Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, February 23, 2012

Kanser di Kalangan Kanak-kanak

        Assalamualaikum........
Innalillahiwainnailaihirojiun-Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....Al-Fatihah buat Allahyarham  adik Faris semestinya Syurga tempatnya...Ucapan takziah dariku sekeluarga buat ibubapa adik Faris,tabah dgn ujian Allah serta redhokanlah permergiannya...Membaca kisah adik Faris dari mula di masukkan ke wad hingga hari-hari terakhirnya di blog Mazidul (http://www.mazidulakmal.com/2012/02)amat menyentuh perasaan keibuanku...Semuanya mengingatkanku  pengalaman Asraf semasa di ICU ..Aku memang faham perasaan yg ditanggung ibubapanya..Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Yg Memikulnya..Daripada Faris menerima azab kesakitan di dunia lebih baik dia bahagia di Syurga....

           Berdasarkan pengalamanku berbulan-bulan di hospital, kanser di kalangan kanak2 sememangnya misteri bagiku....Wad KK3 merupakan wad kanak2 di khaskan utk pesakit kanser kanak2.Macam2 kanser di sana kanser otak, mata,hati, darah,sendi,tulang dll...Bila aku bosan duduk di wad tak de sapa nak layan aku berbual,aku bawa Asraf(dlm stroller)ke wad ini...Masa aku byk dihabiskan bersama kanak2 kanser masa di wad dulu..Bila Dr atau misi cari kami dia announcement je,guna speaker" Mama Asraf ,sila balik ke katil Asraf", bila dengar je terkocoh-kocoh aku balik..Kelakar masa tu, tapi misi2 pun faham kebosanan aku,pada mulanya ia marah tapi lama2 dah lali dah..Anak aku pun krg menangis kalau aku sorong dia,tapi kejap2 je sebab dia pakai oksigen..

               Kenapa aku kata misteri? Ialah kalau aku kena kanser , Dr kata sebab pemakanan tak dijaga misalnya makan daging dan ayam daging ataupun terlalu byk stress tapi kanak2 dan bayi ni kenapa pulak ye? Mungkin Allah uji ibu ayahnya..Tapi memang kesian kadang2 tak sanggup aku melihatnya..Pada anda di luar sana sekali-kali tengoklah di wad KK3 ni time waktu melawat..Waktu tu kalau aku rasa aku susah jaga anakku, tapi keadaan mrk lebih sukar dariku..Kanser mata ,mata dibuang berlubang sebelah mata sementara menunggu mata batu, kanser sendi, sendi jadi bengkok dan berlipat,kanser hati perut jadi buncit seluruh badan kuning .Pesakit mesti melalui kimoterapi dan radioterapi..Bila time kimoterapi ,anak2 ini menangis kesakitan menanggung sakit yg amat sangat apb ubat melalui urat saraf mrk..Ibu hanya mampu bercakap" Diam sayang sikit je,anak lelaki mesti kuat nanti sihat boleh jaga mama"..kata2 seorang ibu ..Ibu lain pula " Jangan nangis nanti bila besar jadi Dr, cucuk Dr balik tau", katanya utk menenangkan anaknya..

               Lepas habis kemo,mrk akan muntah tanpa henti, kepala botak kesan ubat tersebut..Badan mereka amat lemah.Aku pun dah rasa kesan kemo ni teramatlah menyakitkan.Inikan pula bayi dan kanak2.Dekat wad tu ada tempat permainan, bila sihat sikit situlah mrk main dah namapun kanak2,aku mak penyebok ni mulalah jadi wartawan tak bertauliah..Tapi mrk ni masih mampu tersenyum dan ketawa bila tengok anak aku pakai serombong (ETT tiub) kat hidungnya..Di orang tanya" anak makcik cacat ye, makan ikut tiub,mulut dia tak de ye!!". Aku senyap je,aku tanya budak2 ni balik tak sekolahke?mcm2 mrk menjawab dgn keletahnya tak nampak budak2 ni sakit pun.Sedikit sebanyak aku terhibur dgn telatah mrk..Aku juga berbual dgn ibu2 mrk bertukar informasi..Tapi bila keesokannya pergi, budak2 ni belum tentu ada lagi begitulah seterusnya..Allah Maha Kuasa..

