Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, June 28, 2012

Perlukah Insurans Kesihatan utk Keluarga Kita??.......

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.....




                                                 






              Aku bukanlah agen insurans yg di bayar ye!!! sekadar berkongsi pengalaman sahaja..Tak lebih dari itu..Ada keburukan dan ada juga kebaikan tentang insurans ini..Terpulanglah pada kalian utk memilihnya yg penting baca dulu isi kandungan perjanjian insurans tersebut..Kalau ikutkan semua perkara dlm dunia ini ada baik dan buruknya ..


              Hidup kita ini umpama roda adakala di atas dan adakala di bawah..Mungkin hari ini kita sihat tapi tak tahu esok lusanya kita sakit..Kemalangan jalanraya juga merupakan risiko yg tinggi kpd kita..Mungkin hari ini kita melihat orang yg terlibat dgn kemalangan..Mana tahu esok lusa kita pula yg laluinya.....Nauzubillah min zalik....Jadi beringatlah  dan berwaspada selalu...


              Keluargaku sendiri tiada mengambil Insurans Kesihatan  maklumlah 20 thn yg lalu setahu aku ada Insurans nyawa je kan..Bila di landa pelbagai dugaan demi dugaan baru aku tahu betapa penting wang simpanan ..Tapi kalau ditimpa penyakit yg kritikal spt aku ni   Kanser Payudara hampir ke tahap 3...    wang yg disimpan cepat shj habisnya, KWSP?? akaun 2 je!Berapa rm sangatkah dlm akaun 2 ni.. akaun 1 tak dapat membantu tunggu umur 55ke @ 60 thn ke itu pun kalau sampai umur kita..Nak minta bantuan saudara mara ,mrk sendiri ada masalah tersendiri..


                Aku tujukan kpd adik2 yg baru habis belajar tak kiralah lepasan sekolah, diploma atau ijazah dan baru bekerja ..Belilah insurans masa tu anda muda taklah mahal sangat cari Insurans yg blh buat simpanan sekali..Bila sampai waktu matang boleh dapat duit balik bukan Insurans yg ambil..Awas!! buat potongan gaji dan selalulah check pastikan majikan masukkan wang anda pada tarikh sepatutnya....Bukan apa Insurans ni pandai juga kalau lambat beberapa hari kita tak bayar ,dia tak cover kita kebetulan kita sakit atau kemalangan waktu tu..Perangai kitakan sering lupa..


                  Memang kenderaan pun penting tapi bagi mrk yg baru bekerja  ni belilah kenderaan murah dulu kancil ke,viva ke jadi ada simpanan lebih betul tak adik2ku sekelian,PPTN mesti bayar nanti di soal di akhirat kelak....Janganlah jadikan alasan!! sebab aku tahu byk wang mrk dihabiskan utk benda tak berfaedah bg perempuan  gajet2nya,mcm2 jenis tudungnya, handbag, kasut yg kayanya SOGO dan gedung2 perniagaan yg lain..Lelaki pula dgn belanja perempuan, gajet2ni ,aksesori kereta,baju seluar berjenama dsbnya..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan..Kalau mereka yg merokok pula dah sah2  memang berisiko mendapat penyakit lambat atau cepat je bergantung pada Allah SWT.....Mungkin anda yg di pilih dr yg terpilih!!!


                   Bagi yg baru berkeluarga pula buat insurans utk keluarga sekali kalau mampu..Tak mampu pun cubalah mampu2kan ,lupakan dulu nak hias dan besarkan rumah ,bertukar kereta dsbnya.Biarlah ala kadar je dulu.Sekarang ni byk penyakit kritikal menyerang anak2 misalnya kanser,jantung dsbnya..Malang tak berbau!!.Benarlah semua takdir Allah SWT.Tapi Allah SWT suruh kita berusaha dulu,berdoa dan bertawakkal..Penyakit ini memerlukan perbelanjaan yg besar..Walau byk mana pun simpanan kita ibarat 'Bukit kalau di tarah akan habis jua'..Orang Cina mengutamakan insurans keluarga ..Itu kadang2 dekat hospital swasta ramai org cina ,ada dikalangan mrk bukan senang sangat tapi sebab mrk mengambil insurans ,mrk blh ke hospital swasta..


                    Bukanlah aku maksudkan hospital kerajaan ini tak bagus..Janganlah salah anggap pulakkan..Tapi melalui pengalaman aku dan anak2 aku tinggal di hospital 
 Pengalaman 3 tahun di hospital,,   ..Apb Doktor di hospital kerajaan ni bila dah jadi pakar je ,mrk akan beralih ke hospital swasta yg tinggal Doktor2 pelatih..Maklumlah hospital swasta menawarkan gaji yg lumayan buat mrk ni..Siapa yg tak nak gaji tinggi selepas berhempas pulas belajar..Betul tak??Masalah kekurangan dan kepakaran Doktor di hospital kerajaan memang kerap berlaku hingga ke hari ini..Jadi fikir2 kanlah demi keluarga anda..




