Sudi sudi lah jadi follower

Thursday, April 5, 2012

Ya Allah ! Kau berilah semangat dan kekuatan kepada hamba Mu yg lemah ini......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....




         Hari ini aku cuba mencari kekuatan diri utk terus menulis , hampir sepuloh hari  aku shutdown komputer ini ..Rasanya bunyi bising komputer ini betul 2 menganggu kepala otak aku ni...Kesihatan aku belum pulih sepenuhnya, mata seperti di korek, kaki seperti tersepit pintu, kepala seolah-olah ada orang menarik kepalaku..Entahlah...

      Seperti entriku yg lepas, selepas Asraf demam kemudian diikuti oleh Faiz ,Faiz kena Asma hampir setiap mlm pergi klinik ambil nemolizer( betul ke ejaanni) dia tak pandai guna inhaler..Demam Faiz berlarutan hingga ke 2minggu, makan tak lalu dan sering muntah..dua kali tukar antibiotik, ubat demam berpapan-papan dah tapi kesihatan dia semakin teruk..Air zam2 yg di baca surah Yasin oleh ayahnya sudah diminum sebagai ikhtiar kami ibubapanya, begitu juga pelbagai jenis daun sapu ke kepalanya utk menyejukkannya..Lama betul kali ini anak2 aku demam..

       Belum pun Faiz reda dgn demamnya ,Firdaus pula demam mulalah dgn tonsilnya yg membengkak..Aku dgn suami dah naik malu mengadap muka Dr dan misi2 di klinik..Masalah Firdaus ni kesukarannya makan ubat betul2 mencabar kesabaranku..Antibiotik utk tonsil habis di muntahkan saja.Susu tak mahu di minumnya..Makan pun tak mahu, belilah apapun KFC Datuk KFC tak akan dijamahnya..Badan semakin panas akhirnya aku sumbat ubat demam melalui punggung Firdaus..Firdaus kalau demam akan menangis hingga ke pagi ..Aku jaram kepalanya spy mengurangkan panas dlm badannya..

         Rumah aku dah tak rupa rumah dgn muntah anaknya dan keadaan rumah yg berselerak, dgn tangisan anak2 aku yg tak larat menanggung kesakitan dan memerlukan permerhatianku  memberi tekanan yg maha hebat ku rasakan apalagi dgn kekurangan waktu tidurku...Akhirnya aku pun kecundang dgn kesihatanku..Suamiku mulalah bising ,anak demam kuatlah semangat sikit lawan demam tu..Tapi mcm mana aku dah cuba makan penadol dan ubat demam anak2 aku sebelum aku demam tapi tak berjaya..Kenapalah dugaan datang bertempap-tempap pada aku???

         Aku pun tak lalu makan , suara mula bertukar jadi serak2 dan sukar utk aku bernafas tapi aku tak kena serangan Asma..Aku cuba makan ubat anak2 aku..Suami ajak pergi ke klinik aku tak mahu walaupun badan semakin lemah dan hilang selera makan..Firdaus mengamuk, Faiz pula dgn muntahnya, Asraf pun belum pulih sepenuhnya..Tekanan demi tekanan ,suami pula perlu pergi kerja, dia pun kekurangan tidur yg teruk sebab Firdaus akan menangis hingga ke pagi..Resit ubat menunjukan rm beratus dah,ubat berjenis-jenis Dr ni sebenarnya nak mengambil kesempatan jual ubat dekat anak2 aku, itulah anggapanku...  ,nasib baik TI bayar kalau tak botak licin kepala suami aku memang dah botak pun...


         Hampir seminggu berlalu penyakit aku dan anak2 aku tak menampakkan tanda pulih..Suami ajak pergi klinik suruh refer ke Hospitalke..Aku mencadangkan panggil Ustaz Hj Kamisan  ,Perubatan Islam Masjid BTP..http://muallijbtp.blogspot.com/2012/03/rawatan-di-masjid-bandar-tasik-puteri.html....Kebetulan hari itu Ustaz terlalu sibuk dan dia suruh bawa air ke Masjid BTP..Untuk buat rawatan di Masjid dgn keadaan anak2 aku yg tak sihat ini dan keadaan badanku terlalu lemah amat mustahil...Aku cuba bersabar akhirnya Ustaz cuba melapangkangkan masanya selepas Asar pada hari Rabu keesokannya Alhamdulillah...