              Pesakit kanser yg tak boleh aku lupakan ,Yazid namanya.Leukimia (kanser darah) penghuni wad itu selama setahun..Berumur 11 thn kalau masih ada mungkin 28 thn kini..Keluarganya orang Pahang (kalau tak salah) dia orang susah,ayahnya dtg seminggu sekali sebab kerja dan hospital jauh..Maknya pula sebulan sekali
kerana jaga anak lain masih kecil dan masalah keewangan ..Bayangkan dia berdikari di hospital tapi fikirannya
lebih matang dr usianya..Aku ni mcm mak angkat dia, dia pun suka layan anak aku..Pernahlah dia bercakap dgn aku" Yazid teringin hendak sekolah ,tapi abang(bahasakan diri dia) ni menyusahkan mak abah,banyak duit abah habis sebab abang sakitkan makcik", Terasa pulak tua aku ni",Sabarlah sayang yg penting abang kuat".

           Begitulah seterusnya anak aku dia buat mcm adiknya sendiri....Satu ketika anak aku mengalami komplikasi tak dapat nak jengok dia dan tak de masa nak fikir hal luar.Dua hari kemudian aku pergi ke wad tersebut katil Yazid budak lain duduk.Mengelabah aku masa tu, tanya misi, misi kata "dia dah tak de,meninggal sehari sebelum tu,ingatkan awak dah keluar wad dah ,nak beritahu macam mana", Terkedu aku..Saat akhir nya dia makan roti canai dgn aku berselera sekali dia dan nampak happy.Aku usiknya "kepala botak,nak senyum2 kat makcik"..Tuhan lebih sayangkan dia....


7 ulasan:

mummyrinazone beauty said... [Reply to comment]

syok baca entry nie.nurul tak pernah melihat n menemubual mcm akak=)tapi kalau dapatpun nurus men=sti nanges sbb nurulnie cemeng sikit..kesian kan kak.tak adaker budak2 kanser yang boleh baik?kimotuh mmg menyakitkan ek kak?buat kimo sbb nak halaing barah dr merebakkan?

mcm kes arwah adik faris2 lukimia ek kak?

Siti_btp said... [Reply to comment]

Susah nak cakaplah dik tapi adalah yg
umur panjang..
Allah Maha Kuasa..
Sebelum sembuh mrk mesti menderita dulu..itu yg tak tahan nak tengok..

Anonymous said... [Reply to comment]

@Siti_btpsalam kak...saya teringin nak berbual2 dgn akak...setidaknya dapat menambah kekuatan hati... anak saya umur 18 bulan sdg menjalani rawatan kemoterapi sebyk 14kali... br complete 8. hati ni x terkata kak... kejap beso kejap kecik... boleh minta kata2 semangat atas pengalaman... akak sms nanti saya call akak klu boleh la.... 0197611116..fara

Siti_btp said... [Reply to comment]

waalaikumsalam fara..

Semoga Fara kuat semangat dan terus tabah utk menjaga anak Fara..

Blh pm kat Facebook akk..http://www.facebook.com/siti.btp

kalau telefon ni time anak2 ada rumah amatlah payah nak berbual..mrk ni kuat mengamuk..tapi kalau mrk pergi PDK boleh..

Maimunah alia said... [Reply to comment]

sedihnya kak baca entri ni, meleleh air mata saya

Maimunah alia said... [Reply to comment]

sedihnya kak baca entri ni, meleleh air mata saya

Siti_btp said... [Reply to comment]

Ya Maimunah akak yg tua ni pun tak larat nak menghadapi treatment kanser ..Inikan pula bayi dan kanak2..

Ujian utk ibubapa mrk tu..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...