               P/S :Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihnya.. Mencegah lebih baik dari mengubatinya..Beringat sebelum Terkena..
Malang tak berbau, Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada guna..
                   

Friday, June 22, 2012

Penyu Menangis Tak Siapa Tahu......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..........

                 Masih mengenai  Terengganu Darul Iman..Di Rantau Abang , Orang Terengganu gelar Pantai Ibu Penyu..Tengahari buta kami singgah di sini..Maklumlah kalau dr KL sampai sini mesti malam..Tak berpeluang menikmati kecantikan Batu Penyu..

Tengahari Buta di Pulau Penyu...

                       Mak Mentua aku memang berasal dari Rantau Abang..Dulu memang byk lah penyu bertelur tapi sekarang dah tak de lah ..Resort2 tinggal begitu shj umpama 'Gajah Putih'..Penyu pun pandai merajuk akibat kerakusan dan ketamakan manusia terhadap telur penyu akhirnya generasi hari ini tak dapat menyaksikan penyu bertelur..Walaupun hanya binatang shj..Ianya makhluk Allah tetap ada perasaan..Apalagi kita manusia ni kan...Kalau sering di hina ,sering di keji lama2 semangatnya akan pudar jugak..

Seolah-olah batu itu menyerupai penyu naik ke darat untuk bertelur.
Sekarang ni penyu dah tak bertelur di Rantau Abang sebab merajuk telur selalu di ambil dan di jual
di Pasang Payang..Penyu Menangis tak siapa yg tahu..
               


Sesekali merenung laut luas terbentang pengubat stress..
Rasa2nya ingin je menjerit tapi Mak Mentua sebelah..
Pantai tetap tak berubah walaupun laut bergelora,
Ombak menghempas pantai..Sabarnya pantai!!
Mana Faiz ni ??

Tok dah siap senseng lengan dah melihatkan telatah cucunya
yg tak duduk diam ni walaupun seminit..

                 Masa ni Firdaus dah mula buat perangai, dia nak pergi mandi ke laut..Aku dah biasakan pergi PD
mandi laut..Jadi dia ingat asalkan ada laut shj bole mandi..Tu lah aku dan suami malas berhenti kereta di sini..
Cakaplah macam mana pun, di marahi oleh Toknya ke! Matlamatnya hanya satu mandi..

                Berguling-gulinglah Fizi melalak di pantai..Penuh pasir di bajunya padahal nak pergi rumah adik ipar aku kat Dungun ni.. Ayahnya terpaksa mendukungnya utk memasukkan dlm kereta..Tercampak-campak kamera aku..Siap dia muntahkan sekali dlm kereta haru-biru jadinya..Nasib baiklah tiada org masa tu..Inilah  telatah anak2 aku menyebabkan aku malas nak berjalan ni.....   



Firdaus dah mula buat perangai!! Dia dah mula berlari ke pantai hendak ke laut..
Ingat !! sini PD ke..Waktu ni dia dah siap berguling-guling ,dan mengamuk
sebab tak dpt masuk laut..Mcm mana nak cari ketenangan ni..
Kamera dah tercampak dah..Balik!!
Hai!! Anak2 Aku ni..

                   
                        Nasib baiklah Asraf tak de kalau tak dia sekali mengamuk..Firdaus memang pantang nampak air ,air pancut dekat KLCC tu pun dia nak masuknya..Tasik Titiwangsa ke ,Tasik Perdana ke memang aku tak berani nak pergi kalau berdekatan tasik..Percaya tak!!Laman kolam ikan rumah adik ipar aku tu dia masuknya masa tu aku dan ayahnya terleka sekejap...Ikan Koi tu!! nasib baik tak mati ikan tu..
Itulah aku malas nak pergi rumah org kaya ni..Mcm2 dekorasi..Memanglah depan kita tak marah tapi belakang??Wallahualam....Mahal tu peralatan kolamkan..Aku pun faham....


                         Nasib baik dia tak masuk dlm kolam Masjid utk ambil air sembahyang hari tu ..Kaki dia dah  melangkah dah!!Kering darah aku di buatnya terutama Mak Mentua akulah..Jangan sesekali terleka padah  jadinya...         
                          FIRDAUS HAFIZI!!!!!!!!

                




Thursday, June 21, 2012

Kanak2 yg Di Gelar Bodoh Akhirnya Berjaya di Dunia...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


         Semasa kita kecil dulu ada tak rakan2 kita yang masa kecil dulu  nampak tak pandai, tapi bila besar cerdik dan lebih kaya berbanding kita ni??..Kawan yg satu ketika selalu mendapat nombor tercorot dlm kelas tiba2 jadi Doktor..Ada juga kawan kita yg selekeh di sekolah bila jumpa dah jadi pramugari.Kawan2 aku di Selayang dulu terutama Cina ,masing2 dah ada perniagaan sendiri dah.Ada yg buka kedai emas, salon rambut padahal mrk tak pandai semasa di sekolah..Kalau buat reunion di sekolah lama, malunya aku ni masih di tahap tu jugak!!..



