Sudi sudi lah jadi follower

Wednesday, February 29, 2012

Kadang2 Aku Takut Dengan Anak2 Ku

Assalamualaikum...


                                      Sebenarnya amat sukar aku nak ambil gambar anak2ku ini

         Kehabisan idea untuk berbicara..? Anak2 aku pula mengamuk terpaksa aku lupakan blog ini utk seketika.Berat aku 56 kg dgn ketinggian 152 cm...Kadang2 aku rasa kecil dgn 2 orang anak2ku Asraf dan Faiz..Marah pun tak makan saman..Nak berus gigi , mandikan , potong kuku,cuci telinga di orang pun dah semakin sukar...Tak termasuk nak guntingkan rambut mrk...Aku guna mesin ,botakkan terus mudah dan cepat..Nak pergi kedai mamak!! buat fesyen rambut, Alamatnya tongang terbalik kedai tu di buatnya..Mereka lebih besar dan tinggi dari ku.....Kalaulah boleh kecil biarlah  sampai bila2 pun kecil mudah jagakan.Aku kata kalau! kalau! jangan marah aku ! Mak aku dengar ni tentu aku kena marah....//.

        Terutama Asraf ,kalau mengamuk aku pun di tolaknya dan tangan aku di cakarnya kalau time kukunya panjang ( mcm cakaran harimau jadinya..gurau je!! ,spt ceramah Ustazah Norbaiyah)..Barang2 habis di lemparnya dari atas ke bawah..Rumah aku tak boleh byk brg dan perhiasan .Remote tv ,telefon bimbit(tak blh beli yg mahal2 ni) ,nasib baiklah komputer ni besar kalau laptop dah habis kot(kadang2 teringin nak ada gadjet ni semua ) apa yg ada di tangannya selamba di lemparkan..Aku ni  teringin juga spt rumah org lain ada pinggan mangkuk vantage, ada pasu cantik, brg2 hiasan yg comel2 semuanya dlm mimpi jelah...

          Makan pun pakai pinggan melamin je!! sebab kalau sampai kepala angin dia datang ,habis di lemparnya makanan..Itulah penyebab ayahnya naik angin dgn dia.Asraf! Asraf! bilalah nak berubah ni...Aku tak tahulah bagaimana Asraf 10 tahun akan datang..Ketika itu umur aku 50tahun kalau panjang umur kalau sebaliknya..Pernah terbaca dlm suratkhabar metro..Seorang ibu telefon polis minta tolong ambil anaknya kerana tak tahan dipukul oleh anaknya pesakit mental...

         Kalaulah ada tercipta implan yg blh baca pemikiran anak2 aku kan .Mungkin aku boleh tahu apa yg tak kena dgn sikapnya..Kalau..kalau...Entahlah kadang2 aku rasa sukar utk menghadapi segala kemungkinan...
Hari Khamis minggu lepas pulang dari PDK ,tak sempat nak tutup pagar rumah Asraf lari tanpa arah. Aku dah tak larat nak kejar dia kebetulan waktu tu jalan sibuk sebab van budak sekolah pergi balik dan laju pulak tu..Aku hanya mampu menjerit je" Ya Allah! Asraf balik." . ....

        Asraf berpatah balik tapi dia tak masuk rumahku, tapi rumah jiranku.Dgn tak semena-mena dia tolak budak bujang(mungkin sebaya dgn dia kot),dia nak kawan tapi kasar.Aku minta maaf tapi budak tu buat de' je..Mungkin dia marah dgn aku kot sebab tangannya kena cakar dgn Asraf, tapi nak buat mcm manakan??Aku tarik tangan Asraf bawa balik.Pernah terfikir juga hendak beli rumah kampung kawasan luas tak membabitkan rumah jiran bila anak terlepas.(Doakan aku ye,semoga murah rezeki anak2ku...Termakbullah hendakNya) Amin....Aku takut juga besar nanti dia akan mencederakan orang lain dan adik2nya sendiri...Fizi pun takut dgn abangnya sendiri.

         Faiz pula lain ceritanya, dia ni suka menyendiri dan di anggap pendiam. Cikgu PDK pun suka bawa dia kalau ada aktiviti luar sekolah spt lawatan ,penjumpaan sebab senang nak jaga..Tapi dia ni lurus bendul ,macam mana nak cakap ye!! dia takkan makan kalau tak di suruh makan..Aku risau juga kalau cikgu bawa dia maklumlah budak lain pun ramai takut tertinggal sebab dia tak akan ikut cikgu kalau tak di suruh..Faham kot...Dia pun tak faham dgn arahan misalnya suruh ambil tu, dia ambil benda lain..

                                                 Ubat Olanzapine hadiah hari jadi Faiz

          Awas !! Faiz ada ambil ubat Olanzapine, ubat penenang otaknya sehari sekali sebelum tidur..Walaupun dia pendiam tetapi fikirannya melayang tak tahu apa yg di fikirkan.(lebih bahaya ni)..Umur dia 13 thn sekarang bermakna dah akil balighkan.. Apa budak lelaki selalu lakukan bila dah akil baligh dan ada nafsu?(sukar nak cerita 18 sx)faham2 sendirilah..Inilah masalah anak aku yg seorang ni, pening kepala aku!! memikirkannya..Kalau dia bersendirian dia akan lakukan..

          Sekarang aku kena pilih rancangan tv kebanyakan menampilkan baju menjolok mata, kartun pun samalah dan adengan tak sepatutnya di tengok oleh anakku Faiz nilah....Bayangkan aku ni sendiri kena berpakaian sopan tangan panjang dlm rumah, tak merasalah nak pakai baju kelawar( tak pernah aku nampak kelawar pakai baju!!!).. Aku pernah beberapa kali terserempak dgn sikap pelik dia ni, aku pernah rotan tapi dia akan buat balik ...Sekarang ni aku kena garang dan tegas,kalau tak dia akan tersengih-sengih tak tahu apa yg dia bayangkan dan fikirkan...

          Tak tahulah aku bagaimana pula sikap Fizi sebab dia juga mudah meniru tingkah laku abang2nya..Kuat membaling barang..Aku hanya mampu berdoa dan beriktiar dgn bagi minum air hujan yg turun Khamis malam Jumaat (bagus untuk lembutkan perangai dan bagi mrk yg mudah lupa serta,nyayuk)Awas!jangan hujan terus tadah ,biarkan dulu tapi memang jarang hujan turun khamis mlm jumaat kena sabar baca surah Yasin dan doakan untuk anak tersebut seperti di sarankan oleh Ustaz hj Kamsan...Selain itu minum air zam-zam..Semoga dipermudahkan perjalanan hidup anak2 aku ni.....

Tuesday, February 28, 2012

Temujanji Faiz dgn Dr Pakar Psikiatri Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum....

            Semalam Hari Lahir Faiz yg ke 13 tahun, pejam celik dah dewasa dah anakku ni..27.2.2012 Aku tak perasan   tarikh yg sama temujanjinya dgn Dr Razak..Jadilah Faiz!! dapat hadiah ubat sekotak..Aku tak pergi menemani dia cukuplah ayahnya seorang sebab dia tak banyak kerenah sangat berbanding kedua adik beradiknya yg lain..Kalau bawa Asraf dia akan bertepuk tangan dan mengelilingi kerusi tu sambil mengetuk halkumnya tanpa henti sehingga namanya dipanggil...Firdaus Hafizi pula ,tak rupa kerusilah di buatnya..Selamba je dia baring depan klinik tu..Sementara menunggu Dr panggil nama di orang ,penatnya ibarat 10 kali aku berlari mengelilingi padang depan rumah aku ni...

          Agak2nya apalah yg sedang di fikirkan oleh Faiz ni??...Sapu tangan ni dia akan pegang walau kat mana dia berada...Apa tu Faiz? ubat ye! jangan lupa makan....



         Faiz ni ,kalau ayahnya suruh duduk barulah dia duduk...Kalau duduk dia tak akan bangun sehingga ayah dia panggil..Kalaulah ayah terlupa panggil dia dan terus balik ,alamak tinggallah jawabnya..Jangan harap dia ikut kita kat belakang..


            Ini Klinik Dr Razak Pakar Psikatri dan Kesihatan Mental..Kebetulan hari tu Dr cuti pula.Salah ayahnya juga kenapa tak call dulu sebelum datang kan dah susah..Jumpa Dr baru jelah,byk pula nak kena cerita..Dr Razak dah 2 kali datang ke rumah utk tengok Asraf...Serba sedikit dia dah tahu tingkah laku anak2 aku ..Bukan senang Dr nak datang rumah tau..

