Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, April 19, 2012

Percaya tak kewujudan batu serai wangi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


         Lupakan sekejaplah kisah anak2 aku..Pernah tanam tak pokok serai wangi..Aku pernah tanam tapi dah mati dah..Pokok ni memang wangi kalau  tanam berhampiran rumah jadikan aromaterafi sekitar rumah hilang bau tahi kucing .....Baunya juga  mengelakkan nyamuk datang rumah dan daunnya blh hindarkan lalat di dapur ..Selain itu kalau sesiapa punya bau badan atau nak mewangikan badan  rebus daunnya buat mandi mcm perempuan lepas bersalin campur dgn daun pandan..Memang mengasyikkan baunya dan menenangkan otak...1001 pengunaannya tak sia2 tanam...Tak perlu pergi spa! Sayang serai tu mati mungkin tangan aku panas kot..Tapi sempatlah mandi serai wangi..Aku masih tercari-cari benihnya..


Ehsan dari google Image



                                            Ini pun hiasan je-Ehsan goggle image

            Pernah tak dengar kewujudan batu serai wangi ni..Pada awalnya aku tak percaya juga,Di katakan batu ini wujud jika serai wangi mengeluarkan bunga..Tapi aku tanam dulu hampir 5 thn tak pernah pula berbunga..Di katakan juga hanya orang terpilih je memiliki serai wangi yg berbunga dan ada batu2 dlm timbunan serai wangi tu..Untuk mengambil pun agak sukar bukan sebarangan orang blh mengambilnya..



                                       Ini kepunyaan aku hampir 12 thn jadi koleksi ku

                Cantik tak loket ini, batu serai yg tengah tu tepi tu bukan dah....Blh bertukar warna kejap putih,purple kadang2 pink..Struktur dlm dia mcm belian pun ada..Mcm mana aku dapat,  Asraf sering sakit keluar masuk hospital spt ku ceritakan dlm entri 2 lamaku dan ada sawan tangis jadi mcm2 aku jumpa perubatan Islam dan tradisional..Ke Utara, Selatan dan Pantai Timur masa tu Faiz belum lahir lagi kira2 12 tahun yg lalu..Aku pun tak ingat dah ,kawan kerja suami aku yg bawakan kami berubat di situ..Rasanya di Ampang, kebetulan dia baru ambil batu ni dkt serai tak perasan sama ada di rumah atau di kampungnya..

                Byk dia tunjukkan mcm2 warna  spt dlm gambar google tu..Aku nampak menarik dan tertarik sebab bentuk dan skrukturnya mcm belian.Aku minta beli tapi dia suruh bagi ikhlas hati..Aku pergi kedai emas nak tanya tentang ketulenannya takut kena tipu..Kedai emaskan byk kat Pasar Datok Keramat, semuanya kata betul itu batu serai siap tanya lagi mana aku perolehinya..


               Mrk syorkan buat cincin tapi aku tak berminat memakai cincin maka lahirlah loket ini..12 thn lalu emas murah je rm 40 utk1 gram berbanding sekarang hampir rm200 utk 1gram..Kalau tahu beli emas byk2kan buat simpanan hari tua..Tapi dulu aku pun tak berkemampuan..Ini pun aku bayar ansur2 habis bayar baru ambil brg..Kedai emas Datok Keramat je blh ansur beli emas ni tapi bila habis baru blh ambil brg yg penting tak kena faedah pun ..Jual beli halal......
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang batu serai wangi ni klik....   disini




13 ulasan:

dieyna said... [Reply to comment]

cantik loket tu, memang nampak design klasik... simpan elok2 kak, warisan tu hehe

perjalanan pulang said... [Reply to comment]

saya suka mandi daun serai

LindaLittle said... [Reply to comment]

Jiran saya pernah cakap ..serai wangi dia berbunga...tapi dia tak pernah cari batu serai ni...serai wangi dia banyak kat rumah dia...subur...amik tanam kat umah saya tak menjadi...ehehehe...tapi saya suka serai wangi...

pernah jumpa jual benih kat kedai -kedai pokok bunga...

lelamaisara said... [Reply to comment]

cantik betul loket tu...klasik!!

LYAfrina said... [Reply to comment]

owh.. lya x pnh tau kewujudan batu serai wngi ni..comel gakk yer

Ayu said... [Reply to comment]

Cantik loket tu kak...mmg nak tanam serai wangi tuh sebab banyak khasiat, tak jumpe benih je lagi..hehe...

Unknown said... [Reply to comment]

cantek loket awk..huhu...dah follow awk... :)

Maimunah alia said... [Reply to comment]

Saya Suka tanam serai wangi... Masa Kecil dulu penah serai wangi tu berbunga.. Tapi tak buat apa pun saya Korek2 tak dak apa pun, hehehe,Kena panggil bomoh, bayar mahal gak, saya rasa Batu serai ni mistik kot sebab Kena panggil bomoh

fird@Station said... [Reply to comment]

di belakang rumah saya dah 2 kali serai wangi berbunga. ini pun dah menunjukkan tanda akan berbunga lagi gayanya.

fird@Station said... [Reply to comment]

di belakang rumah saya dah 2 kali serai wangi berbunga. ini pun dah menunjukkan tanda akan berbunga lagi gayanya.

Anonymous said... [Reply to comment]

terbaca entri anda yang mengatakan batu serai anda itu sekejap bertukar warna ianya sama keadaan dengan batu serai keluarga saya. Warna putih tapi bila dimasukkan ke dalam air, ia bertukar menjadi biru cair. Tapi apakan daya, ia telah hilang dalam simpanan keluarga kami. Jagalah elok-elok batu serai anda ya.

Unknown said... [Reply to comment]

belakang rumah mak saya di kampung, pokok serai wangi ni memang berbunga tak mati2, nak cuba cari batu kat situ tpi sebabkan sangat rimbun jadi tak berani..

Unknown said... [Reply to comment]

bkn semua org blh dpt batu serai ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...