         Tak musthil budak yang masa kecil bodoh dan selalu kena buli tapi bila besar jadi Menteri misalnya Abraham Lincoln? Moral cerita ini yg cuba aku sampaikan nanti ialah jangan cuba menghina orang yang semasa kecil nampak bodoh tapi bila besar akhirnya dia jadi tokoh,ahli perniagaan yg berjaya malah jutawan.


         Ada juga di kalangan Autisme dan Dyleksia yg berjaya misalnya Learnado Da Vincci.Pelukis'Monalisa'.Berjuta2 harga lukisannya.Beliau mempunyai ciri2 Autisme.Begitu juga Tom Cruise pelakon hemsem Hollywood juga mempunyai ciri2 dyleksia..Semuanya jutawan tu..Banyak lagilah yg berjaya..Dulu mana ada pengkhususan anak Autisme dan Dyleksia ni..Kalau tak pandai tu cikgu dan ibubapa itu sendiri mengelarkan anak2 ni bodoh dan malas belajar..Padahal anak2 ini sebenarnya ada masalah pembelajaran..



Bukan seorang yang macam ni, masa kecil bodoh tapi bila besar jadi tokoh, ramai yang seperti itu di dunia ni:

1. ADAM KHOO




Dia ini orang Singapura. Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV. Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.


Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat tak baik. Kerana tak ada sekolah yang mau menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang punya rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.


Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).





2. ALBERT ENSTEIN


Siapa yang tak kenal Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah Nobel.


Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan lambat boleh bercakap akan menjadi seorang manusia yang paling pintar di planet bumi? Siapa yang menyangka kanak-kanak pengidap autisme. sepertinya dan sering dimarahi guru kerana selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji bagaimana dia menjadi secerdik itu bila dewasa?





3. ARISTOTLE ONASSIS

Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembam di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.


Akhirnya melalui usaha kerasnya di bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)



4. THOMAS ALVA EDISON



Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:

"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."

Si-ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”

Siapa yang sebelumnya menyangka bahwa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera? Jawabannya adalah ibunya! Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam kelam!


5. CHRIS GARDNER 



 
Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar: kehilangan tempat tinggal, kerana kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.


6. LUDWIG VAN BEETHOVEN

Ludwig Van Beethoven berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik. Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga kini?

7. LOUIS BRAILLE

Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille?


8. ABRAHAM LINCOLN


Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya.Beliau juga pengidap Autisme.. Dalam kehidupannya dia sering gagal: perniagaanya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal. 

Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.


9. BILL GATES



Siapa tidak kenal Bill Gates? William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.


10. MARK ZUCKERBERG
            Mark juga bukanlah terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu membeli Facebook pada harga US$100 juta.


Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil akan muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.


(Sumber info:menujuhijau)





         Masih menunggu apakah kelebihan yg ada pada anak2 aku ni..Main komputer setakat buka Maher Zain..Suruh melukis pensil warna je yg patah digigitnya.Apalah sedapnya mata pensil ni..Ajar bercakap tak bercakap2.Kalau tak blh mengaji ke mennyanyi ke.Mungkin ada emas dlm tekaknya ni..Agaknya kalau bercakap jutawan aku!!!...

Friday, June 15, 2012

Sahabat Anak2 Syurgaku...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........








                                Walaupun kita di alam maya tak pernah berjumpa namun kita dekat dihati..Sama2 berkongsi cerita ,berkongsi masalah ,bertukar pengalaman,suka duka ,tangisan dlm tulisan..Kalau di izin Allah kita di pertemukan..Buat sahabat2 ku semoga kalian tabah menghadapi kerenah anak2 sebegini begitu juga dgn aku ni....Tempat mrk dah pasti di akhirat nanti, tapi tak tahulah kita ni..Hanya kesabaran , keimanan dan ketaqwaan blh membawa kita ke sana..Di harap anak2 ini membawa kita ke Syurga..


                                   Ucapan terima kasih tak terhingga kepada Dato Zambri Tembol yg bersungguh-sungguh menubuhkan kumpulan Autisme Malaysia..Begitu juga dgn video klip ni..Penat lelah Dato suami isteri hanya Allah SWT shj yg dapat membalasnya..Semoga kita berjaya mendidik anak2 kita sehebat yg mungkin..(alamak tak tahu mcm mana nak link ke Fb Autisme Malaysia) Sorry ye!...




              P/S- Bagi manusia yg merasakan dirinya normal..Jangan sesekali menghina anak-anak sebegini...Mrk tak pinta dilahirkan sedemikian..Tapi mrk adalah insan terpilih di antara yg di pilih..

Wednesday, June 13, 2012

KRONOLOGI ASRAF........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

                         Apabila perasaan amarah menguasai pemikiran aku dan suami pada Asraf ,anak sulung aku ni yg kini berumur 17 thn.Kadang2 kesabaran kami berdua hilang...Sikapnya yg kadang kala aku pun tak mengerti ...Semalam Asraf terjerit-jerit, mengamuk habis perkakas rumah Wannya dibalingnya, di rumah Wannya(neneknya) di Datok Keramat..Dahlah Wannya tak sihat, aku pula ada temujanji dgn Dr gigi memandangkan gigiku semakin berdenyut-denyut ubat tahan sakit pun tak jalan dah mahu tak mahu terpaksa pergi  meninggalkannya di rumah Wannya emak aku lah..Adik-adiknya Faiz dan Firdaus pun ditampar dan di tolaknya....