         Akhirnya rumah aku bergema dgn bacaan Ayat2 Ruqiyyah Ustaz Hj Kamisan..Biasalah anak2 aku mengamuk,  kepala aku seperti di tarik2 .,Ustaz menerangkan ada sesuatu dlm rumah aku dan dlm badan aku..Kesannya terkena pada anak2 aku..Akulah perlu di rawat dahulu , dgn memakai telekung dan berstokin.Ayat Ruqiyyah di baca diubun2 ku dan ditekan dgn hujung jari Ustaz tu.. Aku menangis-nangis spt org kerasukan sakitnya seolah-olah kepalaku di hentak dgn pasu dan rambutku spt ditarik2..Ustaz tak dapat meneruskan perubatan tersebut sebab keadaanku amat lemah dan hampir Maghrib..Aku dan anak2 disuruh mandi limau dan minum air yg di doakan dgn ayat2 Ruqiyyah tadi..Ustaz akan datang pada hari Ahad mlm Isnin...

          Tiba hari dijanjikan Ustaz Hj Kamisan datang pada pukul 11.00 mlm selepas habis buat rawatan di Masjis BTP..Kesihatan anak2 aku dan aku stabil sedikit...Rawatan dilakukan aku mula tumbang dan separa sedar..Macam2 bahasa aku keluar,sumpah seranah ,kadang2 malu pada Ustaz tersebut tetapi sebenarnya bukan aku tapi jin yg ada dlm badanku .Ustaz berdialog dgn jin tersebut suruh keluar dr tubuhku bila dia pegang kepala ,aku terasa spt kepala aku kena tarik, apb Ustaz pegang ibu jari kaki ,sakitnya seolah-olah terkepit pintu..Mata aku ni rasa mcm tersembul keluar ...Nauzubillah min zalik..Padahal Ustaz hanya pegang antara kening je..Sakitnya terasa hingga ke hari ini...

           Rawatan habis kira2 pukul 1.30 pagi, seram sejuk aku rasakan, akhirnya aku tersedar..Alhamdulillah benda tu dah dapat dikeluarkan ..Aku cuba tanya Ustaz tu adakah jin tu dihantar lagi padaku tapi prosuder seorang Ustaz tak nak beritahu kita sebab dia tak mahu kita berdendam pada penghantarnya..Tapi sampai bila harus begini tak habis lagi ke dendam penghantar itu pada aku dan anak2 aku..Aku kena mencari benteng kekuatan diri yg kuat  utk menggelakkan jin2 masuk dlm badanku sebab badan aku ni teramat lemah..Sebagai seorang perempuan serajin manapun kita baca Surah Yasin dan amalkan surah Al -Quran tapi masalahnya bila kita period time masa tulah benteng pertahanan kita lemah...

         

7 ulasan:

dieyna said... [Reply to comment]

Lama tunggu kemunculan akak, tertanya, risau kesihatan anak2 akak sekeluarga, saya syak akak mmg ada masalah sehingga tak dapat post entri baru.. rupanya sangkaan saya betul... Zalim betul orang yng menganiaya akak... huhu.. Semoga cepat sembuh ye kak... Chaiyok chaiyok

Hayati Sulaiman said... [Reply to comment]

Saya hanya mampu membantu dengan doa semoga Allah memberikan Kak Siti dan keluarga segera pulih dari sakit. Semoga keluarga akak sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala macama musibah dan mala petaka. Saya harap akak bersabar ye.. akak antara manusia yg terkuat pernah saya jumpa. Cepat sembuh ye..

mama akid said... [Reply to comment]

subhanallah..besar ujian ALLAH buat akk...sabar yer akk..ada hikmah disetiap yg berlaku...saya hanya mampu berdoa untuk akk...selama ni saya rasa ujian saya berat tp ada lg yang lebih berat ujiannya...

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt kak,

Saya pun menunggu-nunggu entry akak yang baru.. Berserah je akak pada Allah, kalau kita nak balas dengan hantar jin pula pada yang orang tu, sama lah rendahnya martabat kita dengan orang tu.. Dan balasan Allah itu Maha Adil kak.. Apa sangatlah nak membalasnya di dunia ni berbanding dengan apa yang akan didapatnya di akhirat..

Suami akak sendiri pun tentu banyak tekanan yang dialaminya.. Teruskan lah mempercayai satu sama lain.. Yang penting akak bersama-sama dengan suami akak, through out everything, inshaAllah..

Setakat pembelajaran saya yang masih sedikit ni, masa datang bulan orang perempuan masih boleh mengaji ayat-ayat alQuran.. Sama ada akak gunakan Quran yang ada tafsir, atau pun gunakan alQuran online..
Allahu'alam

fr506

Siti_btp said... [Reply to comment]

Terima kasih atas semua doa yg diberi buat akak sekeluarga..Tak mungkin dapat akak membalasnya!!

Walaupun kalian jauh di mata tapi dekat di hati akak!!

Terima Kasih atas semua nasihat akan cuba ikuti Inssya'Allah..

waiem said... [Reply to comment]

Saya doakan akak sekeluarga sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt dan dipermudahkan segala urusan. Amin

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. terus berdoa tanpa jemu, sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi mengasihani hambanya. Sabar ya dik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...