lemah!  Antibodinya lemah! jawabnya hujan..Menyanyilah pulak aku ni.Terlebih sudah....Lama dah rasanya aku lupakan entri ni..Asraf demam dan tiada selera makan, dia jarang demam tapi kalau demam badannya cepat susut.Nampak dlm gambar tu Asraf dah mcm anak2 di Somalia..Suhu badannya panas sekali kesian aku nengoknya..


           Kadang2 aku usiknya kalau tak demam asyik mengamuk je,sikit2 nak tendang mak, pukul adik tu lah Allah marah tau..Hafizi nakal tau !!dia tahu abang dia sakit saja je dia tarik telinga abang dia mengusiklah konon..Mentang2 lah Asraf tak de respon, kalau tak kena tolak dah tu..Kelakar pulak aku tengok telatah anak2 aku ni..

           Kadang2 adalah suara yg tak sedap di dengar mempertingkaikan kenapa anak2 aku ni sering sakit hampir sebulan sekali pergi klinik ambil ubat....Anak2 mereka sihat je balik pukul 2.00 pagi pun tak kisah..Dari lahir tak pernah sakit pun, selesema biasa adalah itupun sekali sekala..Alasannya dia kata anak2 aku tiada orang jaga..Siapa yg jaga?? bukankah makayahnya ada dan Allah Swt menjaganya..Misterikan..Dia syorkan anak2 aku berubat pada seseorang dan mohon penjaga anak2 aku..Aku dgn suami memandang satu sama lain..Kalau kat Ustaz ke menggunakan ayat Quran Issya' Allah aku pergi..Tapi ini siapa dia yg mempertikaikan Qada dan Qadar Allah Swt??

           Cuaca beberapa hari ini mendung dan hujan seolah-olah menangisi pemergian adik Dirang yg dibunuh dgn kejam..Al-Fatihah buat Arwah adik Dirang semestinya tempatnya di Syurga..Tapi apalah penderitaan yg dialaminya sebelum dia dibunuh..Azabnya dirasakannya spt adik Nurin Jazlin masih tak dapat siapa pembunuhnya..Susah sgt ke carilah pembunuhnya mcm cerita CSI tu . Siasat dan terus siasat ..Pelik pula tiada pula hantu kacau pembunuhnya mcm filem2 melayu ni..Geram sebenarnya!!

           Sama-samalah kita menjaga anak2 kita dan mohon pada Allah Swt lindungi keluarga kita dr semua malapetaka ni..Aku yg pernah kehilangan Asraf 1 jam shj,jiran aku sorokkan dlm rumahnya...Masa tu  aku duduk di Flat Sri Tioman dulu dah mcm orang gila rasanya..Aku tak blh bayangkan perasaan ibubapa yg mengalami anak mereka di bunuh..Risau juga dgn perangai Hafizi ni ,anak busuk aku ni pantang nampak kereta ,dia nak ikut naik..Selalu aku pesan dekat Pdk kelakuan anak aku ni..Bosan pulak cikgu2 tu kan dgn sikap aku ni..

       

8 ulasan:

Dieyna said... [Reply to comment]

peduli kan cakap2 orang kak.. Kesian asyraf hensem demam yer... try letak aloe vera, cpt sejuk badan

mamaijat said... [Reply to comment]

....sabarlah adikku...
mamaijat pun dah berulang kali demam kebah ni..

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Siti

moga Asraf cepat sembuh

Panglima Muda said... [Reply to comment]

salam..masa ank saya kecil kecil saya tak mampu hantar mereka ke klinik semuanya jika demam. Cukup seorang mengambil ubat dan dikongsi ramai ramai. Biasanya kalau demam sangat saya letakkan budak itu diatas daun pisang yang diletakkan diatas tilam. pakaian selalu kena tukar. Potong sedikit kunyit hidup, sapukan pada hidung telingan tangan dan kaki.Kacip diletakkan dibawah bantal. ubat doktor tetap kena makan, pantang melayu tetap kena buat. Ambillah beras 7 butir masukkan ke dalam mangkok putih berisi air biasa. Berjampilah dgn fatiahah , selawat dan ayat Qursi. Lepas itu beri dia minum seteguk dari air itu, basuh sedikit muka, tangan dan kemudian kaki sebanyak 3 x...Saya tidak pandai tetapi sekarang anak saya dah dewasa, begitulah saya buat. Manusia berikhtiar, allah menentukan

YaYaNsMuM a.k.a YM said... [Reply to comment]

Memang risau sekarang ni kan kak?kene pantau anak2 24jam.alahai...

waiem said... [Reply to comment]

Salam

Semoga Asyraf cepat sembuh ya. Amin

Nak kongsi sikit perubatan Islam yg saya dapat dari Ustaz mengaji saya, yg kita boleh buat sendiri di rumah

1. Membaca Al-Fatihah
2. Selawat Nabi S.A.W sebanyak 3 kali
3. Selawat Syifa
4. Niat yakin dan Tawakkal kepada Allah.
5. Hembuskan ke bekas yang berisi air minuman dan dihembuskan ke tempat sakit

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

Kalau anak demam, si ibulah yg tak tidur malam kan, inikan pula kalau anak hilang. Minta dijauhkan dr kita semua. Moga Asraf cepat sembuh ya..


Walaupun tak ke umrah, akak tetap doakan utk Siti & anak2.. Insyallah.

armouris said... [Reply to comment]

cuba pakai bantal sejuk untuk redakan demam, boleh dapat kat sini - sihatselalu.biz/bantal-sejuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...