Ketika berusia 5 bulan walaupun lahirnya 3.16 kg tetapi berat Asraf semakin berkurang
hingga 2 kg..Masa ni aku minta pelepasan utk pulang ke rumah selama beberapa hari
tapi pulang balik ke  HKL semula akibat masalah penafasannya.
                                         
                          Bila mengenangkan  kisah yg lalu susahnya aku dan suami nak membesarkannya ..Hampir 3 tahun tinggal di hospital ..Keluar masuk ICU bergantung oksigen,.makan melalui tiub sehingga Dr berkata peluang Asraf hidup 50-50..Kehidupan kami tak spt suami isteri yg lain seronok dgn kelahiran anak ,berpantang di rumah dsbnya..Suami terkejar-kejar waktu rehat kerjanya utk menjengah anaknya di wad..Sebaiknya pulang dr kerja terus ke wad mandi dan makan di wad..Begitulah pengorbanan ayah dan ibu Asraf!!..Tak berpeluang tengok TV,gurau senda,membeli-belah baju anak,bersiar-siar di taman dan berehat-rehat spt ibubapa yg lain..




Ketika umur Asraf setahun- Ketika ini Asraf selepas beberapa bulan menjalani pembedahan
memasukkana tiub di perut(GT) bermula hari tu Asraf makan melalui perut dan
Alhamdulillah berat Asraf bertambah..Kat hidungnya Asraf di pakaikan ETT tiub
yg di cucuk dr hidung ke tekaknya sepanjang 3.7 mm ..Masa ni pun aku minta pelepasan
krn demam yg teruk maklumlah berbulan-bulan tinggal di wad bukannya selesa.
Balik semula ke wad sebab Asraf biru tak cukup jumlah oksigennya.





                             Tak lama lagi kalau di panjangkan usia, kita akan menyambut puasa dan Hari Raya Aidil fitri..Semuanya mengingatkan aku 2 tahun berturut-turut  berpuasa dan berhari raya di hospital..Tahun pertama beraya Asraf di ICU kira2 10 hari Asraf tak sedarkan diri..Tak tahulah berapa byk air mata aku tumpah ketika itu..Berpuasa di wad byk dugaannya dgn keadaan panasnya memerlukan byk kesabaran dan keimanan maklumlah tak cukup rehat dan tidur yg mencukupi spt di rumah..Bersahur dgn makan apa yg ada..Buat air sekadar mengalas perut dan cicah biskut..Hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui-Nya


                            Begitu juga dgn ayah Asraf! bersahur keseorangan di rumah.Betul2 menguji kesabaran seorang lelaki yg bergelar suami dan ayah .Cuci baju kami anak beranak kemudian bawa ke hospital keesokan paginya..Terawih entah ke mana krn setiap hari habis waktu kerja suamiku terpaksa bergegas ke hospital utk hantar makanan dan brg keperluan lain..Aku pun perlukan rehat kadang2 1 hari tak mandi sebab dgn keadaan Asraf yg kerap menangis dan jarang tidur..Dgn cara ini shj bergilir dgn suami aku utk menjaga Asraf..Keesokannya kena bawa Asraf X-ray, menjalani Ct scan , Barium Solar dan pelbagai ujian yg diarahkan Dr kecuali ambil air tulang belakang dan tebuk lubang di leher Asraf...Perjalanan yg amat memenatkan..




Ketika ini Asraf berumur 3 tahun- Muka masih baby face,Alhamdulillah
 semenjak makan melalui perut..Berat Asraf bertambah membolehkan
 Asraf menjalani pembedahan sumbing lelangitnya..Hidung hampir kemek
terlalu lama memakai ETT tiub..Balik sekejap ke rumah
 sebelum menjalani pembedahan...


                       Setelah berusia 3 thn Asraf tahu tak!! masih tidak meniarap,merangkak,duduk dan berjalan..Tak spt perkembangan kanak2 yg lain...Apalagi nak dengar Asraf berkata-kata ..Setelah menjalani pembedahan  sumbing lelangitnya oleh Pakar surgeri Plastik,HKL Asraf di benarkan pulang ke rumah..Ini tak bermakna Asraf tak masuk wad lagi tapi tak sekerap sebelumnya berbulan-bulan....Asraf blh makan sedikit demi sedikit melalui botol susu sudu..Tiub perut dicabutkan..Berat badan Asraf jatuh dgn teruknya..Sekali lagi di masukkan ke HUKM Cheras krn Dr merawat Asraf ada di sana..Oksigennya pun tlh mencapai ke tahap yg dikehendaki..Tak lah muka dan badannya jadi kebiruan..