             Mungkin sebab suami ceritakan yg tiga orang anak kami semuanya Autisme dan hiperaktif dan aku sendiri  bekas pesakit kanser tak dapat nak bawa semua anakku serentak.....Aku pun cuba minta ubat untuk Asraf.Dr kata boleh dan ambil di Hospital nanti.Ubat Faiz pula tak sesuai utk Asraf sebab dia lagi agresif dan mengamuk bila memakannya. ..Nafasnya tercunggap-cunggap dan jantungnya bertiup kencang..Risaulah pulakkan...Tak pe ambil ubat Asraf, temujanji Faiz akan datang...

Sunday, February 26, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus-Di Masjid Bandar Tasik Puteri 25-2-2012

 Assalamualaikum......

Hebak - hebak belaka, pahang dok bahsa Ganu kita, begitulah fenomena Ustaz Azhar penuh Masjid Bandar Tasik Puteri malam tadi..Macam mana aku nak pergi ,kereta tak boleh masuk dlm masjid, suami balik tukar motorsikal begitulah hebatnya penangan Ustaz Azhar Idrus..Lebih membanggakan aku anak muda pun ramai yg datang kalah konsert Artis.....Alhamdulillah!!!   http://ustazharidrus.blogspot.com/

video
                                                           

Peristiwa 16 September 1982-Lagu Balada Seorang Anak Kecil


Assalamualaikum.......



Masih ingat lagikah kisah tragis pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai orang awam Palestin yg mendiami di kem Pelarian Sabra dan Shatila di Beirut Lubnan..Peristwa 16 hingga 18 September 1982  ini di pandang sepi dan tidak di pedulikan oleh dunia..Jika pihak Amerika menuding jari dan mengelar "Penganas" ke atas Osama bin Laden dan rangkaian Al-Qaedanya diatas serangan  11 September tanpa bukti kukuh ..Apa pulak gelaran Ariel Sharon ?

  Gambar ratusan kanak-kanak yg dirobek mata ,dikorek perutnya dan dipotong2 anggotanya,Mayat wanita pula dirobek perutnya, di bogelkan dan di gantung di tengah jalan adalah saksi kekejaman Sharon..


    Tiadakah negara2 Islam yg mampu bersuara membawa Sharon dan kuncu2 nya ke muka pengadilan..Ribuan lagi rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman seterusnya Baitul Muqadis 28 September 2000 dll kawasan lagi hingga ke hari ini.Bilakah kekejaman zionis akan berakhir??..Tak tahulah aku Sharon ni dah mampus(itu saja perkataan yg sesuai utk dia.. mcm binatang) atau tidak.Setahu aku dia koma bertahun-tahun. Mungkin Allah swt tunjukkan segala kekejamannya di ruang anak matanya..Umat Islam hari ini lebih mengenali igauan 11 September dari kecelakaan 16 September..


        Lagu Balada Seorang Gadis Kecil mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Munir yg terselamat dari kekejaman itu.. Peristiwa 16 hingga 18 September 1982 ini cukup menyayat hati. Peristiwa ini mencatat kekejaman satu bangsa yang merasa bangsa lain adalah haiwan dan hina. Kekejaman rejim Zionist tiada tolok-bandingnya. Lebih 3500 orang umat Islam Palestin dibunuh dan disembelih di Kem Perlarian Sabra dan Shatila,di Beirut Lubnan. Di bawah arahan pimpinan Menteri Pertahanannya Janeral Ariel Sharon, bos regim Zionist.

 Allahyarham Zubir Ali telah meninggalkan lagu kemanusiaan yg bernilai utk renungan kita bersama....Arwah juga berjaya mengangkat nasib Munir, anak perempuan kecil yang parah menderita sehingga kini, juga kehilangan ayah bonda dan saudara. Kini gadis tersebut lumpuh dan tak mampu berkata apa-apa lagi.....

Al-Fatihah buat Allahyarham Zubir Ali dan pejuang-pejuang dan penduduk Awam Islam Plestin yg gugur syahid....


Ya Allah ! selamatkanlah hamba2 Mu di bumi Palestin ...Amin



BALADA SEORANG ANAK KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi

Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban 


Peperangan........

Thursday, February 23, 2012

Kanser di Kalangan Kanak-kanak

        Assalamualaikum........
Innalillahiwainnailaihirojiun-Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....Al-Fatihah buat Allahyarham  adik Faris semestinya Syurga tempatnya...Ucapan takziah dariku sekeluarga buat ibubapa adik Faris,tabah dgn ujian Allah serta redhokanlah permergiannya...Membaca kisah adik Faris dari mula di masukkan ke wad hingga hari-hari terakhirnya di blog Mazidul (http://www.mazidulakmal.com/2012/02)amat menyentuh perasaan keibuanku...Semuanya mengingatkanku  pengalaman Asraf semasa di ICU ..Aku memang faham perasaan yg ditanggung ibubapanya..Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Yg Memikulnya..Daripada Faris menerima azab kesakitan di dunia lebih baik dia bahagia di Syurga....

           Berdasarkan pengalamanku berbulan-bulan di hospital, kanser di kalangan kanak2 sememangnya misteri bagiku....Wad KK3 merupakan wad kanak2 di khaskan utk pesakit kanser kanak2.Macam2 kanser di sana kanser otak, mata,hati, darah,sendi,tulang dll...Bila aku bosan duduk di wad tak de sapa nak layan aku berbual,aku bawa Asraf(dlm stroller)ke wad ini...Masa aku byk dihabiskan bersama kanak2 kanser masa di wad dulu..Bila Dr atau misi cari kami dia announcement je,guna speaker" Mama Asraf ,sila balik ke katil Asraf", bila dengar je terkocoh-kocoh aku balik..Kelakar masa tu, tapi misi2 pun faham kebosanan aku,pada mulanya ia marah tapi lama2 dah lali dah..Anak aku pun krg menangis kalau aku sorong dia,tapi kejap2 je sebab dia pakai oksigen..

               Kenapa aku kata misteri? Ialah kalau aku kena kanser , Dr kata sebab pemakanan tak dijaga misalnya makan daging dan ayam daging ataupun terlalu byk stress tapi kanak2 dan bayi ni kenapa pulak ye? Mungkin Allah uji ibu ayahnya..Tapi memang kesian kadang2 tak sanggup aku melihatnya..Pada anda di luar sana sekali-kali tengoklah di wad KK3 ni time waktu melawat..Waktu tu kalau aku rasa aku susah jaga anakku, tapi keadaan mrk lebih sukar dariku..Kanser mata ,mata dibuang berlubang sebelah mata sementara menunggu mata batu, kanser sendi, sendi jadi bengkok dan berlipat,kanser hati perut jadi buncit seluruh badan kuning .Pesakit mesti melalui kimoterapi dan radioterapi..Bila time kimoterapi ,anak2 ini menangis kesakitan menanggung sakit yg amat sangat apb ubat melalui urat saraf mrk..Ibu hanya mampu bercakap" Diam sayang sikit je,anak lelaki mesti kuat nanti sihat boleh jaga mama"..kata2 seorang ibu ..Ibu lain pula " Jangan nangis nanti bila besar jadi Dr, cucuk Dr balik tau", katanya utk menenangkan anaknya..

               Lepas habis kemo,mrk akan muntah tanpa henti, kepala botak kesan ubat tersebut..Badan mereka amat lemah.Aku pun dah rasa kesan kemo ni teramatlah menyakitkan.Inikan pula bayi dan kanak2.Dekat wad tu ada tempat permainan, bila sihat sikit situlah mrk main dah namapun kanak2,aku mak penyebok ni mulalah jadi wartawan tak bertauliah..Tapi mrk ni masih mampu tersenyum dan ketawa bila tengok anak aku pakai serombong (ETT tiub) kat hidungnya..Di orang tanya" anak makcik cacat ye, makan ikut tiub,mulut dia tak de ye!!". Aku senyap je,aku tanya budak2 ni balik tak sekolahke?mcm2 mrk menjawab dgn keletahnya tak nampak budak2 ni sakit pun.Sedikit sebanyak aku terhibur dgn telatah mrk..Aku juga berbual dgn ibu2 mrk bertukar informasi..Tapi bila keesokannya pergi, budak2 ni belum tentu ada lagi begitulah seterusnya..Allah Maha Kuasa..

              Pesakit kanser yg tak boleh aku lupakan ,Yazid namanya.Leukimia (kanser darah) penghuni wad itu selama setahun..Berumur 11 thn kalau masih ada mungkin 28 thn kini..Keluarganya orang Pahang (kalau tak salah) dia orang susah,ayahnya dtg seminggu sekali sebab kerja dan hospital jauh..Maknya pula sebulan sekali
kerana jaga anak lain masih kecil dan masalah keewangan ..Bayangkan dia berdikari di hospital tapi fikirannya
lebih matang dr usianya..Aku ni mcm mak angkat dia, dia pun suka layan anak aku..Pernahlah dia bercakap dgn aku" Yazid teringin hendak sekolah ,tapi abang(bahasakan diri dia) ni menyusahkan mak abah,banyak duit abah habis sebab abang sakitkan makcik", Terasa pulak tua aku ni",Sabarlah sayang yg penting abang kuat".

