Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, July 18, 2012

Kanser Payudara -Teman Ke Akhir Hayat...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


BELI BUKU
       
               Sejak akhir2 ini rasa malas nak update blog makin menjadi-jadi..Masa ku luangkan dgn membaca buku hadiah dari Dr Hasanah..Profesor Dr Hasanah merupakan Dr Psikiatri di Hospital Kubang Kerian..Merupakan bekas pesakit kanser payudara 2006 juga suaminya juga bekas kanser kolon..Aku mengikuti blognya  DR HASANAH...
dan buat pertanyaan mengenai kanser di blg Dr..Tak sangka pula Dr sudi menghadiahkan bukunya pada aku..Terima Kasih Dr dgn pemberian yg tak ternilai ini..


                 Bila membaca  buku ini membuatkan aku terdiam sejenak dan bermuhasabah diri utk beberapa harinya....Dari bab ke bab aku membacanya, mula merasakan yg aku ni dah terlalu byk mengabaikan kesihatan aku..Pemakanan tak terjaga, senaman jauh sekali seolah-olah aku ni tak pernah mengidap kanser ..Mengikut dlm buku Dr,  80% bekas paesakit kanser akan di datangi kanser semula dlm masa 5 thn -10thn ...Nauzubillahi min dzalik






            Masa lepas pembedahan kanser,menjalani kemoterapi dan radioterapi akibat  KANSER PAYUDARA HAMPIR PERINGKAT 3,, dulu adalah makan ayam organik konon, buat sup krg makan makanan berminyak, guna minyak zaitun dlm masakan, makan daun herba daun duri tujuh bilah, daun mahkota dewa..Bila sembuh je selera makan bertambah, anak2 mula menunjukkan krg selera makan dgn masakan diet aku  ni..Aku mulalah masak ambal,kari,masak lemak sebenarnya malas nak 2-3 kali masak ni..Asingkan masakan aku dan anak2.Bila time makan semua aku bedal juga..Ayam organik @ ayam kampung mahal maklumlah yg cari duit sorang je bekerja..Lama2 kemudian beli jugalah ayam daging ni..Lebih2 lagi kemelesetan ekonomi yg melanda kilang tempat kerja  suamiku...

                   Lebih2 lagi dlm bln puasa dan raya ni, nafsu makan memang sukar juga dikawal, satenya ,burger bakarlah .Masakan berlemak dan berminyak,kuih muih yg pelbagai tak pernah jumpa pd hari lain tapi bulan puasa semuanya ada.Bukan tak blh makan tapi kawallah pemakanan kita dgn seimbang..Daging merah sepatutnya dielakkan oleh bekas @ pesakit kanser ni .Tapi tulah terbabas jugak kdg2..


                    Bila baca buku Dr Hasanah diperjelaskan dgn terperinci kanser adalah peneman kita hingga akhir hayat,, cuma bagaimana kita mengawal ia dari merebak dlm badan kita dan imuniti kita terhadap kanser..Jarang sekali buku mengenai kanser di tulis dlm Bahasa Malaysia ,penerangan yg jelas dan  tidak membosankan ,ditulis secara terperinci,siap dgn gambar sekali mcm baca buku novel je..Tahniah Dr Hasanah..

                   Stres juga salah satu penyebab  sel kanser merebak dlm badan..Untuk elakkan stres peningkatan kerohanian amat penting, dan bertaubat kpd Allah SWT..Memperbanyakkan amalan 2wajib dan sunnat,membaca Al-Quran terutama dlm bln ramadhan ni..Ada kajian menunjukkan ketenangan dpt dihasilkan  apb seseorang pesakit membaca doa tidak kiralah btk nyanyian,zikir dan mantera..Ritma biologikal badan yg harmoni bermanfaat kpd peningkatan fungsi imun,keradangan berkurangan dan kawalan hormon stres dan aras gula yg lebih sihat..



Kata2 Dr Hasanah buat pesakit kanser dan bekas pesakit dlm entrinya




              Kenapa kah kita di jadikan oleh Allah s.w.t.? Hanyalah untuk sentiasa mengigati dan memujiNya. Yang lain hanyalah sampingan dan sokongan untuk tugas hakiki ini. Kenapa pula kamu tidak menyanyangi diri kamu, padahal Allah amat menyanyangi diri kamu.  Apabila seorang hamba diuji dengan musibah atau dosa, maka dia akan mengetahui jati diri dan kekurangan jiwanya. 


               Apabila seorang hamba sedar akan kekurangannya, dia akan berusaha keras untuk menyempurnakannya dan dia juga dapat menyedari keperluannya terhadap sesuatu yang dapat menjaga dan melindungi jiwanya. Kamu tidak perlu takut akan sesuatu yang buruk mungkin akan terjadi apabila kamu berserah dan bersangka baik terhadapNya.


              Sedarlah bahawa Allah sedang memberi peluang kepada kamu untuk beroleh banyak kebaikan. Kamu tidak akan mendapat kebaikan tersebut andainya kamu sekarang ini cekap dan berkeyakinan dan maju jaya dalam lapangan yang diceburi. Kamu tidak akan beroleh kebaikan tersebut andai kata kamu sekarang ini asyik bercinta dengan manusia dan sibuk melahirkan dan membesarkan anak-anak. Apakah kamu menolak peluang bercinta dengan yang maha Esa?




            












9 ulasan:

Unknown said... [Reply to comment]

bahaya kanser payudara ni. dulu tak lah berapa meluas penyakit ni, mungkin sebab sekarang gaya pemakanan yang tak sihat yang membuatkan manusia sekarang senang dijangkiti segala macam penyakit. cthya keropok2 dan jajan2 yang berleluasa sekarang ni. kalau tak silap tu semua bahan2 makanan yang boleh menyebabkan kanser. lebih tepat lagi,baja kepada pembiakan kanser

Unknown said... [Reply to comment]

mungkin boto jugak tu kak...pemakanan dan keturunan mempengaruhi penyakit ni merebak....kono jaga pemakanan gak tu...atok pun samo...penyakit kanser ni mmg berbahayo

drugs free medication for baby said... [Reply to comment]

kak, bos sy juga bekas pengidap kanser. seorg mat saleh & bkn Islam. die amat menjaga pemakanannya,mkn organik food je. bg sy, utk die yg non-muslim pun boleh bdisiplin, & kite sbg org Islam maybe boleh lg kuat semangat utk mjaga pmakanan. bayangkan mat saleh yg byk duit, setiap hari cume mengambil sayur organik utk lunch, roti organik utk bekfes & dinner pn simple. tp bg sy disiplin die cukup kuat.betol bkn senang sbb kite dibesarkan dgn santan minyak gula sbg makanan ruji. insyaAllah,akak boleh buat..

perjalanan pulang said... [Reply to comment]

salam. biasanya makanan yg sedap sukar ditolak...sakit pula menanti

atuk said... [Reply to comment]

Salam Ramdhan Siti

Saya doakan agar Siti sekeluarga dalam pemeliharaanNya selalu

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

pernah terbaca pepatah inggeris yg ada benarnya..."Dangerous Eat Delicious". Sama-samalah kita menjaga pemakanan demi diri sendiri, anak2 & org tersayang. Moga siti sihat selalu.

Nora Karim said... [Reply to comment]

moga sentiasa tabah dan sabar dalam ujian ini... saya doakan yang terbaik untuk akak... take care...

dieyna said... [Reply to comment]

ana pernah dengar, semua org ada sel kanser cuma aktif dengan tak aktif sahaja.. huhu

shahril said... [Reply to comment]

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...