                       Kalau temujanji hospital memang berlambak-lambak..Pakar Telinga, Pakar Plastik,Fisio terapi tah bermcm-mcm Dr aku jumpa..Tak termasuk perubatan Islam dan Tradisional..Berurut badan ,kaki mandi wap semua aku iktiarkan ke Selatan ,Pantai Barat dan pantai Timur semuanya kami redah semata-mata memastikan Asraf sihat kecuali Sabah Serawak..Tanam Asraf di pantai PD juga kami lakukan, urut kakinya setiap selepas Subuh..Akhirnya Asraf berjalan ketika umur 4 thn lebih..Semuanya kehendak Allah SWT mohon saje kpd Nya..Walaupun Dr mengesahkan Asraf tak mungkin berjalan krn sendi2nya yg lemah.




Ketika ini Asraf berumur 5 tahun - Alhamdulillah semenjak pembedahan
lelangit Asraf boleh bernafas sendiri..Tiub perutnya ( GT) tak perlu di pakai
Asraf hanya minum susu menggunakan botol susu sudu
utk bayi yg sumbing lelangit..


                                  Bila dah pandai berjalan dan berlari lain pula jadinya, terlalu hiperaktif,kalau berlari tak toleh kiri dan kanan..Memang tak terkejar aku dan suamiku.Pernah beberapa kali hilang di tadika dan kaw perumahan.Masalahnya dari kecil dia kuat mengamuk..


                                 Kalau menangis blh dari malam hingga ke pagi..Kadang2 tak pasti apa kehendaknya..Berlarutan hingga dewasa..Kecil2  dulu rajinlah bawa Asraf ke Taman Titiwangsa,ke Tasik Perdana.Maklumlah anak sorang ketika itu..Tapi tu lah tak blh leka sekejap je hilang...Tak lama kemudian lahirlah Muhammad Faiz sebagai peneman Asraf..




Ketika Asraf berumur 9 thn-Bersekolah di Bandar Country Homes Rawang
Yang memandang cikgunya tu adalah Asraf
Begitulah keadaan anak istimewa



                           Asraf mula di hantar PDK di Selayang, kemudian Asraf masuk ke Sekolan Pendidikan Khas Taman Ehsan di Taman  Koperasi Polis.Hampir setahun dia di sana masih tak byk perubahan tidak bercakap,tak blh urus diri hinggalah ke hari ini..


                           Berpindah ke Bandar Tasik Puteri dan bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas Bandar Country Homes Rawang..Masih tidak boleh urus diri, buang air di sekolah dan sering mengamuk di sekolah..Aku pun meminta tukar ke PDK Kampung Kenanga selama bebrapa tahun..Begitu juga Faiz aku hantar ke Pdk yg sama krn dia pun tlh di sahkan Autisme..Sehinggalah aku melahirkan Muhammad Firdaus Hafizi dan juga di sahkan kanser Payudara..Aktiviti ke sekolah terpaksa di hentikan hampir dua  tahun.




Kini Asraf berumur 17 tahun-Tenaganya lebih kuat berbanding
 aku emaknya. Nak memandikan,potong rambut,potong kuku
semakin sukar..Silap2 aku ditendangnya.Asraf!Asraf!


                             Bila keadaan pulih Asraf dan Faiz aku hantar ke PDK Batu Arang sehinggalah hari ini..Cikgu pun berungut keadaanya yg kaki mengamuk ni, sering baling beg sekolah, kasut dilemparnya,cikgu2nya di tolaknya..Aku takut dia merbahayakan pelajar2 lain dan juga adik2nya..


                             Ini tak termasuk dia mencederakan anak jiran,sedara mara yg mengujungi rumah aku..Di cakarnya dan dijerit-jeritkannya..Kadang2 sedara mara pun takut nak datang rumah..Dia tak bagi orang gelak@ bercakap byk termasuklah aku dan suami tak blh nak berbual langsung..






Sering juga ayahnya memarahi dan merotannya tentang sikapnya yg begitu..
panas baran ,mencakar,membaling barang dan mencederakan 
adik2nya Faiz dan Firdaus


                             Asraf! Asraf ! mak nak pesan ni..Walaupun apa kecacatan , mak dan ayah terima seadanya..Tapi kalau sikap Asraf yg sebegini mak takut orang lain tak dapat menerima kelakuan Asraf..
Kalau di takdirkan mak tiada di dunia nanti mungkin tiada orang sanggup jaga Asraf sekiranya perangai Asraf sebegini..


                        Mungkin Asraf di hantar ke rumah Kebajikan Masyarakat..Asraf merbahayakan masyarakat sekeliling..Asraf tiada abang ,kakak, dan adik yg normal utk mengawal Asraf..Faiz dan Firdaus pun memerlukan Asraf..Pinta mak Asraf kena ubah perangai spy orang lain sayangkan Asraf dan nampak kesian kat Asraf..Bukannya buat orang marah ,benci dan takut dgn Asraf..