           Begitulah seterusnya anak aku dia buat mcm adiknya sendiri....Satu ketika anak aku mengalami komplikasi tak dapat nak jengok dia dan tak de masa nak fikir hal luar.Dua hari kemudian aku pergi ke wad tersebut katil Yazid budak lain duduk.Mengelabah aku masa tu, tanya misi, misi kata "dia dah tak de,meninggal sehari sebelum tu,ingatkan awak dah keluar wad dah ,nak beritahu macam mana", Terkedu aku..Saat akhir nya dia makan roti canai dgn aku berselera sekali dia dan nampak happy.Aku usiknya "kepala botak,nak senyum2 kat makcik"..Tuhan lebih sayangkan dia....


Wednesday, February 22, 2012

Di Alam Barzakh (Alam Kubur)

Assalamualaikum.........
      Bersambung dari entri yg lepas ,Tanda 100 hari sebelum hari mati  .Sekadar ingin mengingati diri ini kadang kala terlupa dgn nikmat dunia yg hanya sementara:-


FASA-FASA ALAM KUBUR

1. KESEMPITAN
2. PERTANYAAN MALAIKAT
3. AZAB/NIKMAT KUBUR
4. DITEMPATKANNYA ROH
5. KEBANGKITAN SEMULA

        Alam kubur adalah alam antara kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir setelah kebangkitan.Setelah masa ini, seseorang yang beriman merasa bahagia dan sebaliknya, sedangkan orang kafir mengalami azab..

        Orang yang sudah mati akan dihimpit Alam Kuburnya, sesiapapun  baik kafir ataupun Muslim akan merasakan himpitan kubur bezanya penyempitan yang dialami seorang Mukmin tidak berlangsung selamanya, tidak seperti orang kafir yang terus menerus dihempit sampai memecahkan tulang rusuknya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang disampaikan oleh seorang Ulama sebagai berikut :
Rasulullah SAW Bersabda : "Sesungguhnya Kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya maka akan selamatlah ia seperti Sa'ad bin Mu'adz"

           Saad bin Mu'adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin yang penuh kemuliaan.... Hadis yang diriwayatkan Nasa'i dari Rasulullah SAW, menyebutkan : "Kematiannya menggoncang 'Arsy, Dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70000 Malaikat, maka sesungguhnya ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkannya."
Sedangkan  Sa'ad bin Mu'adz seorang pemimpin yang besar, hamba yang soleh dan mati dlm keadaan syahid, masih mengalami himpitan kuburnya, lalu bagaimana dengan aku dan anda semua???!!!

           Rasulullah SAW bersabda : "seorang manusia apabila diletakkan didalam kuburnya, dan sejurus  sahabatnya kembali pulang dan dia mendengar suara menyapa mereka, akan datang kepadanya 2 Malaikat dan mendudukkannya, dan bertanya, Siapakah Tuhanmu ? Siapakah Nabimu ? Apakah Agamamu ? Maka dia menjawab : Allah adalah Tuhanku, Muhammad adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku. Terdengarlah seruan dari langit, Benar hambaku, hamparkan baginya tikar diSyurga, lalu angin dan wangian dari Syurga datang kepadanya. kemudian diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya yang tiada lain amal solehnya"(HR. Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).


          BENARKAH ANDA BOLEH MENJAWABNYA ???   Dari percakapan seseorang yang jarang menyebut asma-Nya, dan ibadah yang sering anda remehkan .., serta sunnah Rasul yang anda sering abaikan.... Pada saat itu (ditanya), anda hanya akan menjawab : TIDAK..., TIDAK...., TIDAK...., terdengarlah suara dari langit,  Hamba Ku ini seorang pendusta, hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu-pintu neraka seluas-luasnya, panas terik; kering kontang di Neraka mendatanginya, kuburannya disempitkan sampai pecah-pecah tulang-tulangnya,  seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang padanya yang tiada lain amalan buruknya di dunia.....




SEBAB-SEBAB SEKSA KUBUR

Ibnu Qayyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita diseksa dialam kubur, diantaranya :


- MELALAIKAN SOLAT
-MEMBACA ALQUR'AN KEMUDIAN MELUPAKANNYA
- TIDAK BERSUCI SETELAH BUANG AIR KECIL
- BERKATA BOHONG
- TIDAK MEMBAYAR ZAKAT
- POLA HIDUP YANG BERLEBIH-LEBIHAN(BOROS)
- MAKAN RIBA
-PENIPUAN
- MEMFITNAH SESAMA MUSLIM
- KHIANAT TERHADAP AMANAH YANG DIBERIKAN
- ENGGAN MENOLONG SESAMA MUSLIM
- MINUM ARAK
- BERZINA
- MEMBUNUH

       Taubatlah Saudaraku ... !!! sebelum kematian mendatangi kita dan mengakhiri perjalanan hidup kita di dunia, meninggalkan apa yang kita miliki, meningggalkan harta, meninggalkan orang yang kita sayangi, bahkan keluarga kita, kita akan dikuburkan bersendirian diruang yang sempit dan gelap gelita, kita hanya sendiri dalam suasana yang mencekam di alam kubur. Keluarga, Isteri, Anak2  kita, Sahabat kita, yang pada saat kita masih hidup kita sering tertawa bersama, makan bersama, menangis dan bergurau senda bersama namun semua itu telah berakhir setelah kematian medatangi kita. Marilah kita bertaubat, Mohon Ampun atas segala dosa yang kita lakukan. Marilah  kawanku .., betapa Allah SWT Maha Pemurah dan Penuh Keampunan....

        "Wahai Anak-anak Adam..., meskipun dosamu sepenuh petala langit, kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku, keampunan-Ku  bagimu dan tidak bagi yang enggan (meminta keampunan).  Wahai Anak Adam, seandainya kau datang pada-Ku dengan kesalahan seluas bumi, kemudian engkau datang pada-Ku, dan tidak berbuat syirik (menyekutukan) pada-Ku, dengan sesuatu apapun, Sesungguhnya Aku akan berikan kepadamu pegampunan."

ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... ASTAGHFIRULLAH... .

       Alangkah bahagianya, seandainya maut menjemput kita saat sedang berjurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan, rindu akan perjumpaan dengan-Nya.

      Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak yang soleh dan taat kepada Allah SWT, merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya. Taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi hari-hari gelapnya di Alam Kubur.Kiriman doanya menghantarkan kepulangan orang tuanya kepada Allah SWT dalam Husnul Khatimah. Rintihan dan Munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan seksa kubur. Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan hati dan kebeningan hari agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah swt....

      Wassalam....


                                             
                                     Renungan kita bersama...Hanya selimut putih

Tuesday, February 21, 2012

Perbezaan Hospital Swasta dan Hospital Kerajaan

      Assalamualaikum......

       Dah bosankan dgn kisah anak2 aku...Kadang2 tak de apa nak cerita kalau aku jumpa sedara marake,jiran dan bertembung dgn rakan2..Baru-baru ni adik ipar aku telepon tanya khabar? ialah anak mereka semua hebat2 belaka dapat 5A dlm UPSR masuk asrama penuh yg SPM pula dapat 7A .. Jealous tengok anak2 orangkan..Tak baik ada perasaan begitukan..Aku doakan semua anak2 saudaraku berjaya dlm dunia dan akhirat.Aku hanya mampu buat lawak mengatakan anak2 aku terlebih genius tak perlu ambil peperiksaan .Sebenarnya akupun manusia biasa ,hamba Allah swt amat lemah dan tak sempurna.....
     
       Begitu jugalah dgn Dr2 kerajaan dan misi2 kerajaan ni,mereka pun manusia biasa....Melalui pengalaman aku yg tinggal lama di hospital.Aku pun mengalami peristiwa kena marah dgn Dr dan misi2 ni,masa tu aku bersalin anak pertamaku Asraf di HKL..Waktu tu ramai Dr2 pelatih hampir 10 org mengelilingiku waktu sakit bersalin..Ialah umur aku waktu tu 22 tahun mesti kita ada perasaan malu dan tiada pengalaman bersalin.Aku pun terkepit-kepit (malulah nak cerita faham2lah kan bagi yg mengalaminya).Jururawat tu membebel dgn bahasa mencarutnya siap!!  kakiku diikat dgn kasar, begitu juga Dr nya terlalu kasar....Perasaan aku masa tu mahu je aku nak lari..Aku fobia hingga ke hari ini.....

        Tapi bila aku duduk lama di hospital, baru aku tahu kerjaya mereka ni dan dapat selami jiwa mereka.Kemungkinan masa aku bersalin tu ramai org yg bersalin,dlm satu hari beratus orang yg bersalin, ada yg terjerit-jerit minta diambil perhatian sebab tak tahan sakit.Kalau kita anak menjerit pun tak larat nak dengar....Berbanding kita yg berkerja di pejabat tak kira apa jawatan sekalipun hanya berurusan dgn orang yg sihat dan berfikiran waras.Situasi amat berlainan dgn hospital semuanya pesakit mahu mereka diberi perhatian sewajarnya....

