Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Gambar Faiz selepas berkhatan-gambar Asraf tiada 10 thn lalu tiada kamera...
Bila terfikirkan kisah Firdaus yg mungkin akan menjalani pembedahan tonsil dia teringat pula keadaan 2 anak lelaki aku ketika berkhatan...Mereka berkhatan menggunakan laser Asraf di KBMC kg Baru dan Faiz pula di Pusrawi...Ketika itu mrk berusia 7 thn ..Klinik biasa tak mampu lakukan kerana sikap agresif dan hyper mrk..Dr tak galakkan pun utk mrk bersunat tapi demi kebersihan dan kesihatan mrk kami tetap melakukannya..
Asraf dikehendaki puasa dahulu spt kanak2 yg akan menjalani pembedahan..Aku masih ingat lagi pembedahan di lakukan pada pukul 10.00pagi..Lepas tu aku dan ayahnya pergi sarapan sekejap sebab kami pun kena puasa depan Asraf..Tapi tak sampai 20 minit misi dah telefon ayahnya dikehendaki masuk bilik pembedahan sebab Asraf dah sedar dan meronta dlm bilik pembedahan tersebut..
Bila kami sampai ayahnya cuba memujuknya tapi dia berlari-lari dlm bilik pembedahan tersebut..Dr dan misi tak blh buat apa2..Seriau aku memikirkan luka pembedahan dia..Dr Khairul pakar kanak2 KBMC pun pelik kenapa ubat bius tak memberi kesan padanya..Asraf di bawa ke wad dgn berjalan selambanya sebab dia tak mahu duduk di kerusi roda.Dia pakai kain pelekat yg di letak getah di pinggangnya taklah asyik terjatuhkan....Sampai ke wad dia melalak-lalak dan berlari tanpa pakai kain tak mahu duduk di katil mungkin ubat bius itu dah habis kot terasa sakit..Nasib baik aku minta wad utk seorang kalau tak payahnya berkongsi bilik..Tiba2 dia berlari ke toilet kencing..Nilunya aku..
Aku mohon balik dgn segera , masuk dan tunggu dlm kereta dan ikat tali pinggang Asraf. Barulah diam sikit.Memang lelah aku dibuatnya..Sementara itu ayahnya uruskan pembayaran hospital memang tak blh bertangguh dgn kanak2 mcm ni.Semuanya kena cepat,cekap dan pantas.Mengalahkan PDRM..Sakit jantung aku dibuatnya!! Asraf! Asraf!....
Aku cepat2 bagi PCM utk mengurangkan kesakitannya..Sampai di rumah Asraf terus berlari menaiki tangga dan kain di tanggalkannya..Macam mana nak larang, macam mana nak tegah aku pun tak tahu..Ayahnya hanya geling kepala..Begitulah keadaannya seminggu hanya pakai baju shj..Tak tahu malu langsung, biarlah asalkan dia tak menangis kesakitan tapi aku tutup dah pintu rumah aku..Asalkan lukanya cepat kering dan baik...
Paling mencuit hati aku dan ayahnya sewaktu Asraf hendak tidur..Mak aku sibuk suruh gantung kain pelikat spy jangan melekat konon mcm budak2 normal selepas bersunatkan..Mana Asraf nak tidur dlm kain tu, lagi cari bantal peluk siap baik punya peluk kemudian dia menjerit agh! agh! agh! ..Aku dan suami buat tak nampak je..kalau tak lagilah melalak kalau dia tahu kami perasan..Dia pun tidur tanpa kain dan pandai2lah dia mengawalnya..
Pasal mandi pula, orang tua2 selalu cakap jangan kena air nanti bentan..Tapi rutin Asraf bangun tidur buang air besar lepas tu nak mandi..Cakaplah mcm mana pun dia dgn selamba buka shower siap ambil sabun lagi..Tapi bila lepas mandi dia hanya pakai baju je berlarutan hingga seminggu ..Satu hari tu dia sendiri cari seluar dlm dan seluar panjang dia dan pakai.Kemungkinan dah tak sakit dah ..Begitulah kisah kanak2 istimewa bersunat.
Keadaan Faiz ketika bersunat pula lebih kurang sama je..Tapi sebelum masuk bilik pembedahan dia dah mengamuk dulu siap di ludahnya misi2 di Pusrawi tu..Dr di tendangnya sebelum tangannya di cucuk..Kira2 20 minit juga kami di panggil masuk bilik pembedahan sebab dia berlari dlm bilik tersebut.Masa kami sampai Dr dan misi tercunggap-cunggap mengejarnya ..Dia hanya senyap apb ayahnya bagi handphone kat dia ada lagu wonderpet..Nasib baik dia mahu duduk kerusi roda dgn handphonenya bawa ke wad..
Sesampai di wad sama mcm Asraf juga turun naik katil lepas tu masuk bilik air dia cabut sendiri kapas dekat anunya tu dan kencing seriau,ngeri dan nilu betul aku di buat dgn perangai anak2 aku ni..Kami mohon balik dgn segera sebab tak larat tengok keadaan dia turun naik katil...Emak ayahku pun seriau dgn keadaan anak2 aku takut bentan terlari sini terlari sana..Allah SWT melindunginya..Dlm bab makan pula sukar utk dikawal buka tutup peti ais perkara biasa baginya.Jangan byk minum air tapi segelas selambanya..Entahlah ye!.
Aku bagi sup haruan dan air gamat, nak cuci memang anak2 aku tak bagi curah je minyak gamat kat lukanya.Alhamdulillah semuanya selamat, semuanya sudah berlalu menjadi sejarah kami sekeluarga..Masalah baru pula macam mana Firdaus berkhatan dan menghadapi pembedahan tonsilnya ,dia ni lagi hyper dari abang2nya ?Entahlah ye! Hanya Allah Sahaja Mengetahuinya..Masa tu berilah kami kekuatan utk menjaga Firdaus!!!!.....
7 ulasan:
tak menangis pulak diorang eik... sakit2 berkhatan tapi berlari... huhu
entahlah Dieyna akak dah puas menjerit..
Allah SWT melindunginya!!
Salam kenal...hahahaa...lawak pun ada..tak tau lah macamana anak2 hero 3 orang tu nanti sunat...cadangnye cuti sekolah ujung tahun ni...InsyaAllah...
Iyer Siti... Allah maha mengetahui. Semoga Siti sihat dan bahgia selalu...
Assalamualaikum Siti
he he ...pakai baju ajer Asraf
kelakar betul
Yg pasti Allah maha adil utk umatnya
Allahuakbar... Kalau bc cerita akak ni memang magic kan... Allah tu Maha Besar dia memudahkan segala urusan akak... Alhamdulillah... Its not easy to handle.. Hy Dia yang tahu segalanya
Post a Comment