                        Asraf bukan tak pandai lebih pandai dan faham berbanding adik2 Asraf yg lain..Kalau Asraf berperangai begitu,masyarakat akan menuding jari seolah-olah mak dan ayah tak pandai mendidik Asraf..Mcm2 ikhtiar mak ayah lakukan berdoa selepas sembahyang dan baca yassin setiap hari hembus di ubun2 Asraf dan air minuman Asraf dan adik-adik yg lain..Pasang cd 30 juzuk Al-Quran sepanjang masa.Di harapkan dpt menenangkan jiwa Asraf yg kecelaruan..Semoga Allah permudahkan usaha aku dan suamiku utk mendidik anak2 ku yg sebegini..

Monday, June 11, 2012

Ada-ada saja Firdaus..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

                       Pagi ni dah dengar ibu2membangunkan dan meleteri anak2nya utk ke sekolah, bunyi hon van sekolah kedengaran memecah hening Subuh...Ibu bapa bermulalah tugasan menghantar anak masing2 ke sekolah ..Berbaliklah rutin masing2 setelah 2 minggu cuti sekolah mcm aktiviti dilakukan bercuti, balik kampung dsbnya..


Apa saje lagi yg akan dilakukannya!!

                         Anak2 aku juga masih belum ke sekolah..Semalam Hari Ahad ,Guru PDK call memohon Firdaus jangan ke sekolah esok..Hantar Asraf dan Faiz shj..Sebab 2 orang guru PDK akan berkhursus esok..Guru lain tak larat nak kawal Firdaus sebab kelasakan dn kepantasan tangannya(cikgu gelar tangan cepat)..Aku kata lebih baik semua anak2 aku cuti shj esok kembali ke sekolah lusa @ sekembalinya cikgu dr berkhursus..

                  Akhirnya Firdaus berjaya jadi ayam..Kluk! Kluk!..Dia pernah tengok Toknya kat Terengganu hari tu, kurung ayam utk  disembelih kemudia Firdaus melepaskannya....Kempunan nak makan Gulai Terengganu Tok..Firdaus! Firdaus!..Bukan senang nak kejar ayam kampung..


                        Hari ni pun aku nak pergi cabut gigi pukul 6 ptg ni ..Tak tahulah lagi blh ke sekolah @ tak..
Pagi ni Firdaus pecahkan pasu bunga ..Tak perasan aku sedang berkemas di atas, tiba2 dia hulurkan serpihan pasu pd aku..Nasib baik tak luka tangannya, Nasiblah aku ni jenis tak menyimpan koleksi Vantage..Muka Firdaus selamba je!! kalau kena marah pun,dia akan gelakkan aku balik..Firdaus! Firdaus!..


Abang2nya ada Asraf dan Faiz. .Mereka hanya tengok je! Apa adiknya buat





Friday, June 8, 2012

Kisah Pengorbanan Seorang Suami,,,,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

                   Salam Jumaat semoga hari ini lebih baik dari semalam .Perbanyakan amalan dan amal jariah ..Semua harta akan kita tinggalkan hanya sekadar kain putih menyelimuti diri..Tinggallah suami,anak2 ,kaum keluarga ,harta benda dan sahabat handai..Teman kita hanya amalan2 kita..Menolong kita selain dari amalan2 kita, anak2 yg soleh dan solehah yg tak henti2 mendoakan kita, ilmu yg baik diajarkan ketika masih  di dunia dan amal jariah kita..

                    Marilah kita sama2 membantu pada yg memerlukannya....Hidup ibarat roda2 kehidupan hari ni kita gembira tapi tak tahu esoknya..Sedih membaca kisahnya..Ramaikah lagi kaum suami bersikap spt Abil ni..Pengorbanan beliau pada isteri tercintanya.....Sumbangan Ikhlas  di Dana Sinar Fauziah..


                                    Dari blog Abil Fikri Ahmad

                                  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan..Ketahui lebih lanjut         WARKAH BUAT ISTERI




P/S Tolong hebahkan ,mungkin dgn cara ini kita dpt membantunya.

Thursday, June 7, 2012

Anak2 Aku Pengemar Keropok Keping dan Keropok Lekor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

                      Pening2 dgn masalah blog aku ni..Masih tak pasti punca permasalahan blog ni..Kenapa tak blh pergi ke Entri yg di minati?? Bila klik keluar kosong tak keluarpun entri yg dikehendaki..Dieyna kata suruh tukar template..Nanti minta tolong suami betulkan kalau dia free...Terima kasih Dieyna selalu bantu akak.Kalau jadi jiran akakkan best!!..

                       Anak2 aku ni cukup gemar makan keropok lekor dan keropok keping..Kalau makan mee @bihun goreng mesti kena goreng kepok keping..Tekak org Ganu dah..Kalau makan nasi dgn kari mesti ada kepok keping ni.Kalau kedai mamak ada pepedom..Bila balik Terengganu hari tu, suami akan beli byk mengalahkan nak meniaga ..Keropok lekur dibekukannya dlm peti sejuk tahan setahun dan kepok keping berpeket2 di belinya.