          Melalui pengalaman aku di wad kanak2, di hospital kerajaan..Sistem giliran dijlnkan,hari ini misalnya KK5 menerima pesakit kanak dan bayi,esok pula KK6,lusa pula KK7 begitulah seterusnya .Malam hanya 3 misi dan dua orang Dr on call.Merekalah yg ambil darah utk ujian ,pasang drif,cuci luka di wad dlm masa yg sama Dr perlu ada di wad kecemasan..Kebetulan pesakit ramai kadang2katil pesakit pun tak mencukupi..Situasi cemas ibubapa yg mahukan mereka didahulukan mbuatkan misi2 dan Dr2 dlm keadaan serba salah...Dlm beratus org yg menerima rawatan mungkin 10 org orang terlepas pandang dan menerima layanan yg krg memuaskan...Isunya di sini yg terima layanan baik pula sukar memberi penghargaan walaupun ucapan terima kasih pada Dr dan jururawat tsebut.Apb sihat kita selalu lupa waktu kita sakit.......


          Berbeza dgn Hospital swasta mrk tertunggu pesakit pula ,memanglah layanan first class.Misalnya aku pernah masuk wad Hospital Ampang Puteri, bilik untuk 4 orang keadaan wad sunyi aku seorang dgn anak akuje yg ada ,Dr dan misi memang beri perhatian sepenuhnya pada kita.Dari mandikan anak bagi ubat pada anak semua  misi lakukankan...Macam pemaisuri aku di sana ..Ingat!! layanan mereka tu semuanya berbayar..sampaikan tisu toilet pun masuk bil tau apalagi peralatan hospital kita gunakan..Cuba kita merempat jangan harap diorang nak beri layanan istimewa tau!!! Pepatah berkata "kalau ada duit semua boleh jadi"..

         
                 Bayangkan kalau ramai pesakit mampukah doktor tu senyum???    

Warung Cendol Bakar - Free cendol utk Orang Kurang Upaya....

          Assalamualaikum....

         Jalan-jalan cari mamam,dari Jalan Ijuk sebelum trafik light ke Kampung Asam Jawa ,Kuala Selangor .Aku terpandang label" Cendol Bakar"terpampang di sebuah warung...Masa tu cuaca panas terik ,tekak pun dahaga.Suami berhentikan kereta tepi jln nak minum di warung ,jangan haraplah!!(kadang2 teringin jugak) karang cendol ke mana anak aku ke mana? Apa rasa cendol di bakar ye!Dekat banner tertulis sekali bayar tambah free cendol,gula merah,ais,santan tapi minum situlah..Habis tu family aku mcm mana ye!
         
           Suami aku ternampak label utk anak2 OKU.Suami order 3 bungkus.Dia try keluarkan kad OKU anak aku dan tunjuk masa nak bayar , dpt free 3 bungkus sekali.Semoga dimurahkan rezeki peniaga tersebut padanlah ramai org berhenti..Alhamdullilah rezeki anak2 istimewa aku..Rupa2nya bukan cendol tu dibakar tapi pemiliknya nama Bakar tapi cendolnya sedap buat sendirii,santan pekat ,gula merahnya wangi menepati citarasa kami sekeluarga...Cubalah!!!!
     

Saturday, February 18, 2012

Lagu Warisan

Ingat lagikah lagu yg selalu kita nyayikan waktu sekolah rendah dulu.Bagiku kira2 ,30thn yg lalu lamanya.!!..Mungkin budak2 sekarang dah tak nyanyikan lagi dan lagu ini semakin di lupakan.Tapi kalau kita hayati bait-bait senikatanya ada betulnya.Lihat disekililing kita di bandar2 besar misalnya di Kuala Lumpur ,Pulau Pinang siapa pemilik bangunan pencakar langit ,kondomonium,Gedung2 peniagaan,hartanah??Di manakah bangsaku tinggal termasuk akulah majoritinya rumah flat kalau di bandar,teres dipinggir bandar itulah yg mampu kita miliki.... di mana pula anak2 bangsaku kini ,di pusat serenti ,menangih dadah, merempit dijalanan, hidu gam,di pusat hiburan, konsert di sana sini...Dunia mrk penuh dgn khayalan....Bangkitlah anak bangsaku ,janganlah tidur lagi...Aku takut nasib kita sama seperti Palastin merempat di negara sendiri akibat di jajah kuasa asing...Tak mustahil bukan???Apa jadilah nasib mrk yg senasib anak2ku .Nasib mereka ditangan Anda..
Rintihan seorang Ibu..



Lagu "WARISAN"

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Airmata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kayaraya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita Cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan Maha Perkasa,
Jangan terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah di nusantara.




Thursday, February 16, 2012

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati

TANDA 100 HARI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya 
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun 
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar 
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar 
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan 
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging 
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan 
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di 
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan 
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut 
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan 
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri 
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah 
mati. 


TANDA 40 HARI 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita 
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti 
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan 
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka 
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk 
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan 
dicabutnya. 


TANDA 7 HARI 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara 
tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 


TANDA 3 HARI 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita 
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka 
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi 
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan 
memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi 
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu 
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. 
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan 
sukar ditegakkan. 



TANDA 1 HARI 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini 
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan 
harinya. 



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

PDK Kampung Kenanga ,Batu 16 Rawang

           Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh..........
Pagi ni dingin rasanya semalaman hujan setelah sekian harinya panas...udara pun segar taklah berabuk hidung aku ni.Baru balik dr hantar kedua anak aku di PDK relaklah dulu....Anak bongsuku pula, Fizi dgn kelasakannyalah .Semalam habis sebotol ubat aku dibukanya dan dicampak mcm bunga rampai dibuatnya,tak tahu mana lagi nak letak brg2 mbahaya ni.Dahlah ubat tu mahal..bertuah punya anak.....Pasang pagar,pagar dipanjatnya ,mcm2 idea dibuatnyalah..Komputer ni pula tah apa dia tekannya semuanya jadi tulisan Arab ,dahlah aku ni tak pandai sgt ni..Jenuh semalaman ayahnya betulkan,ialah ayahnya pun bukan pakar sgt ,dia kerja bhg. elekronik je...Nasib baik o.k dah..

            Berbalik pada entry lama aku yg mana aku sanggup ambil risiko utk dpt anak lagi walaupun Dr nasihatkan jangan mengandung lagi???Lumrah alamlahkan, manusia kalau ada anak lelaki teringin nak anak perempuan.Kalau ada anak perempuan nak anak lelaki.Kalau tak de anak sibuk nak ada anak dan sebaliknya kalau anak ramai sibuk pula salahkan isteri asyik beranak..begitulah kehidupankan.Macam aku pula ,kebarangkalian utk dpt anak normal 50-50 sebab perempuan ada dua kromosom XX (alamak belajar sains pulak) kalau satu rosak ada satu lagi..Tujuan aku cuma kalau ada anak yg normal blhlah jaga abang2nya bila besar nanti kalau ditakdirkan aku dan suami tiada di dunia lagi....

            Tapi apakan daya kita mampu merancang Allah swt yg menentukan segalanya..Mungkin ada hikmah di sebalik kejadianNya...Apa yg kita hendak tak semestinya kita dapat ,tapi apa yg kita ada hargainya sebaik mungkin.....Bagi aku pula suka pada bau bayi yg baru lahir dan suka dgn tangisan bayi..Masa tu Faiz pun dah besar.Masing2 dah pergi Sekolah Rendah Pendidikan Khas di Country Homes.Tapi aku keluarkan dr sekolah tersebut hantar ke PDK kg Kenanga Rawang..Byk masalah di sekolah biasa sebab anak aku tak pandai urus diri dan makan sendiri.Walaupun ada dikalangan budak Autisme yg berjaya jika diajar tapi tahap IQ ke 2 anak aku terlalu rendah setakat 5-6 dah disahkan Dr Amir Hospital Selayang...Lebih menyukarkan lagi mereka tidak boleh bertutur hingga ke hari ini..

             Dekat sekolah khas dulu cikgu asyik telefon ke rumah suruh aku uruskan anak2 aku sebab mereka main air dlm bilik air sekolah.Sampai cikgu pun disimbahnya air,habis basah baju kurung cikgu.Kadang2 lari dari sekolah tak terkejar cikgu.Paling tak larat cikgu nak layan anak2 aku buang air besar dlm kelas..Pada awalnya bila aku terangkan tentang perangai anak2ku pada cikgu dan guru besar awal sebelum sekolah dulu, mereka tak percaya, katalah aku malas ajar anak dan malas hantar anak ke sekolah..Sekarang amacam cikgu??

