Komputer aku ni asyik meragam je...sedang aku sedap menulis mesti hang-up punya..Buat aku jadi marah lebih baik buat kerja lainkan..Menghitung hari sebenarnya ,minta2 tiadalah aral melintang utk aku dan keluarga pulang ke Terengganu pada Ahad ini...Firdaus demam balik, 2 hari lepas pergi klinik ambil antibiotik..Mungkin sebab latihan sukan yg di adakan di PDK kot sebab cuaca agak panas waktu pagi dan hujan waktu petang..
Sukan akan diadakan pada 1 Mei ini..Mungkin kami tidak menyertainya sebab dah janji dgn mak mertua di kampung..Bila kurang air mulalah tonsilnya membengkak..Mungkin Firdaus akan menjalani pembedahan tonsilnya bulan Jun ini Inssya'Allah..Sebab Dr kat klinik dah syorkan kami buat secepat mungkin..Anak2 dikategorikan Fragile X sydrome ni antibodinya amat rendah mudah dapat jangkitan jika di sekolah ada kanak2 yg krg sihat..
Klik disini.....Kenali Apa itu AUTISME...
Tengoklah pakar IT aku Firdaus Hafizi, tukang menjahanamkan komputer , penat ayahnya repair nasib baiklah pandai sikit2 kalau kena bawa kedai alamatnya beratuslah RM kena repair..Kalau tengok gaya dia memang ada gaya dgn tangan bengkoknya ..Geram aku menengoknya..Nak marah karang itulah aktiviti dia suka buat..
Nak ajar menulis, mewarna mata pensil je yg habis di tenyehnya atau digigitnya..Harap2 cikgu PDK blh melatihnya..Dengan orang lain mungkin takut sikit..Nak hantar sekolah mahal2 tak mampu mcm NASOM ke..Hantar taska pun tak di terima sebab keaktifanya..Aku terpaksalah mengalah dgn anak2 aku ni tak larat nak berebut sebab aku yg kalah.... Siapalah yg hendak sponsor laptop utk aku ni????Minta2 suami aku bacalah entri aku kali ini..
1/2 jam berlalu komputer di ambil alih oleh Faiz..Pakar komputer aku yg lebih senior dr Firdaus sikit..Pandai menggunakan mouse dan pakar tukang menghang-upkan komputer ..Asyik2 bukak you-tube Maher Zain atau Fb klik.Maher Zain....Dah klik satu, satu jelah ini selagi blh klik di kliknya.Berapa byk muka Maher Zain dia nak tengok,aku pun tak tahu!!!Kita dengarkan perbualan mrk ye!! Lupalah pulak kalau aku videokan perbualan mrk blh masuk you tubekan@#$%%
Firdaus: %^&*(($#)_+(*^+)(*
Faiz : <>?$%^&*(+_(Zain! Zain!???
Firdaus : !@#$%^&*(&*((ah! ah!** (cuba nak merampas balik)
Faiz : +_)(*&&^%$#!! Zain!! Zain! Zain (di tolaknya Firdaus)
Firdaus : &^%$($#&(* hu! hu! hu! hu! (akhirnya maenangis dan turun)
Faiz : Yei! Yei! Yei! <>?/><,":':" Zain! Zain! ( puas hatilah tu berjaya konon)
Tengoklah kejap lagi mak yang akan ambil alih ye!!! jangan nak happy sangat...Perbualan mrk seorang Jepun dan seorang Perancis..Tolong abaikan gambar rak komputer aku yg bersepah tu ye! Maklumlah kalau dpt resepi yg mudah tulis dlm diari,,, kalau org datang senang capai tudung kan, ubat nyamuk mcm2 adalah atas tu!!!
4 ulasan:
hehe suka tengok gelagat diorang.. akak try lah buka video abc ke nursery ryhmes ke kat firdaus tu.. mana tau dia leka tengok, kartun nyanyi joget2..
Mcm2 vcd ada aliff,ba ,ta,Doa2 utk kanak2.
Penawar hati-zikir munir..
Abc, cerita binatang..ayah dia belikan..
Adalah 15 minit diorang duduk lepas tu hilang, sorang atas sorang bawah..
Last2 akak yg tengok!!
waalaikumussalam warahmatullah... hehehehe.. wah ada FB jugak ke kak anak2 akak?
takpelah, tengok maher zain ok jugak, alang-alang dia minat tu, akak cuba
carikan selawat maher zain biar selalu didengarnya..
fr506
comel aje aksi dua beradik tu.. tersenyum saya baca. ooo minat maher zain ke? takpalah, tak boleh lama2 derang nak kejap2pun jadilah...
Post a Comment