                 
                           Ini salah satu pembuat keropok keping di Pengkalan Setar,Kuala Terengganu...Bersih,Halal dan Toyibbah..Ikan yg di gunakan segar2 belaka dan dibuang tulangnya..Suami aku ni terlalu cerewet tentang kebersihan..Dari depan hingga ke belakang ,cara pembuatan keropok semua dia tengoknya mengalahkan pegawai JAKIM..Aku tak tengok pun jaga anak2 dlm kereta..Di antara ramai2 pembuat keropak keping Pengkalan Setar ni, suami aku sangat puashati dgn keadaan kebersihan kedai ni dan persekitarannya...



                    Selalunya kat Losong, ikan hanya di buang perut dan ekor je, tapi kat sini siap belah dan di buang tulangnya..Ikan masih segar dan merah lagi..Keropoknya sedap, nipis,kembang dan krg masin berbanding keropok yg lain..Aku tak mengalakkan anak2 aku ni makan benda yg masin dan manis..Nanti lagi hyper..Daripada kita bagi jajan yg merapu spt Junk food lebih baik makan keropok keping ni..

       Kat sini nampak keropok kepingnya agak tebal sedikit, atas permintaan pelanggan..Aku punya nipis2 je tak suka tebal2 ni nanti tak ranggup dan kembang..


Sedap juga di cicah dgn kuah keropok lekur




                     Setelah di peket2kan sebungkus Rm9 maklumlah" ikang dah mahal la ni.Pecah kepala gat "..kata2 penjualnya..Suami aku minta kepuk yg baru di jemur dan dikeringkan...Cerewet sangatlah pelangannya fikir penjual tu  ,ala mak mentua aku kenal dgnnya Kak Yati..Siap dpt krg lagi ambil pun 10 bungkus mesti dpt diskaunkan..Muatke kereta aku ni?? dgn keropok lekurnya lagi..

                 Agak2 nya sampai je KL pecah2 semua keropok keping aku ni di kerjakan oleh Firdaus.Entahlah!!

Wednesday, June 6, 2012

Kayu Kokka (Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS dan Tongkat Nabi Musa AS )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........
        
                           Sejak akhir2 ni cuaca agak panas, biasalah anak2 aku ni sejak balik PD masing2 krg sihat, selesema menjejeh,muntah berkahak dan batuknya..Byk sangat minum air kolam, inilah padahnya..Tapi apa kena mengena dgn Asraf tak main air pun berhingus jugak..Entahlah ye!!! Sabar jelah yg aku ni pulak tangan bekas pembedahan ni bengkak semula mungkin sebab menarik Firdaus yg suka menenggelamkan badannya di kolam hari tu..Sepupunya pandai berenang tenggelam timbul tapi dia tenggelam nanti tak timbul2..konon nak menirulah!! Faiz pun sama juga..
              
                            
                      Kenali Kayu Kokka, rahsia dan kelebihannya..Aku pun tak kenal pun sebelum ni. Ustaz Sharhan yg memperkenalkannya kpd kami sekeluarga..Sedia maklum byk permasalahan yg melanda kami sekeluarga.Anak2 aku sawan tangis dan aku sendiri yg telah di sihir.Badanku dan pehaku di penuhi dgn lebam2 tak tahu mana puncanya.Muka dlm keadaan pucat dan tak bermaya seolah-olah darahku di sedut waktu tu dan sering sakit..Ramai Perubatan Islam yg aku temui salah seorangnya Ustaz Sharhan, masa tu belum terkenal lagi dlm TV kira2 10 thn yg lalu..


                      Ustaz Sharhan  menjalankan rawatan di sebuah Masjid di Ampang kalau tak silaplah.. Beberapa kali juga aku dan anak2 aku Asraf dan Faiz berjumpa dgnnya dan terakhir Ustaz dtg ke rumahku utk mengubatiku,anak2 aku dan memagar rumahku ..Dia mengesyorkan aku menyimpan kayu kokka di rumah.Salah satunya berbentuk loket utk dipakai dan sebijinya direndam dlm air buat minuman kami sekeluarga..Pelik tapi benar kayu kokka di letak dlm air takkan timbul seolah2 berat umpama batu..



Selepas tu aku pun tak ulang rawatan dah sebab Asraf semakin membesar ,kuat mengamuk dan payah membawanya sebab tak sanggup menunggu lama menanti rawatan krn org terlalu ramai.Tak sangka pula Ustaz Sarhan jadi terkenal dan sering di undang rancangan Al- Kuliyyah TV3 dan tanyalah Ustaz TV9..

   
                 Tasbih Kayu Kokka pemberian istimewa dari Mak Mertua aku sekembalinya menunaikan Haji pada 2009 kebetulan tahun itu telah sedia maklum aku berhadapan dgn kanser payudara peringkat 3 dan sedang menjalani kemoterapi serta radioterapi..Pesan Mak Mentuaku perbanyakkan zikir dan bertasbih kpd Yang Maha Esa..Terima Kasih mak hadiah tak ternilai ni..


               Kesemua yg ada di bumi ciptaan Allah SWT.Kayu Kokka hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah
    .
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.

  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.

  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.

  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.

  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.

  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.

  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.

  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.

  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.

  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.(Sumber dari Darulnuman.com)


               Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.Wallahu'alam..