            Aku tak kisah siapa yg tak nak anaknya pandai...Memang muka anak2 aku ni kalau dah pakai baju sekolah memang tak nampak pun kecacatannya .Akhirnya mereka ditukarkan ke Pdk Rawang.Masa tu Pdk Batu Arang tak buka lagi.Penyelia kat situ Cikgu Sarah,dan beberapa cikgu lain.Hampir setahun jugalah anak2 aku kat situ Cikgunya ok dan anak akupun serasi dgn cikgu2nya. Aku pula mengandung masa tu kena alahan yg teruk sampai masuk hospital..Bermulalah anak aku kejap sekolah kejap tak sampailah aku bersalin..Nak harapkan van sekolah diorang tak masuk dlm Btp sebab jauh sejam perjalanan...Ini berlarutan hinggalah aku mengidap kanser lepas tu buat kemo pulak...kesian anak2 aku ni .Tapi nak buat mcm manakan?

           Waktu mengandung byklah ujian dilakukan ke atasku sebab sejarah 2 org anak cacat..Salah satunya ambil air ketuban dan air tali pusat..Kalau ujian positif kandungan perlu digugurkan tapi masa tu kandungan dah usia 5 bulan dah bergerak pun..Dr Baskaran Pakar Sakit Puan,HKL suruh aku buat pilihan tapi aku tetap meneruskan kandungan..Aku ambil keputusan untuk bersalin di KBMC kg Baru, nanti banyak pulak ujian dilakukan ke atas anak aku kalau dia lahir di HKL....Lama aku tak pergi temujanji Asraf dan Faiz, bila usia Firdaus 5 bulan baru aku pg HKL spt aku jangkakan darah dia di ambil .Sebulan kemudian ujian darah dikeluarkan ,juga positif Fragile X..
                                                           
                                                Gambar anak2ku dlm Majalah Pesona di Pdk Rawang

         

Wednesday, February 15, 2012

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Tasik Puteri. Rawang pada 25 .2.2012



     Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh.......
Marilah kita beramai-ramai ke Masjid Bandar Tasik Puteri ,Rawang pada 25 hb Februari 2012selepas maghrib, dengar ceramah dan kuliah Ustaz Azhar  Idrus...

Tuesday, February 14, 2012

Temujanji Asraf ke Klinik Pergigian Pediatrik HKL

    Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh...
Dah lama rasanya tak menulis maklumlah 2 hari ni waktu yg sibuk bagi surirumah sptku.Suamiku cuti Ahad dan Isnin.Anak2 aku pula time ayahnya ada rumah masa tulah dia buat hal,mengamuk tak tentu pasal.Kadang2 hilang sabau dibuatnya...Isnin pula ada temujanji Asraf dgn Dr gigi di Pediatrik HKL pada puku 2.30 ptg....Pagi tu, aku masak nasi goreng utk sarapan anak2 aku yg lain.Aku minta tolong mak aku jaga anak aku yg 2 org lagi......Pukul 11 am aku dah bertolak dr Btp ke rumah mak aku di Datuk Keramat..Aku kena selesaikan dulu makan pakai diorang dulu sebab mak aku bukan larat dah nak jaga diorang dgn sakit sendi tangannya tu.Tapi nak buat mcm mana ye terpaksa.

       Aku sampai hospital pukul 3.00 ptg, Asraf relak je, aku pulak yg terkecut perut di buatnya..Sebenarnya check-up gigi yg paling menakutkan aku..Aku nak operation kanser dulu pun tak takut sgt sebab kita pengsan masa menjalani pbedahankan..sakit lepas tulah tak nampak peralatannya.Aku sendiri pergi klinik swasta sanggup simpan duit utk rawatan gigi ni ,kalau boleh tak nak cabut gigi sebab aku dah fobia cabut gigi.Aku pernah mengalami pendarahan gigi yg teruk ,cabut geraham bongsu sebulan lebih tak blh makan hanya makan nestum dan telan..Sakit Allah saje yg tahu.....Sekarang ni aku pastikan setahun sekali buat rawatan tampalan dan cuci gigi.Aku pesan pada Dr tu guna jarum halus sekali kalau kena biuslah...Huh takut sangat...

        Aku tak dpt ambil gambar Asraf ketika Asraf menjalani rawatan gigi sebab Asraf baring atas ayahnya ,aku pula tpaksa pegang kakinya..Dia meronta teruk maklumlah budak 17 tahun ,10 oranglah misi memegangnya.Inilah sebab klinik pergigian swasta tak blh lakukan  utk kanak2 OKU terutama pada anak2 aku ni .6 bln sekali aku pastikan Asraf di bawa ke sini utk Dr cuci gigi dan buat tampalan mana yg patut.Dr Jehan adalah seorang saje  Dr pakar rawat gigi kanak2 oku ni.Terlalu baik Dr ni,byk nasihat, dan motivasi dia beri pada kami .Semoga Allah merahmati kerja amal beliau sanggup pakai topi kalendar utk elakkan anak aku ludah muka dia..Misi-misi di sini pun ok mcm tak rasa pergi hospital kerajaan..Mana anak2 yg takut cabut gigi tu pergilah kat sini ,siap ada tempat mainan lagi dan dpt hadiah lepas cabut gigi.Jimat pun jimat....


Gambar hiasan saja.....sumber google image

Saturday, February 11, 2012

Fragile X Sydrome

      Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh......
Sebenarnya kisah perjalanan hidup Faiz ni tak habis lagi...Kadang-kadang aku terasa juga kenapa kehidupan aku byk dihabiskan di hospital..Mungkin masa kecil-kecil dulu teringin nak jadi doktor..Mak dan abah aku selalu beli mainan doktor2..Cita-cita dulupun bila cikgu tanya nak jadi apa?jadi doktor...Bila sembahyang minta doa pada Allah swt nak jadi doktor masa budak2 dululah tapi malas belajar..Macam mana Allah nak makbulkan ? Inilah jawapannya doktor pada anak2 akulah ha!ha!ha!ha.....Peralatan hospital, masuk tiub perut anak,masuk bilik pembedahan,bilik ICU semua aku rasa cuma tak bedah orang....Jadi ingatlah pengajarannya berusahalah bersungguh2 dulu,baru berdoa dan bertawakkal...

         Bila umur Faiz 2 thn masih tak boleh bercakap ,samalah abang dia Asraf baru pandai berjalan.Aku ni dah mcm jaga anak kembar pula...Masa tu pulak kemelesetan ekonomi byk kilang eletronik tutup, bayangkan suami aku kerja 2minggu kerja,2minggu cuti..Faiz minum susu isomil dlm rm 50 setin 700gm,4 tin sebulan ,Asraf pula minum susu promise yg disyorkan Dr mahal jugaklah dah tak ingat hegenya..Pampersnya lagi itupun kat rumah aku pakaikan lampin,duit perjalanan ulang alik ke hospita lagi.Dulu tak dpt lagi peruntukan duit utk anak OKU....Aku pun buat kuih sikit2 dulu dan tumpang letak kuih utk dijual...

         Bila temujanji hospital HKL ,anak2 aku dirujuk ke bahagian pakar genetik dan psikiatri, masa tu di bwh Dr Chow dan anak2 buahnya..Sekarang semua dah tak de dah pergi swasta..Aku dan kedua anakku diarah menjalani ujian darah....Darah perlu dihantar ke Australia utk dianalisis, pada awalnya Dr kenakan bayaran rm10000 sebab suami pekerja swasta..Gila! mana ada duit masa tu,tak payahlah ujian aku dan suami redhaje anak aku cacat dah ketentuan illahi.Melalui pbincangan Dr dgn pihak atasannya ,kami tak dikenakan bayaran apa2 semuanya kebajikan masyarakat tanggung....Alhamdullilah .

          Sebulan kemudian keputusan diterima dan aku adalah pembawa Frafile X....sedihnya hu! hu! hu!....
Dr tak benarkan aku mengandung lagi..Tapi kenapa aku berani menanggung risiko...ikuti selanjutnya ye!!

                                   Klinik Psikiatri kanak-kanak di HKL

   

Apa itu Fragile X syndrome

1.. Keadaan genetik melibatkan perubahan di dalam kromosom X. Wujud kerana gen mutasi X dapat menghasilkan protein yang cukup yang diperlukan sel badan, terutamanya sel otak, untuk berkembang dan berfungsi secara normal. Banyak berlaku pada orang lelaki.



2. Kes yang pertama didokumenkan oleh Martin dan Bell pada 1943. “ Fragile X syndrome” merupakan istilah umum bagi sindrom berasaskan genetik. Ia sebenarnya adalah keadaan kelompok yang disebabkan oleh mutasi (perubahan) gen terhadap gen FMR1..