         P/S:Awas! Kini Kayu Kokka palsu byk di jual ...Berhati-hati ketika membelinya.Jangan mudah terpedaya.

Monday, June 4, 2012

Anak2 Aku Tak Takut Serangga Dan Binatang Berbisa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

              Apabila pulang bercuti dari Tiara Beach Resort ..Badan terasa penat sangat ,seronok sekali-kali berkumpul bersama  mak ayah aku, adik-beradik dan anak2 sedara aku..Penatnya dgn kerenah anak2 aku ni.Asraf dengan sikap mengamuknya..Malu jugalah dgn penginap2 apartment bersebelahan  dgn suara garau tangisan Asraf 17 thn ni..

Keadaan Asraf selepas mengamuk..Silap haribulan Firdaus pun di tolaknya.Aku ambil
gambar ni pun dia mengamuk haru biru jadinya..Payah-payah!!!



Firdaus pula dgn kelasakannya takut juga kalau dia menjahanamkan brg2 di apartment ni..Mati aku kena mengantinya bukan murah2 nak gantinya..

Entah apa di carinya dlm air ni!!! anak ikan kot ha! ha! ha!


               Blog aku ni pula meragam sukar nak buka kenapa ye? Tolong kami bantu kami tak tahu mcm mana nak buat  dah..Tak boleh nak pergi ke paparan lama @ tajuk entri aku yg lama2 tu.Kena virus ke @ suami aku edit yg mana2 kemudian tak tahu nak betulkan balik..Aku dah tanya dgn adik2ku mrk pun tak tahu sebab mrk tiada blog hanya Fb dan Twit je..Masalah2 nak klik ke Post yg di Minati pun tak boleh ni keluar iklan..tension betul di buatnya..



               Berbalik kisah anak2 akulah, sampai je ke rumah anak2 aku berlari pergi toilet , aku pula nak masak air..Walaupun ada penapis aku tetap masak air kalau buat minum tak yakin dgn air walaupun sudah di tapis..Bila buka air tiba2 seekor lipan panjang sejengkal tangan aku keluar dari lubang singki ni..Menjerit aku di buatnya ..Nasib baik tak kena gigit sebab laju je ia menjalar..Sepantas aku mengambil penyembur nyamuk ,tapi tak mati lepas tu aku ambil penyembur lipas yg ada muncung di depannya hala ke arahnya dan sembur bertubi-tubi..Geli-geliman aku dibuatnya, akhirnya mati jugalah akhir nya .Bukan kecil2 lipan tau besar mungkin ibunya..Suami tak bagi bubuh gambar lipan tu..Dia sendiri geli sebenarnya..Tak boleh harap mcm mana nak jadi orang kampung ni..Ha! ha! ha!...

Tak boleh harap Faiz..Suruh jaga adik tapi kita pula kena jaga dia sebab dia suka selamkan badannya ..Tak tahu kenapa gambar jadi gini
aku tak pandai ke @ kamera rosak.Rasa2nya jawablah sendiri ye!


               Nasib baiklah Firdaus tak pergi ke sink selalunya dia pergi dulu basuh pinggan mangkuk yg bersih pun dibasuhnya dan main air..Kalau tak tak tahulah aku nak mengatanya..Anak2 aku ni bukan takut apa serangga pun..Asraf berani dgn cicak ,kalau mati di angkat masuk dlm toilet dan plus..Firdaus kalau jumpa lipas di burunya pernah jumpa dia cerai2kan badan lipas tersebut.Aku tak tahulah dia termakan ke @ tidak .Allah Yang Maha Mengetahuinya...Kalaulah dia jumpa lipan tu mahu dia angkatnya..Nauzubillah- min-dzalik..Orang tua2 kata kalau lipan mengigit ,selagi guruh tak berbunyi dia tak akan lepaskan gigitannya.Wallahualam...


                 Faiz juga ada pengalaman pernah kena patuk angsa di kampungnya Terengganu ketika berusia 7 thn..Nasib baik tak kena mata..Tak boleh salahkan angsa tu juga sebab dia suka kejar angsa tu.Begitu juga Firdaus biawak ke, ayam ke pantang benda pelik dia akan dekatinya dan kejarnya...Memang bahaya betul anak2 aku nikan..Pernah balik dari sekolah terserempak ular di jalan pintas Batu Arang..Walaupun dlm kereta aku dah kecut perut dah tapi tak bagi anak2 aku terlalu excited ...Ular tu pula menyusur dgn perlahan sekali mungkin lepas makan burung ke!

                  Penduduk Batu Arang ni kata kawasan Batu Arang ni byk ular..Kak Ann yg bertahun-tahun tinggal di Batu Arang pernah terserempak beberapa kali dgn ular di bawah singki dapurnyalah dan terbaru dlm bilik airnya dlm seluar sekolah anak nya..Dia kata dah biasa dah...Biasa dah tapi tak bagi aku ni!! penakut dan pengeli sebenarnya..

                  Kalau di jumpa oleh anak2 aku pula mahu mereka buat tali pinggang ular tu...JANGAN !!!       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...