3. Ciri-ciri fragile X Fragile X Syndrome-Symptoms, Diagnosis, -x-syndrome mengambil masa yang lama untuk belajar duduk , berdiri, berjalan suka mengoyangkan badan pertuturan yang sukar difahami mempunyai masalah koordinasi. bersikap suka mempertahankan diri bersungguh-sungguh melakukan sesuatu mengelak dari melihat orang lain. Suka mengigit suka bertepuk tangan.


4. Fokus utama terhadap kanak-kanak ini adalah dari segi keselamatan – kerana bertingkahlaku terburu-buru untuk menyertai sesuatu permainan tanpa melihat pada faktor risiko Kaedah P&P merangkumi kaedah sokongan, berstruktur, serta berulang supaya mereka dapat menyesuaikan kemahiran kecekapan dalam memberikan perhatian serta menyerap maklumat yang disampaikan. Lebih sesuai belajar dengan cara melihat berbanding mendengar(kaedah demonstrasi menjadi asas pada setiap pembelajaran mereka)


5 ” FRAGILE X SYNDROM” * Kecacatan mental * Hiper aktif * Memberi perhatian dalam jangka waktu yang singkat * Mempertahankan diri * Bertepuk-tepuk tangan * Mengigit jari * Kekurangan koordinasi mata * Tekun dalam berbicara * Mempunyai telinga yang lebar dan besar.


6. Mengelakkan pandangan mata terutama berjumpa dengan org baru ("Fragile X handshake" mereka memandang tempat lain apabila bersalam) Berkepala besar Mempunyai keinginan yang kuat untuk bersosial. Peka terhadap cahaya dan bunyi. Mudah tidak selesa dengan tempat baru dan tempat ramai orang Kemurungan (kebiasaanya pesakit perempuan) Tertekan apabila rutin harian mereka bertukar (perhimpunan, latihan kebakaran dan lain-lain) Serangan yang tiba2 terhadap otak & menyebabkan tidak dapat bergerak Isu injap dalam pembuluh darah.


7. Terlebih atau kurang peka terhadap kesakitan Tiada ketakutan terhadap sesuatu yang membahayakan Melakukan tindakan fizikal yang terlebih terhadap sesuatu situasi atau ekstrem dalam sesuatu aktiviti Tiada peningkatan dalam kemahiran motor Tidak memberi tindak balas terhadap klu percakapan, bertingkahlaku seperti seseorang yang pekak walaupun mereka sebenarnya boleh mendengar.


8. AUTISMA Sangat konsisten terhadap kesamaan ; menentang terhadap perubahan Kesukaran dalam melahirkan keinginan mereka; menggunakan pergerakan atau petunjuk dalam menggantikan perkataan Mengulangi perkataan atau huruf dengan normal, bahasa yang baik Ketawa (menangis) tanpa sebab; menunjukkan kesukaran tanpa sebab .Menyukai bersendirian atau menyendiri. Suka marah Menghadapi kesukaran untuk bercampur dengan orang lain .Tidak suka dipeluk atau memeluk Sedikit atau tiada tindak balas mata. Kurang memberi tindak balas terhadap pembelajaran berkaedah biasa Melakukan permainan yang ganjil Memusing-musingkan objek Sangat obsess untuk mengambil sesuatu objek.


9. Disebabkan perubahan di dalam satu gen, Fragile Mental Retardation 1(FMR1) yang ditemui dalam kromosom X Sel berkenaan tidak dapat menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Gen yang tidak normal adalah terletak pada kromosom X yang merupakan kromosom jantina. Kromosom ini akan diwarisi kepada anak-anak.


10. Wanita mempunyai 2 kromosom X, mereka kebiasaannya tidak mudah mendapat simptom Fragile X ini jika dibandingkan dengan lelaki yang hanya mempunyai 1 kromosom X. Salah satu dari kromosom X perempuan ini akan cenderung untuk mendapat kesan dari proses mutasi kromosom. Bapa yang mengidap sindrom Fragile X akan mewarisikan gen yang bermutasi kepada setiap anak perempuannya. Namun, jika ada anak lelaki, bapa ini akan mewariskan kromosom Y dan bukannya kromosom X dan si bapa akan memperturunkan kecacatan yang dihidapinya kepada anak lelakinya.


11. Gejala Fragile X yang terbahagi kepada lima kategori: Kecerdasan dan pembelajaran Fizikal Sosial dan emosi Pertuturan dan bahasa Ransangan deria ( Orloff,S. N. S. (2008). Understanding fragile X syndrome).


12. Individu dengan Fragile X mempunyai kerosakkan fungsi kecerdasan yang memberi kesan kepada mereka untuk berfikirdan belajar Mengalami gangguan perhatian, terlalu aktif, kebimbangan dan masalah pertuturan. Mempunyai memori yang baik bagi gambar dan corak visual dan dpt membantu mereka mengenali perkataan dan huruf (dapat mengikuti arahan melalui gambar) Kelemahan utama mereka ialah berfikir secara idea abstrak, menyusun maklumat, membuat perancangan dan menyelesaikan masalah.


13. Mempunyai kulit halus dahi lebar atau kepala yang besar berbanding kanak-kanak sebaya mereka. Di peringkat remaja, mempunyai muka atau rahang yang panjang, dan telinga yang ketara. Mempunyai tapak kaki yang rata dan dapat memanjangkan sendi pada lutut, ibu jari, siku berbanding orang biasa.


14. Bagi perempuan dengan Fragile X, mereka boleh mendapat kegagalan kematangan ovari atau POF (premature ovarian failure). POF menyebabkan kesukaran untuk hamil.


15. Kanak-kanak dengan Fragile X terutamanya lelaki tidak selesa dengan persekitaran baru, seperti bertemu orang, atau membuat perkara baru Kebimbangan mereka ditunjukkan melalui kurangnya hubungan mata atau lebih, pertuturan yg tdk dpt difahami. Sensitif dengan penglihatan dan bunyi.


16. Kesukaran pertuturan bagi kanak-kanak yang ada Fragile X melibatkan kemahiran pertuturan asas. Masalah sebutan tidak jelas, proses vokal (seperti kuat, ton, nada) dan kelancaran sebutan Mengulang banyak kali, mengulangi ayat yang sama banyak kali, bertanyakan soalan yang sama, bercakap terlalu laju, kuat, suara tinggi .


17. Ada yang mula bercakap pada umur empat tahun, tetapi ada yang tidak bercakap sehingga umur enam atau lapan tahun Bagi kanak-kanak tidak bercakap ini, gambar, komputer, bahasa isyarat dan bahasa tubuh dapat membantu mereka sebelum mula bercakap.

18. Mudah terganggu dengan bunyi bising atau bunyi sedikit sahaja dalam bilik. Turut terganggu dengan tekstur pakaian berbanding kulit mereka, Tidak dapat fokus pada persekitaran yang penting, seperti bunyi suara guru mereka. Mereka dapat mengawal atau mengelakkan ketidakselesaan dengan pengawasan.


19. Pengesanan awal adalah cara terbaik kerana mereka ini berpeluang belajar disebabkan dengan pembentukan otak yang baru bermula, mereka berpeluang untuk membangunkan potensi penuh mereka. Terdapat tiga pilihan rawatan iaitu dari segi: Pilihan pelajaran, pilihan perubatan pilihan terapeutik.


20. Akan bergantung kepada ubat sebagai ransangan untuk mengawal kanak-kanak yang hiperaktif, suka mendesak, dan mudah marah. Menstrukturkan semula persekitaran mereka mengikut cita rasa kanak-kanak ini merupakan salah satu kaedah untuk menangani masalah ini. Kanak-kanak yang dirawat menggunakan kaedah ini haruslah sentisa di awasi dari segi perubahan emosi, keadaan rehat yang mencukupi dan tingkah laku yang sukar dikawal seperti agresif......

Kisah Muhammad Faiz

      Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh.......
Panasnya sejak beberapa hari nikan, Fizi dah mula batuk dan demam...minta-minta taklah bpanjangan.Mulalah meragam sebab tonsilnya mbengkak..Makan ubat penakut sekali.Letak dlm susu mulalah tak mahu minum susu lagilah panas naik sebab krg air dlm badan.Aku terpaksa bagi cara paksaan ,habis dimuntahkan. Ini semua salah aku sebab aku bagi makan mangga yg aku beli di NSK semalam ..Dia pula hantu mangga dan benda masam2 ni.Tapi kalau dia makan buah mangga yg aku tanam tak pula demam..Aku rasa buah mangga ni di peram dgn karbait kot..Tekak aku pun terasa lain mcm je..Minta2 jgnlah jangkit dekat anakku yg lain2 ......

         Muhammad Faiz lahir pada 27.2.1999 kami panggil dia Faiz je,Faiz lahir di Klinik Kohilal .Dr yg menyambutnya Allahyarham Dr Lo Loq  iaitu Setiausaha Pas yg meninggal kerana barah paru-paru thn lepas..Al-Fatihah buat Dr. Semasa Faiz di lahirkan dia dah ada 2 btg gigi di depannya,pelik tapi benar dan  terbelit tali pusat..Arwah Dr cakap Faiz ni murah rezeki..Insha' Allah...Bayangkan mcm mana aku nak menyusukan baby ada gigi ni ha! ..Tapi cukup umur dia sebulan kedua giginya tanggal...

         Jaga Faiz taklah seteruk jaga Asraf tapi dia juga kerap muntah selepas berhenti menyusu badan.Mudah kena ruam lampin berbulan -bulanlah nak sembuhkan .Aku tak ingat bila ,Faiz pernah di tahan di Hospital Kampung Baru(KBMC) akibat lelah yg teruk...... Dr Khairul Pakar kanak2, spt biasa mjalankan beberapa ujian darah dan x-ray ke atas  Faiz.Dia disahkan alah dgn laktosa lembu , ekzema dan jangkitan paru2..Faiz kena minum susu soya Isomil ..Lebih seminggu jugalah dia di tahan wad habiskan antibiotik..Tapi dia ni senang nak jaga sebab krg menangis berbanding Asraf dan Fizi.

         Lagi sekali Faiz di masukkan ke Hospital Ampang Puteri akibat lelah dan demam suhu badan yg tinggi.Masa tu selepas seminggu raya balik dari Terengganu..Dulu mana ada highway Pantai Timur lagi.Jalan jem teruk masa tu maklumlah orang balik raya .Cuaca panas mcm hari nilah, perjalanan lebih 10 jam sampai lewat malam kat rumah mak aku, nafas Faiz mula tercugap-cugap... Nasib baiklah Asraf ok masa tu padahal dia yg meragam dlm van..Aku dan suami mula panik pergi klinik ,Dr arahkan pergi hospital, pergi HKL bahagian kecemasan hampir sejam menunggu mata anak aku dah terbeliak dah..Suami terus bawa kami ke Hospital Ampang Puteri.

          Allahyarham Dr Haliza yg di jumpai meninggal dunia di Bukit Taboh thn 2009 akibat tergelincir dr bukit.Al -Fatihah buat beliau..Arwah adalah Dr pakar kanak2 mengesahkan Faiz kena meningitis(jangkitan kuman di otak)tapi tak teruk sangatlah .Kalau lambat bawa hospital boleh bawa maut tau...Faiz diberi ubat antibiotik melalui drif..Selama 7 hari kami tinggal di wad nak tahu berapa bayaran hospital hampir rm5000.
Tapi TI bayarlah..Sekali lagi aku tekankan pentingnya Insurans Kesihatan pd anak2 sebab malang tak berbau..Memang ada hospital kerajaan tapi terlalu ramai orang terutamanya waktu malam di wad kecemasan.Nak salahkan Dr dan misi-misi kerajaan krn lambat dan tak cekap dlm perkhidmatan, mrk pun manusia biasa memang tak terlayan dgn kerenah pesakit yg terlalu ramai...



Friday, February 10, 2012

Mutiara Hati



Bersabarlah menghadapi hari-hari yg sukar,
kerana kesusahan itu ada akhirnya
Redholah menghadapi kenyataan yg tidak boleh dielakkan
kerana anda akan terus menghadapi  masalah
yang tidak mampu anda ubah
Yang boleh anda lakukan ialah menghadapinya
dgn sabar , iman dan taqwa

Semua hari adalah sama
Jika datang hari yg sukar perlu bersabar
Jika datang hari yg menyenangkan wajib bersyukur
Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan
Hari esok akan hapus semua mimpi buruk
mengusir semua kesedihan dan
menggantikannya dgn canda dan tawa

kelak Allah swt akan menjadikan kelapangan selepas kesempitan
Ada masanya Allah swt memberi nikmat melalui musibah yg dahsyat,
dan ada masanya menguji sesetengah manusia
dengan nikmat dan kesenangan

Renunglah semula masa lalu dan masa depan
Insaflah bahawa hidup ini penuh dgn peristiwa
datang silih berganti
Orang yg mampu keluar dari ujian itu dgn selamat
Itulah yg menang.

INSHA' ALLAH

Thursday, February 9, 2012

Sifat-sifat orang Munafik



MUNAFIK

        Munafik adalah golongan manusia yang pada zahirnya menyatakan dan menunjukkan  kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan.
Munafik adalah golongan manusia yang berpura-pura,yang nampaknya seperti seorang muslim sebenar kerana ia mengakui sebagai orang Islam dan mengerjakan segala yang disuruh.tetapi disebalik pandangan orang ia melakukan keengkaran kepada Allah. Mereka melakukan pendustaan terhadap Allah dan rasulNya. Kedudukan mereka adalah lebih buruk dari kafir.

SIFAT-SIFAT MUNAFIK

Orang munafik ini tidak dapat dikenali dengan pandangan mata tetapi dapat dikenali dengan sifat-sifat yang ada pada mereka.Antaranya ialah:

1.MELAKUKAN KEBINASAAN DI MUKA BUMI
Firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka itu,janganlah kamu membuat kebinasaan(kemungkaran)di muka bumi,mereka menjawab;sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan.Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang yang membuat kebinasaan(kemungkaran)tetapi mereka tidak menyedarinya" Al Baqarah 11-12

Mereka melakukan kerosakan dan kejahatan dengan berbagai alasan seperti riba yang dikatakan untuk meninggikan ekonomi masyarakat,perkara yang membawa kepada zina dengan alasan untuk muslihat umum,melakukan perkara yang haram dengan alasan untuk membantu masyarakat dan sebagainya.

2.MENUDUH ORANG MUKMIN ITU BODOH
Firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka,berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman,jawab mereka:adakah patut kami beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu?Ketahuilah sesungguhnya merekalah  orang-orang yang benar-benar bodoh tetapi mereka tidak mengetahuinya." Al Baqarah ayat 13

Orang munafik yang terutama mereka yang mempunyai kuasa dan kekayaan selalu merasakan bahawa mereka tidak perlu percaya kepada yang ghaib.Mereka lebih berpegang kepada akal fikiran,lojik akal dan mengangggap peraturan Allah dan sunnah Rasul adalah remeh dan tidak sesuai.

3.MALAS MENUNAIKAN IBADAT
Firman Allah:
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan perasaan malas sekali,dan tidak membelanjakan harta mereka pada jalan Allah melainkan dengan rasa amat berat ." At Taubah ayat 54

4.BERHUKUM KEPADA YANG LAIN DARI PERATURAN ALLAH DAN RASUL
Firman Allah:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka,marilah kamu supaya berhukum kepada apa yang diturunkan oleh Allah(dalam Al Quran)dan kepada hukum-hukum yang dinyatakan oleh Rasul,nescaya engkau lihat golongan munafik itu menghalang engkau dengan halangan yang bersungguh-sungguh.Tetapi bilamana mereka ditimpa kemalangan disebabkan kesalahan mereka sendiri,mereka akan datang kepadamu,seraya bersumpah dengan nama Allah
'kami sekali-kali tidak menghendaki kejahatan,melainkan kebaikan dan perdamaian'."
An Nisa ayat 62

Golongan munafik selalu mendakwa mereka adalah orang Islam yang percaya kepada Allah dan Rasul tetapi apabila tiba pada soal nak melaksanakan perintah Allah,mereka rasa amat berat melakukan,berdolak-dalik dan akhirnya membenci hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah.Mereka lupa pada Allah pada masa mereka berkuasa dan berada,tetapi bila ditimpakan kesusahan kepada mereka,maka mereka seolah-olah menyesal.

5.BANYAK BERSUMPAH
Firman Allah:
"Dan orang-orang munafik itu bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka dari golongan kamu,pada hal mereka bukan dari golongan kamu,tetapi mereka adalah kaum pengecut(tidak berani terus terang kekafiran mereka).Sekiranya mereka mendapat tempat perlindungan,atau gua-gua atau lubang-lubang dalam tanah,nescaya mereka akan melompat kedalamnya." At Taubah ayat 56-57
Mereka menjadikan sumpah mereka dengan nama Allah untuk melindungi kepura-puraan mereka.

6.MENYURUH YANG MUNGKAR DAN MENCEGAH YANG MAARUF
Firman Allah;
"Orang-orang munafik lelaki dan munafik perempuan,sesetengah mereka itu daripada setengah yang lain sama sikapnya,masing- masing mereka menyuruh melakukan yang mungkar,dan melarang daripada melakukan kebajikan,dan mereka juga bakhil,mereka tidak menghiraukan Allah,dan Allah juga tidak menghiraukan mereka,sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang fasik."
At Taubah ayat 67

7.MERABA-RABA MENCARI KEBENARAN
Sabda Rasulullah:
"Perumpamaan orang munafik seperti keadaan kambing yang bingung antara dua kumpulan kambing,sekali mengikut kumpulan ini dan sekali lagi mengikut kumpulan yang lain dalam keadaan tak tentu arah." Riwayat Muslim

Mereka seolah-olah meraba mencari kebenaran sedangkan kebenaran sudah nyata di depan mata mereka tetapi mereka tidak mahu menerimanya kerana mereka masih menurut nafsu syaitan dan mahukan hukum yang sesuai dengan kehendak nafsu mereka.

8.BAKHIL BERBELANJA DI JALAN ALLAH DAN MENGHALANG ORANG LAIN
Dalam ayat 7 surah Munafiqun Allah menjelaskan sifat orang munafik sebagai bakhil dan menghalang orang lain dari berbelanja di jalan Allah.Mereka mengharapkan dengan cara ini usaha menggerakkan Islam akan gagal.
Dalam masyarakat kita memang terdapat golongan begini yang bukan sahaja tidak mahu menyumbang pada usaha ke arah Islam tetapi mengeji dan memburukkan usaha tersebut agar orang lain juga tidak menyumbang.

9.BERUNDUR DARI KERJA JIHAD
Orang munafik sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari kerja jihad seperti yang dijelaskan Allah dalan Surah At Taubah ayat 49.Mereka akan memberikan berbagai alasan seperti perniagaan  dan pekerjaan yang tidak boleh ditinggalkan,keluarga dan sebagainya.
Berapa ramai manusia  Islam hari ini yang bila diajak melakukan kerja jihad untuk Islam akan berbuih-buih mulutnya memberikan alasan.

10.MENGHINA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN KEBENARAN

Dalam ayat 58 Surah At Taubah dijelaskan tabiat orang munafik yang sentiasa mengumpat dan memburukkan orang-orang yang berjuang menegakkan kebenaran dengan tujuan untuk menggagalkan mereka .Golongan munafik ini akan mencari apa juga kelemahan dan kecacatan pejuang Islam untuk difitnah dan diburukkan.
Dalam masyarakat kita hari ini, memang ramai manusia bersifat begini.Meskipun kerja baik yang dibuat di masjid,tetaplah mereka akan mencari jalan untuk menyatakan buruknya. Mereka inilah orang munafik!

11.MEMENTINGKAN BALASAN DUNIA
Orang-orang munafik sentiasa sentiasa mempersoalkan keuntungan dunia lebih dahulu daripada keuntungan akhirat.(rujuk At Taubah ayat 42)Dengan itu setiap seruan dan ajakan kepada mereka akan ditanya terlebih dahulu apakah ia membawa keuntungan kebendaan.Jika ia membawa keuntungan akhirat sahaja,maka berbagai alasan akan diberi untuk mengelaknya apalagi jika usaha berkenaan akan mengorbankan harta benda dan tenaganya.



            Demikianlah sebahagian   dari sifat dan perlakuan orang munafik yang kalau direnungkan memang ramai di kalangan orang yang mengaku dirinya Islam pada hari ini. Kerana ramainya mereka maka Allah telah menyatakan kedudukan mereka yang khas dalam neraka iaitu neraka paling bawah yang lebih dahsyat tempatnya dari orang kafir.

           Mereka sepatutnya tidak menjadi pemimpin, tidak perlu diberi penghormatan dalam masyarakat, tidak pandangan dan fikirannya dipedulikan dalam urusan masyarakat bahkan sepatutnya disisih dari masyarakat Islam.Tetapi kerapkali merekalah yang melonjak-lonjak dalam masyarakat.Mereka dihormati walaupun asyik di kedai kopi,meninggalkan solat, melakukan maksiat,membenci masjid dan programnya, menentang gerakan kebangkitan Islam dan sebagainya.  


                           Manusia disebalik topeng             
                           



Flat Sri Tioman,Tmn Melati


    Assalamualaikum warah matullah hi barakatuh......
Berbalik kisah Asraflah ye........Setelah Asraf sembuh dr luka pbedahan aku di benarkan pulang,kami pun mgambil keputusan utk bpindah keFlat Sri Tioman.Hampir 5 thn jugalah aku duduk di Flat tsbt...Mcm tulah rumah tu mcm tapak psinggahan je sebab Asraf kerap kali masuk wad...Last sekali masuk wad Asraf berumur 3 thn, masa tu berat badan Asraf 13 kg.Kami di tempatkan di Hospital UKM Cheras (tak ingat apa nama wad nya) sebabnya Dr Nora,Dr Dean berpindah ke sana UKM ada hospital sendiri..Hanya Dr2 ni je tahu sejarah anak aku.......

       Tujuan kat sana tutup perut Asraf balik dan tak perlu guna Keteter Tiub lagi utk makan..Selama beberapa minggu di sana berat badan Asraf jatuh ke 8kg...Asraf minum susu mgunakan botol susu ada sudu(utk budak sumbing)..Nestum pun tpaksa di mesin halus dan ikut diet hospital...Hospital tu baru di buka masa tu,seram juga lah sebab tak ramai org duduk wad ...Ialah anak aku pulak menangis tengah2 mlm maklumlah budak 3 thn dah makan mcm2 tapi Asraf minum susu dan nestum je..lapar agaknya bcakap tak boleh...

        Bila berat badan Asraf meningkat Dr Nora mbenarkan kami pulang..Jiran2 di perumahan ni juga ambil berat antara satu sama lain spt Kak Siti, kak Faiza ,kak Liya dll .Dah lama terputus hubungan dgn mrk ni semenjak tinggal di Btp ni lah ....Berbeza duduk flat DBKL dgn rumah teres ni, jiran2 flat lebih ramah,selalu tolong menolong terutama bila sakit pening, bulan puasa pula tukar2 masakan ,gotong royong bila ada kenduri kendara@kematian..Anak2 jiran pun selalu tengok2kan dan main dgn anak2ku .Mrk tak geli pun dgn keadaan Asraf sebegitu.Mungkin sebab itulah kedua anakku,Asraf dan Faiz mudah belajar makan minum sendiri, dan pakai baju sendiri...Sebenarnya aku rindukan suasana macam tu.......

          Berbanding duduk rumah teres ni lebih 10 tahunlah aku tinggal di sini ,jiran belakang rumah pun aku tak kenal antara satu sama lain. Pintu rumah sentiasa tertutup ,tegur pun nak tak nak je jawab mungkin sibuk bekerja maklumlah aku ni surirumah je dan tak berpendidikan tinggi kot.Ataupun aku ni jenis tak pandai bergaul ke? entahlah ye....Itulah aku fikir masa aku sakit dulu,kalau sampai ajal memang mati sorang2lah jawabnya.Ialah kalau anak2 aku menangis pun memang tak de org tanya pun sebab,kenapa,sakit ke,keluar masuk hospital ke..

        Nasib baiklah suami aku rajin ke surau adalah orang surau dan jiran yg jauh sikit ambil berat sikit tentang kami sekeluarga terutama ketika aku kanser dulu..Nak harap jiran sebelah rumah, aku sakit teruk mcm tu, sikit pun tak jenguk dan tanya khabar apatah lagi bila hari raya tiada kunjung mengunjung.Mungkin diorang takut dgn keadaan keluarga aku yg byk masalah ni.(alamak!! mengumpat ke ni,, sekadar luahan perasaan je)...Suami pun perasan dgn psekitaran ini,mcm manalah nak berkampung sampai tua nanti..Aku mula terasa rendah diri,sedih dan bosan dgn keadaan sebegini tapi suamikulah beri kata-kata semangat dalam kubur pun kita seorang sahaja ,biasa2kanlah diri......

          Sebab-sebab utama aku pindah dr Flat Sri Tioman masalah parking yg teruk,Asraf pernah hilang bagai nak gila aku cari anak aku sampai tingkat 16 hampir nak report polis tau, rupa-rupanya jiran aku sorokkan.Tak dapat aku bayangkan perasaan ibu Allahyarham adik Nurin Jazlin yg mati dibunuh dgn kejam......Faiz anak keduaku pula tersepit dlm lif nasib baiklah tak patah tangannya ,lif pun kerap rosak ,org belum masuk pintu lif dah tertutup merbahaya betul!!! terutama pada anak2ku nilah ..Suami sangup beli rumah teres di pingir bandar,jauh pula dr tempat kerjanya kawasan" jin bertendang" dulu ni ,ikut kemampuan dialah,kat bandar mana nak dapat...Bayangkan ladang khinzir pun ada masa tu..Bertahun jugalah kami menanggung bau yg meloyakan setiap hari......


        ** Rumah kecil yg di warnai iman lebih baik dari istana yg penuh maksiat,
          Jadikanlah rumahmu penuh ketenangan seperti Syurga,
          Bukan kebisingan seperti neraka ,
          kerana sesungguhnya ketenangan adalah nikmat.....

               
                                       Hampir 5 tahun aku tinggal di sini
                                                               

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...